
Anak hilang tiga bulan
MUHAMMAD QHUZAIFI
SIK 1 April – Seorang bapa dari Kampung Charuk Damar dekat sini bimbang terhadap keselamatan anak lelakinya yang gagal dikesan selepas keluar mencari pekerjaan di Perlis sejak tiga bulan lalu.
Mohd. Tarmizi Saidin, 42, berkata, anaknya itu, Muhammad Qhuzaifi, 19, keluar dari rumah salah seorang ibu saudaranya di Taman Ria, Sungai Petani sejak 12 Disember lalu tetapi sehingga kini tidak menghubungi ahli keluarga atau rakan-rakannya.
Penoreh getah itu berkata, bimbang dengan keselamatan anak sulungnya itu, dia membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani petang kelmarin.
“Muhammad Qhuzaifi merupakan seorang yang pendiam. Dia dikatakan pergi Perlis untuk mencari kerja tetapi tiada sebarang berita selepas itu.
“Kami sekeluarga amat bimbang dengan nasibnya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya semalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan