assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Isnin, 7 Mac 2011

Khas buat pengemar telur

Al-Imam Jamaluddin Muhammad bin Abd Rahman al-Ahdal rahimahullah (1277H- 1352H)menyebutkan di dalam kitabnya عمدة المفتي و المستفتي mukasurat 31 bahawa al-Imam Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah telah menyebutkan di dalam kitabnya تحفة المحتاج berkenaan telur segala jenis binatang(sama ada binatang tersebut jenis yang halal dimakan atau tidak) adalah halal dimakan.

Tetapi jika telur tersebut beracun seperti telur ular maka hukumnya adalah haram dimakan kerana bahaya yang terdapat padanya.Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam Qalyubi rahimahullah.

Manakala permasalahan berkaitan telur ayam pula terdapat perbahasan yang terperinci dilakukan oleh al-Imam Nawawi rahimahullah (631H-676H)di dalam kitab Majmu’.Saya akan bahaskan perkara ini mengikut tajuk seperti berikut:

TELUR YANG TERDAPAT DALAM PERUT AYAM YANG TELAH MATI

Terdapat tiga pendapat para ulama bermazhab Syafie di dalam perkara ini:

1. Jika telur itu telah keras kulitnya di dalam perut ayam tersebut maka hukumnya adalah suci.Manakala jika ianya masih lembut @ lembik maka hukumnya adalah najis.Ini adalah pendapat yang dipegang oleh Jumhur ulama bermazhab Syafie seperti al-Imam Mawardi,al-Imam Ruwiyani ,al-Imam al-Syashi, al-Imam Syirazi, al-Imam Nawawi dan lain-lain rahimahumullah.

2. Pendapat kedua mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan bersih.

3. Pendapat ketiga mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan najis.

Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah, kulit telur ayam tersebut(yang telah mati itu) dihukumkan najis tanpa sebarang perselisihan pendapat dikalangan para ulama.Ini bermakna kita perlu membasuhnya terlebih dahulu sebelum memakan telur yang diambil daripada perut ayam yang telah mati.

Manakala telur ayam yang keluar daripada ayam yang masih hidup ,adakah kulit telur tersebut dikira najis?

Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah,terdapat dua pendapat di kalangan para ulama bermazhab Syafie di dalam masalah ini.

Pendapat pertama menyebutkan bahawa ianya adalah najis dan pendapat kedua menyebutkan bahawa ianya adalah suci.

Jika kita berpegang dengan pendapat yang pertama di dalam masalah ini ,maka kulit telur tersebut perlu dibasuh terlebih dahulu.Manakala jika kita berpegang dengan pendapat yang kedua ,tidaklah perlu untuk kita membasuhnya.

Perlu diingat,ini adalah jika tiada sebarang najis yang kita nampak pada kulit telur tersebut(maka kita boleh mengikut mana-mana sahaja pendapat yang telah kita senaraikan sebelum ini).Tetapi jika terdapat najis pada kulit telur tersebut ,maka ianya perlu dibasuh terlebih dahulu ,kerana kita bimbang akan termasuk sedikit najis tersebut ke dalam telur yang kita ingin masak.

Sikap berjaga-jaga amatlah dituntut di dalam masalah ini.

Semoga semua sidang pembaca dapat mengamalkan dengan baik.

Rujukan:

1. Al-Majmu’ Syarah Muhazzab oleh al-Imam Abu Zakaria Muhyiddin al-Nawawi jilid 1 mukasurat 132 cetakan Darul A’lam al-Kutub.

2. Umdatul Mufti wal Mustafti oleh al-Imam Jamaluddin Muhammad bin Abd Rahman al-Ahdal jilid 1 cetakan Darul Hawi.

ada sorang ustaz pegawai JAKIM bhgian halal haram... dye ad dtg bg cramah pasal halal haram.. antara yg dye sntuh pasal hukum mkn tlur yg x dbasuh dahulu adlh haram... ni la sy dpt sbg sdikit bkti... tolong p'baiki klo slh.. tkot nnt slh.. slamat b'amal...

sumber : halaqah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan