AgamaOleh:Abu Umair
Andai ada seorang alim atau mufti di zaman ini berfatwa bahawa Solat Subuh tidak wajib, sudah tentu pendapatnya ditolak mentah-mentah. Kerana seluruh umat
sejak zaman sahabat telah ijmak tentang kewajipan solat lima waktu bersandarkan banyak dalil.
Atau jika ada seorang alim berfatwa bahawa harta pusaka seorang ayah atau ibu hendaklah dibahagi sama rata antara anak-anak lelaki dan perempuan, sudah pasti fatwanya disanggah kerana menyalahi ijmak seluruh ulama dan umat, bersandarkan dalil-dalil syarak. Demikian kedudukan dan kepentingan ijmak sebagai hujah dalam syariat Islam.
Antara cabangan kepada persoalan ijmak ialah masalah ‘Mencipta Pendapat Ketiga’. Maksudnya, jika ulama salaf berselisih dalam satu masalah kepada dua pendapat, bolehkah mujtahid selepas zaman mereka mencipta pendapat ketiga? Contohnya dalam suatu masalah, sebahagian sahabat mengatakan wajib, dan sebahagian mengatakan sunat. Bolehkah mujtahid selepas mereka berfatwa dengan hukum haram, sedangkan tidak ada seorang pun kalangan sahabat berfatwa hukumnya haram?
Majoriti fuqaha dan ulama usul mengatakan haram mencipta pendapat ketiga. Kerana mencipta pendapat ketiga dikira satu bentuk menyalahi ijmak. Perselisihan salaf kepada dua pendapat sehingga berakhir zaman mereka, bererti mereka bersepakat bahawa pendapat yang terkeluar daripada dua pendapat itu adalah batil. Pendapat yang benar sudah pasti antara dua pendapat terawal.
Orang yang mencipta pendapat ketiga tidak lari daripada salah satu daripada dua keadaan. Samada pendapatnya tidak bersandarkan kepada dalil, atau dia mendakwa bahawa pendapatnya ada dalil yang diterima. Kalau pendapatnya tidak ada dalil, pendapatnya dengan sendiri tertolak. Sementara jika pendapatnya bersandarkan dalil, kita yakin bahawa dalilnya tidak sahih, atau kefahamannya terhadap dalil tidak betul.
Jadi, walaupun mujtahid yang mencipta pendapat baru mengemukakan dalil atau hujah, pendapatnya tetap tertolak dan dikira menyalahi ijmak. Kerana mustahil para salaf tidak bertemu dengan dalil tersebut, atau para salaf tidak memahami dalil dengan cara yang betul.
Inilah yang dipegang oleh ramai ulama, bahawa tidak boleh mencipta pendapat ketiga jika salaf telah berselisih kepada dua pendapat. Dan tidak boleh mencipta pendapat keempat jika salaf berselisih kepada tiga pendapat. Dan begitulah seterusnya.
Merujuk kepada prinsip ini amat penting bagi setiap orang yang berkaitan dengan institusi fatwa atau mereka yang dirujuk dalam persoalan feqah. Sebelum dikeluarkan fatwa terhadap apa jua masalah, terlebih dahulu pastikan tidak menyalahi ijmak salaf terdahulu, dan tidak juga mencipta pendapat baharu yang menyalahi pendapat-pendapat salaf lain.
Selain perlunya seseorang ahli feqah hadam dengan persoalan-persoalan ijmak, perlu juga banyak membaca kitab-kitab ikhtilaf. Iaitu kitab-kitab yang mengumpulkan perselisihan pendapat salaf dalam persoalan-persoalan feqah. Ini bagi menjamin daripada terkhilaf dalam menjawab persoalan feqah, sehingga mencarik ijmak atau mencipta pendapat ketiga.
Wallahu A’lam.
abuumair1
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Rabu, 19 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan