assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Selasa, 27 Januari 2009

Sejak Bila Pula Malaysia Nie Republik Ke-51 Amerika?

Dilulus terbit pada Tuesday, January 27 @ 07:30:00 MYT oleh TokBatin

Analisis Isu Oleh pendikargunung

" Laporan BERNAMA dari Dubai kelmarin menyebut Pak Lah berkata Malaysia akan mendapatkan kebenaran daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk membolehkan pegawai polis negara ini berjumpa dengan dua rakyat Malaysia yang sedang ditahan di penjara tentera Guantanamo yang telah diarahkan tutup oleh Presiden Barack Obama.

"Jika boleh, kita mahu membawa mereka pulang ke tanah air supaya mereka boleh menyambung menjalani hukuman mereka di Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau ke Emiriyah Arab Bersatu di sini, semalam. Keputusan Presiden Obama itu dialu-alukan dan Malaysia juga gembira kerana beliau telah menunaikan janjinya," katanya.

Di sini ada 2 mesej penting Pak Lah dalam ucapan beliau di Dubai itu:

i) Beliau mahu membawa pulang 2 rakyat Malaysia yang ditahan di Guatanamo atas tuduhan menjadi pengganas oleh Amerika untuk menyambung hukuman yang dijatuhkan Amerika di tahanan Malaysia pula.

ii) Beliau mengalu-alukan penutupan kem tahanan tanpa bicara Amerika di Guatanamo.

Yang menjadi persoalan ialah:

i) Mengapa Malaysia menjadi 'pak sanggup' kepada Amerika untuk menyambung hukuman yang dijatuhkan oleh Amerika terhadap warga kita sendiri? Mereka yang ditahan itu telah dituduh oleh regim Bush sebagai 'musuh Amerika' dan tindakan menyambung hukuman terhadap tahanan ini di Malaysia menunjukkan kita seolah-olah mengiktiraf 'musuh Amerika' ini sebagai 'musuh Malaysia' juga. Lalu dalam hati kita pasti tertanya-tanya: sejak bila pula 'musuh Amerika' itu menjadi 'musuh Malaysia'? Sejak bila pula Malaysia dan Amerika berkongsi kepentingan yang sama sedangkan Malaysia bukan salah satu dari 50 republik di negara itu? Atau adakah kenyataan Pak Lah itu dibuat kerana beliau menganggap Malaysia ini adalah republik ke 51 Amerika?

ii) Pak Lah nampaknya begitu mengalu-alukan penutupan kem Guatanamo yang menghukum tahanan tanpa bicara. Ironinya di Malaysia sendiri kita mempunyai kem yang juga menempatkan tahanan tanpa bicara yang terletak di Kamunting. Di kala Pak Lah mengalu-alukan tindakan Presiden Obama menutup Kem Guatanamo, kita tertanya-tanya bila gerangan agaknya pula Pak Lah akan mengalu-alukan tindakan Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar yang menutup Kem Kamunting?

Oleh: pendikar gunung kriang

http:pendikargunung.blogmail.com/"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan