assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Sabtu, 12 Mac 2011

4 alasan 'popular' untuk meninggalkan solat berjemaah di masjid!

by Al Quran Dan As Sunnah

Islam itu dibangunkan atas lima perkara, Syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah, MENDIRIKAN SOLAT, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan dan haji ke rumah Allah (Baitullah). [HR:Bukhari]

Hukum meninggalkan Solat
1) Golongan pertama berpendapat bahawa meninggalkan solat secara sengaja kerana malas atau lalai tanpa mengingkari akan kewajipannya maka mereka tergolong di dalam golongan yang fasik (melakukan dosa besar) tetapi tidak kafir. Bagi mereka yang meninggalkan solat secara sengaja dan menolak akan kewajipannya maka mereka adalah kafir yang mengeluarkan mereka dari agama Islam.

2) Golongan kedua berpendapat mereka yang meninggalkan solat secara sengaja kerana malas atau lalai baik dia mengakui kewajipan solat atau tidak, kesemua mereka ini termasuk di dalam golongan yang kafir dan terkeluar dari agama Islam. Mereka ini hendaklah bertaubat serta mengucapkan dua kalimah syahadah semula. Dalil-dalil yang menyokong pendapat kedua ini adalah begitu banyak dan lebih khusus berbanding dengan dalil-dalil yang berbentuk umum yang diguna-pakai oleh golongan pertama. Ayat-ayat al-Qur’an dan Hadis-hadis Nabi shallahu 'alaihi wasallam yang sahih secara jelas menunjukkan bahawa ibadah solat adalah penentu keimanan seseorang. Meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan pelakunya gugur keimanannya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

- Dari Buraidah: Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian di antara orang Muslim dan orang Kafir ialah solat, dan barangsiapa yang meninggalkan solat akan termasuk golongan kafir." [HR: Tirmizi]

- Dari Syaqiq ibn Abdullah at-Tabi'i: "Sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw berpendapat, hanya ibadah solat sahaja apabila ditinggalkan menjadikan seseorang itu kafir." [HR: Tirmizi]

Subhanallah, begitu keras ancaman Allah kepada mereka yang sengaja meninggalkan Solat!. Takutlah kepada Allah!.

Di antara kelebihan-kelebihan Solat ialah:

Mencegah perkara buruk dan Mungkar

- Allah berfirman: "Sesungguhnya, Solat itu dapat mencegah dari perkara-perkara buruk dan mungkar." [al-Ankabut, 45]

- Dari Abu Hurairah r.a: "Saya mendengar Rasulullah saw bersada":"Bayangkan di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kalian sekalian terdapat sebatang sungai. Kemudian kalian mandi di sungai itu sebanyak lima kali sehari. Adakah masih terlekat kotoran di badan orang itu?." Para sahabat menjawab: "Tidak akan ada lagi kotoran yang melekat di badannya." Rasulullah saw berkata lagi: "Begitulah perumpamaan solat lima waktu. Dengan melakukan semuanya, Allah akan menghapuskan segala kesalahannya." [HR: Bukhari, Muslim]

Acap kali kita mendengar sedemikian banyak alasan oleh orang-orang Islam hari ini untuk mengelakkan diri daripada menunaikan Solat berjemaah di masjid atau surau, khususnya para remaja. Mereka seolah-olah merasakan hal ini sebagai suatu bebanan untuk ditanggung.

Pergilah ke masjid atau surau. Anda akan melihat yang memenuhinya adalah terdiri daripada golongan-golongan 'pakcik-pakcik'. Itupun bukanlah memenuhi ruangan solat sepenuhnya, hanya sekadar dua atau setengah saf. Ke manakah perginya para remaja yang kuat dan gagah ini?. Kebanyakan mereka hanya lebih gemar untuk menunaikan solat bersendirian di rumah. Apabila di ajak berjemaah di rumah Allah. 1001 alasan akan dilontar oleh mereka. Alasan-alasan yang diberikan sudah menjemukan telinga untuk mendengar. Alasan yang menunjukkan kelemahan diri mereka sendiri. Aduhai!. Begitu rapuhnya iman umat Islam hari ini.

Apa yang lebih menyedihkan. Lokasi-lokasi masjid dan surau ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan majoritinya. Kiri, kanan, depan dan belakang dikelilingi oleh perumahan. Tetapi tatkala azan masuk waktu berkumandang, hanya beberapa kerat sahaja yang menghadirkan diri untuk bersama-sama berjemaah. Itu pun masih ramai yang lewat.

Marilah solat berjemaah saudaraku!. Sahutlah seruan ini. Marilah kita bersatu padu di atas saf yang lurus dan rapat bersama kaum Muslimin yang lain. Apa gunanya anda selalu melaungkan slogan anti Israel atau barat yang kerap kali menghina Islam, tetapi anda sendiri tidak mempunyai kekuatan untuk membelanya?. Anda lebih gemar mencaci maki dengan bahasa-bahasa yang kesat.

Saudaraku!. Sesungguhnya dengan laknat dan caci maki anda kepada kaum kuffar sama sekali tidak akan dapat menewaskan mereka melainkan anda mengumpul kekuatan asas iaitu Aqidah, kemudian diselangi solat yang dilakukan secara berjemaah di masjid.Kekuatan ini akan membuatkan barisan kaum Muslimin kembali bersatu padu dan menjadi kuat dari segi rohani dan jasmaninya sekaligus kembali menguasi dunia sepertimana di zaman era khilafah umat Islam dahulu kala.

Di sini, akan dikemukakan beberapa alasan yang popular bagi meninggalkan solat berjemaah dan berserta jawapannya. Jawapan ini pula bukanlah jawapan dariku atau dari orang lain. Tetapi jawapan ini adalah jawapan dari Tuhan yang Maha Agung, Allah dan utusanNya yang bernama Muhammad ibn Abdullah.

1) Rumah berjauhan dengan masjid dan surau.

- Dari Abu Hurairah. Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang membersihkan dirinya daripada najis dan kotoran di rumahnya, kemudian beliau pergi ke masjid bagi menunaikan salah satu daripada solat lima waktu. Maka Allah memberikan ganjaran bagi setiap langkahnya menuju ke masjid itu. Setiap langkah akan menghapuskan satu dosa kecil yang pernah dilakukan, dan dinaikkan satu darjat." [HR: Muslim]

- Dari Ubay bin Ka'ab. Terdapat seorang Ansar. Rupa-rupanya, rumahnya adalah rumah yang paling jauh dariapda masjid. Namun demikian, beliau tidak pernah terlewat untuk bersolat di masjid. Setiap waktu solat dia pasti sempat melakukannya bersama jemaah lain. Ada orang mengatakan. 'Bukankah lebih baik apabila saudara mempunyai seekor keldai?. Saudara dapat jadikannya sebagai kenderaan apabila berjalan pada waktu malam gelap dan pada waktu siang yang panas terik?'. Namun lelaki tadi menjawab, 'Saya tidak suka rumah saya berhampiran dengan masjid. Sebenarnya saya teringin supaya setiap langkah saya pergi dan pulang daripada masjid itu diberi ganjaran pahala.' Apabila Rasulullah saw mendengar kata-kata lelaki itu, Baginda lantas memberikan respon kepadanya, 'Sebenarnya Allah sudah mengumpulkan semua pahala untuk saudara bagi setiap langkah saudara itu.' [HR: Muslim]

2) Mengutamakan Solat sendirian dari berjemaah

- Dari Abdullah ibn Umar: Rasulullah saw bersabda: "Solat berjemaah lebih baik daripada solat seorang diri. Kelebihan yang diperoleh adalah sebanyak 27 darjat." [HR: Bukhari, Muslim]

- Dari Abu Hurairah: "Ada seorang lelaki buta menemui Rasulullah saw. Beliau berkata: 'Wahai utusan Allah, saya ini tidak mempunyai pembantu yang boleh membantu saya ke masjid.' Justeru, beliau meminta izin untuk solat di rumah sahaja. Lalu Nabi Muhammad pun mengizinkannya. Tetapi apabila orang itu hendak beredar pergi, Nabi saw memanggilnya dan bertanya, 'Adakah saudara mendengar seruan azan?' Beliau menjawab, 'Ya'. Nabi saw berkata lagi, 'Sekiranya begitu, sahutlah seruan azan itu."

- Dari Abu Hurairah: Rasulullah saw bersabda: "Demi Allah yang menguasai seluruh jiwa ragaku. Ingin sahaja aku minta diambilkan kayu api, lalu dikumpulkan. Kemudian aku menyuruh melaungkan azan sebelum melakukan solat dan menyuruh orang lelaki menjadi imam. Kemudian aku pergi sendiri ke rumah-rumah lelaki yang tidak pergi menunaikan solat berjemaah. Terasa seperti ingin membakar saja rumah-rumah mereka itu." [HR: Bukhari, Muslim]

3) Terlalu berat untuk menunaikan Solat berjemaah ketika waktu Subuh dan Isyak

- Dari Usman ibn Affan: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda. 'Orang yang solat isyak secara berjemaah, seolah-olah dia melakukan solat separuh malam. Dan orang yang menunaikan solat subuh secara berjemaah pula, seolah-olah dia solat sepanjang malam." [HR: Muslim]

- Dari Abu Hurairah: "Rasulullah saw bersabda: 'Seorang munafik merasakan solat isyak dan subuh adalah solat yang paling berat untuk dilaksanakan. Namun, sekiranya mereka tahu betapa besarnya pahala melakukan kedua-duanya, pasti mereka akan melakukannya secara berjemaah sekalipun dalam keadaan yang terlalu sukar." [HR: Bukhari, Muslim]

4) Malas Solat!

- Dari Buraidah: Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian di antara orang Muslim dan orang Kafir ialah solat, dan barangsiapa yang meninggalkan solat akan termasuk golongan kafir." [HR: Tirmizi]

- Dari Syaqiq ibn Abdullah at-Tabi'i: "Sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw berpendapat, hanya ibadah solat sahaja apabila ditinggalkan menjadikan seseorang itu kafir." [HR: Tirmizi]

Itulah antara alasan-asalan yang kerap kali kedengaran apabila diseru untuk menunaikan Solat berjemaah di masjid. Ambillah manfaat dari jawapannya dan muhasabahlah diri. Khususnya kepada para pendakwah yang sering menyeru kepada agama Allah. Selamat beramal..

Rujukan:

1)Kelebihan Solat (Imam Nawawi)

2)akob73.blogspot.com
Disediakan oleh: Abu Mu'awiyah.

*Sangat digalakkan untuk menyerbar luas artikel ini. Semoga Allah membalas jasa anda. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan