assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Isnin, 24 Ogos 2009

Calon BN Jatuh Berdebuk, Busuk Kohong Baunya.


Punah harapan, musnah impian rakyat Permatang Pasir yang masih tinggal sekumit untuk terus menyokong Umno/BN angkara wibawa calon yang dikemukan. Robek harapan rakyat dan penyokong Umno/BN untuk terus menyokong calon yang pada mulanya diharapkan membawa berita gembira rupanya berkesudahan dengan malapetaka. Haruskah sokongan terus diberikan kepada calon BN?



TIDAK. Hancur luluh harapan rakyat, hilang sudah kepercayaan terbanyak terhadap gelagat calon BN. Umpama nangka buruk bersalut guni yang jatuh mengeluarkan bau kohong bagai pekong. Itulah yang terjadi kini kepada calon Umno yang mahu dijadikan dahan berteduh buat Permatang Pasir. Dahan yang disangkakan utuh dan kukuh rupanya banyak virus dan layu sebelum berkembang.

Apa Pilihan Rakyat?

Tidak lain dan tidak bukan yang ada hanya calon Pas. Pilihan rakyat Permatang Pasir kini jelas memihak kepada Calon Pas yang setakat ini kekal bersih. Umno bersalah dan sepatutnya mereka kalah. Umno semakin parah dan itulah kenyataannya yang sedang terlihat disetiap mata dan hati penduduk Permatang Pasir.

Selayaknya Umno berada dalam suasana gundah dan menggelabah angkara kemuka calon yang bersalah bukan sekadar menyeleweng wang rakyat malah turut bersalah dalam menyeleweng kepercayaan dan taat setia isteri pertamanya kerana menyembunyikan fakta beliau sudah berbini muda.

Isteri-isteri dan keluarga-keluarga mereka kiri kanan ditipunya, Boleh percaya ke kalau depan dan belakang rakyat Permatang Pasir Calon Bn tak boleh hayun? Sebaiknya calon BN berundur diri sekarang dan selesaikan permasalah rumahtangganya terdahulu. Bermuhasabahlah dengan munasabah. Kalau bab kawin, mengikut lumrah pemimpin Umno, nak ikut sunnah tetapi perangai dan pentadbiran mengikut H1N1.

Kami amat bersimpati terhadap isteri pertama calon Umno yang telah disandiwarakan selama ini dan kami lebih simpati terhadap isteri kedua calon Umno yang dinafikan statusnya sebagai isteri. Bukan rakyat Permatang Pasir tak mahu sokong calon BN, tetapi faham-faham sajalah, harapan rakyat telah musnah berkecai melihat bukti ia “Jatuh Berdebuk, Busuk Kohong Baunya”.

1 ulasan:

  1. Arif Omar said...
    MINTA MAHFUZ SELESAIKAN KES INI SUDAHLAH :
    Berita Harian
    24 jun 2009


    10 tahun kahwin isteri hanya diberi nafkah RM300



    KANGAR: Seorang ustazah mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga.



    Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam. Beliau berkata, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini.



    Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil.



    “Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran,” katanya. Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenai nafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupa menunaikannya.

    “Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang,” Berita lanjut : KLIK

    BalasPadam