assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Rabu, 19 Ogos 2009

Apabila Akal Didahulukan…

AgamaOleh:Abu Umair

Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan…
Iblis terkutuk menjadi kufur. Derhaka akan arahan Tuhan supaya sujud pada Adam

Alasannya ia dicipta dari api, dan Adam dicipta dari tanah. Kononnya api lebih mulia daripada tanah. Mana mungkin suatu yang lebih mulia sujud pada yang kurang mulia. Akhirnya, Iblis menjadi makhluk terawal menolak nas kerana mendahulukan kias akalnya.

Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan….
Kaum Yahudi terpesong daripada agama yang lurus. Sebagaimana dicatatkan dalam sebuah atsar atau hadis, “Sesungguhnya Bani Israel berada dalam kelurusan, sehingga lahir dalam kalangan mereka anak-anak tawanan dari kaum-kaum lain. Lalu mereka mengambil (agama mereka) berdasarkan pandangan akal. Kemudian mereka sesat dan menyesatkan”. (Musannaf Ibn Abi Syaibah no: 37592).

Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan…
Orang Musyrikin pada zaman Nubuwwah berbahas dengan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tentang Qadar. Sebagaimana dikisahkan oleh Abu Hurairah r.a., dan direkod oleh Muslim dalam Sahihnya (no: 2656).

Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan…
Orang Musyrikin ingkar akan hari kebangkitan. Mereka berhujah, “Adakah apabila kami mati, dan kami menjadi tanah dan tulang-tulang, kami akan dibangkitkan?” (Al-Saaffat: 16).

Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan…
Orang Murjiah menjadi sesat. Mengatakan pelaku maksiat jika dia beriman, maksiatnya tidak membawa apa-apa bahana di akhirat. Masuk syurga tanpa diseksa. Dikiaskan IMAN dengan KUFUR. Kononnya, kalau si kafir melakukan amalan taat, ia tidak memberi apa-apa manfaat di akhirat, maka si mukmin juga kalau melakukan maksiat, maksiatnya tidak memberi apa-apa bahana di akhirat.

Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan…
Orang Muktazilah dilabelkan sebagai kumpulan hawa nafsu dan bidaah. Kalau Ahli Sunnah menyusun tertib dalil bermula dengan Al-Quran, kemudian Sunnah, Muktazilah pula menyusun dalil dengan mengatakan, “Pertama: Akal. Kedua: Quran. Ketiga: Sunnah”. Akal lebih diutamakan, kononnya kerana akal lah yang mengenal baik dan buruk. Dan kononnya akal juga yang mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah hujah. Maka logiknya, akal mesti diutamakan.

Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan…
Orang Muktazilah tidak percaya bahawa orang mukmin boleh melihat Tuhan di akhirat secara hakiki. Sekali lagi mereka berkias. Kononnya, kalau manusia boleh melihat Tuhan, bermakna Tuhan itu berjisim. Kalau Tuhan itu berjisim, Ia sudah menyerupai makhluk. Maka Muktazilah menjadi sesat dalam bab ini, kerana mengkiaskan Tuhan dengan makhlukNya.

Itulah natijahnya jika memuliakan dan mentaqdiskan akal hingga nas wahyu dipinggirkan. Orang yang mendahulukan akal dan meletakkan wahyu Tuhan lebih rendah daripada akal, maka imam mereka ialah Iblis. Makhluk terawal menolak arahan Tuhan dan mencabarnya dengan qiasan akal.

Sekian.

abuumair1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan