assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 30 Januari 2009

Majikan Sentuh Isu Tudung

"Why are You Wearing Tudung?"

Saya bekerja di salah sebuah hotel bertaraf lima (5) bintang di Pulau Langkawi yang pengurusannya dikendalikan oleh Starwood Hotel & Resort Worldwide yang beribu pejabat di Amerika Syarikat.

Namun, sekarang saya sudah berhenti kerja disebabkan masalah isu pemakaian tudung. Saya telah dipanggil ke pejabat Pengarah Sumber Manusia lalu diberi tekanan di mana Pengarah tersebut bertanya kenapa saya memakai tudung pada hari tersebut? "Why You Come with Tudung Today?" (5 Jan 09).

Saya sempat merakamkan perbualan yang melibatkan Pengarah Sumber Manusia, Pengawal Kewangan yang beragama Sikh dan diri saya sendiri. Saya berasa kecewa kerana Puan Pengarah itu adalah seorang muslim dan sepatutnya beliau harus membela tuntutan agama.

Beliau memarahi saya kerana tidak berbincang terlebih dahulu. Namun, saya terlebih dahulu telah menghantar email kepada Puan Pengarah Sumber Manusia (pada 26hb Disember 2008) untuk meminta kebenaran untuk memakai tudung tetapi email saya tidak dibalas (saya telah menunggu selama 9 hari untuk email balas dari beliau).

Adakah kita perlu berbincang terlebih dahulu sedangkan kita hendak melakukan sesuatu yang dituntut dalam agama? Adakah kita sebagai rakayat Malaysia yang beragama Islam patut megetepikan agama dan budaya kita untuk kepentingan organisasi global Amerika Syarikat.

Perasaan saya rasa tertekan dan bingung memikirkan kenapa jabatan lain diberi kelonggaran memakai tudung semasa bekerja sedangkan saya yang berkerja sebagai Engineering Secretary yang tidak langsung mempunyi interaksi bersama tetamu hotel. Pada pendapat saya sebagai seseorang wanita muslim di Malaysia sepatutnya isu tudung ini sepatutnya tidak menjadi satu larangan di tempat kerja.

Pengawal Kewangan tersebut adalah seorang penganut agama Sikh. Beliau pula boleh memakai Serban, gelang tangan besar dan menyimpan jambang kerana tuntutan agamanya.

Saya kira ini sudah dikategorikan sebagai pilih kasih dan melibatkan isu perkauman. Ada juga kakitangan lain yang memakai tudung tetapi kenapa saya seorang yang dipanggil? Bila persoalan ini timbul, alasan yang diberikan ialah mereka merupakan kakitangan yang sudah lama bekerja di situ. Pihak pengurusan haruslah berfikir dahulu bahawa kita berada di negara islam dan bukannya di Amerika Syarikat.

Lagipun, saya bekerja di bahagian pertadbiran dan bukan di bahagian hadapan. Saya juga telah dituduh, dengan memakai tudung ini seolah-olah saya hendak melawan pihak pengurusan dan telah meletakkan pihak pengurusan di dalam satu masalah kerana memakai tudung dianggap sebagai satu perbuataan yang melanggar peraturan syarikat.

Itu hanyalah kerana mereka tidak sanggup berdepan dengan risiko-risiko yang mana kemungkinan lebih ramai kakitangan yang ingin memakai tudung tetapi disekat oleh majikan.

Apakah langkah-langkah yang boleh saya ambil demi untuk membela maruah agama Islam dan juga demi sahabat-sahabat saya yang ingin menunaikan hajat mereka untuk memakai tudung yang sepatutnya tidak timbul?.

Sebagai seorang wanita muslim, saya rasa terhina dalam situasi ini dan malu apabila disoal oleh seorang wanita rakyat Malaysia yang beragama Islam "Why you come with tudung today?" dan berada dalam bilik yang sama dengan seorang lelaki yang beragama sikh yang memakai serban dan berjanggut yang merenung saya sambil menyokong wanita muslim tidak sepatutnya memakai tudung kononnya ianya adalah satu undang-undang syarikat Amerika Syrikat.

Yang terhina & Kecewa
Wanita Lagenda

Name : Yani
Email : wny2030@streamyx.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan