assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Selasa, 19 Oktober 2010

Cabaran dan Ujian (Mehnah) bagi para pejuang/pendakwah Islam

Tazkirah Oleh fatamorgana

Fisabillillah.Hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Orang Mukmin sentiasa di ambang lima dugaan yang susah; mukmin yang dengki padanya, munafik yang benci padanya, kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya”.

Allah S.W.T. telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Qur’an bahawa mehnah dan kesulitan dalam kehidupan itu adalah merupakan ujian bagi menilai tahap keimanan seseorang itu. Semakin tinggi nilai keimanan seseorang itu maka semakin tinggilah tahap ujian yang dihadapinya. Oleh sebab itu telah menjadi sunnah orang-orang yang beriman untuk diuji dengan ujian-ujian yang hebat. Tidak ada di kalangan para Nabi dan Rasul yang tidak diuji dengan ujian yang hebat. Cuba kita singkap sirah perjuangan para Rasul dan anbiya , sahabat dan ulama’ tersohor- boleh di katakan kesemua mereka terpaksa berdepan dengan mehnah yang datang bersilih ganti. Ada yang di fitnah , diugut, diseksa , disakiti, dipenjarakan waima di bunuh. Mehnah yang di hadapi oleh para pejuang/pendakwah Islam hari ini tidak lah sehebat sepertimana yang di hadapi mereka di awal-awal pengembangan Islam. Namun berkat ketabahan, kesungguhan iman dan taqwa, semuanya dapat di atasi dan Islam di kembangkan hingga ke hari ini dan kita sebagai umat akhir zaman rasa amat bersyukur di atas segala pengorbanan yang telah mereka lakukan.

Sebagai contoh, hayati peristiwa cubaan untuk membunuh Rasulullah S.A.W oleh kaum Musyrikin Mekah. Walaupun sasaran utama peristiwa adalah Baginda Rasulullah S.A.W tetapi jika kita halusi , mehnah sebenarnya adalah di tujukan kepada 2 tokoh yang terlibat sama iatu Ali dan Abu Bakar- yang boleh kita gambarkan sebagai mewakili 2 golongan - muda dan tua. Ali yang mengetahui akan musibah yang bakal di hadapi tetapi demi kecintaan nya terhadap Rasulullah dan Islam tidak sedikit pun gentar dan membantah apabila di suruh menggantikan Baginda Rasulullah berbaring di tempat tidurnya dan begitu juga Abu Bakar, walaupun telah berusia, sanggup bersama menemani Rasulullah di Gua Thur dan setengah riwayat menyatakan Abu Bakar sampai menitiskan airmata menahan kesakitan apabila tangannya di gigit ular/binatang berbisa demi melindungi Rasulullah. Inilah contoh yang telah di tunjukkan oleh para sahabat bagi membuktikan kecintaan mereka kepada Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W dan juga kepada Maha Pencipta, Allah Azzawajalla.

Antara hikmah mehnah :

* Menunjukkan sifat kehambaan, tanggungjawab serta pergantungan kepada Allah SWT
* Menampakkan yang haq dan yang batil
* Sebagai satu bentuk pentarbiyyahan diri
* Melahirkan individu yang berjiwa besar untuk kebangkitan Islam
* Membersihkan diri orang-orang yang beriman supaya keimanan mereka semakin mantap
* Mendidik generasi menjadi sabar, tangkas dan mempunyai azam yang kuat.

Cara-Cara Menghadapi Mehnah

* Ikhlas dalam perjuangan
* Mendidik jiwa dan ketahanan menerusi latihan kerohanian
* Senantiasa berada dalam jamaah
* Sabar dan gigih dalam menghadapi musuh-musuh Islam
* Meletakkan cita-cita tertinggi “syahid dalam perjuangan” sebagai matlamat utama!

Imam Hassan Al-Banna menyatakan bahawa jalan dakwah dipenuhi dengan duri dan ranjau, bukan ditabur dengan bunga-bungaan. Kita mesti bersabar menanggung penderitaan dan melangkahi segala halangan tanpa berhenti, tanpa lemah dan tanpa menyimpang ke lain.

Oleh itu kepada pendokong , pejuang dan pendakwah Islam khususnya teruskan kerja dan amal bakti anda, jangan di tanya apakah habuan dunia yang akan kita dapati. Istiqomah dan ikhlas dalam setiap gerak kerja dan selebihnya kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Cahaya kemenangan tetap akan menyusul kerana ITU JANJI ALLAH!!!!!

Surah Al-Anfal, ayat 30 :
dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu-daya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan