assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Khamis, 21 Januari 2010

Perkauman Subset Kezaliman

Oleh Noor Amin Ahmad Kolum, Lita'arafu

Ed Husain menulis dalam pengalaman beliau dalam “Kisah Saya Pejuang Islam”: “Bagi kebanyakan guru saya, kemanusiaan tidak mengenal warna kulit. Lantas lahirlah kekuatan ketika berdepan dengan kezaliman” .

Saya fikir masalah perkauman ada di mana-mana. Ramai yang tidak mahu mengakuinya. Bagi mereka yang terkena penyakit ini, tindakan mempertahankan diri yang biasa kita boleh dengar ialah pertanyaan “salahkah aku membantu bangsa sendiri?”.

Tentu saja jawapannya tidak. Namun soalan itu tidak memadai. Justeru, dengan menjawab persoalan itu tentu saja tidak cukup merungkai masalah sebenar yang dirujuk sebagai perkauman.

Ketika membaca sirah Nabi s.a.w., saya melihat tema “keadilan untuk semua” dan agenda hak sama rata telah menonjolkan keindahan Islam kepada masyarakat waktu itu. Memang kehadiran mesej Islam dibawakan Nabi s.a.w. telah menggugat kemahuan sebilangan kelompok yang berasa lebih tinggi kelas mereka dalam masyarakat – sama ada kerana faktor kabilah atau kekayaan mereka.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim, Nabi s.a.w. bersabda: “Hai manusia, sesungguhnya Allah s.w.t. telah membuang dari kalian assabiyah jahiliyah dan membanggakan keturunan. Manusia itu ada dua macam. Yang satu baik dan bertaqwa, dia akan dimuliakan di sisi Allah s.w.t.. Sedangkan yang lain jahat dan bengis, dia akan dihina di sisi Allah s.w.t..”

Sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), ada satu mesej yang sering berlegar di sekitar masyarakat dan saya mengambilnya sebagai nama kolum ini: lita’arafu (konsep saling kenal – diambil daripada surah al-Hujurat, ayat 13).

Jujurnya, ia tidak mula berlegar di fikiran saya sejak PRU-12 tetapi lebih awal sedikit ketika saya membaca Gelombang Kebangkitan Asia, buku Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang ditulis semasa beliau masih menjawat Timbalan Perdana Menteri. Saya masih ingat kempen Dialog Peradaban yang giat dijalankan semasa beliau masih bersama kerajaan. Ada satu istilah yang diangkat untuk mendorong pencarian muafakat dan manfaat rentas peradaban: convivencia.

Dengan tumpuan kepada kekuatan Asia, Institut Kajian Dasar (IKD) sebagai institusi yang dikenal sebagai penterjemah hasrat Dato’ Seri Anwar Ibrahim giat mengadakan seminar berkaitannya. Maka rakyat Malaysia khususnya kumpulan pemikir mula mendekati tokoh seperti Jose Rizal dan Maulana Iqbal sebagai nara-sumber pemikiran Asia.

Ini tidak mudah, tetapi itulah yang perlu dilakukan.

Saya percaya Dato’ Seri Anwar adalah insan di belakang penegasan agenda lita’arafu pasca PRU-12. Ia bukan baru, cuma mungkin kurang diberi perhatian. Ibnu Kathir dalam tafsir berkaitan surah al-Hujurat juga mencatat satu hadis bahawa sekelian manusia adalan dari Bani Adam dan Allah s.w.t. akan menghinakan manusia yang membanggakan keturunannya.

Dalam satu hadis riwayat Abu Zhar al-Ghifari, ia cocok dengan maksud surah al-Hujurat ayat 13 di mana Nabi s.a.w. bersabda: “Lihatlah olehmu, tidaklah engkau lebih baik dari yang lain meskipun ia seorang hitam. Kecuali jika kamu lebih bertaqwa”.

Ya, taqwa-lah pembeza antara manusia. Itu pun hanya Allah s.w.t. yang layak menilainya, bukan kita sebagai manusia. Justeru, dari hal hujah “bangsa sekian-sekian sekurang-kurangnya mengucap syahadah sebagai tanda iman” itu tidak harus sampai menghalalkan kezaliman.

Ketika di kampus, saya masih ingat dialog dengan seorang rakan aktivis dakwah bila beliau mengingatkan saya bahawa ayat lita’arafu itu berakhir dengan beza taqwa. Kerana saya tahu tentang itu, saya hanya bertanya semula “bagaimana kita menjelaskan taqwa ini kepada muslim dan bukan muslim?”. Saya fikir soalan ini amat kritikal untuk dijawab.

Nabi s.a.w. mengungkapkan ini dalam satu hadis riwayat Abu Dawud: “Bukan dari golongan yang menyeru kepada Assabiyah. Bukan dari golongan kami mereka yang berperang kerana Assabiyah dan bukan termasuk golongan kami siapa yang mati kerana Assabiyah”.

Ketika ditanya siapa golongan Assabiyah ini, Baginda s.a.w. merujuk kepada “mereka yang menolong saudara mereka dan pada masa yang sama berlaku zalim pada yang lain”.

Ini sekaligus menjawab persoalan “salahkah aku membantu bangsa sendiri?”.

Umat Islam bukanlah tidak pernah mendengar ayat Al-Quran berkaitan keadilan dan juga hadis-hadis yang mencela perkauman dan kezaliman. Namun seperti dinyatakan di awal tulisan ini, ia seakan menjadi satu sifat biasa untuk cuba membantu kelompok sendiri terlebih dulu. Cuma untuk saya, sudahkah kita mengenal batas zalim yang mungkin ikut bersamanya?

Sepanjang keperihatinan saya, prinsip keadilan adalah perkara pokok dalam mesej Islam berkaitan hubungan kemasyarakatan.

Saya melihat adanya kecenderungan muslim untuk melihat bahawa erti keadilan itu harus memenangkan Islam dan muslim dalam apa juga pertikaian. Bunyinya seakan benar, namun saya melihat praktis keadilan yang dibawakan Nabi s.a.w. berbeza.

Dalam sebilangan hadis dan sirah Nabi s.a.w., ia jelas tertunjuk bahawa Baginda s.a.w. menegakkan prinsip keadilan hukum dan tidak menggunakan kedudukan beliau sebagai Rasulullah s.a.w. untuk menggunakan kedudukan pemerintah bagi memastikan prinsip hukum memihak muslim atau Islam dalam pengertian bentuk (form). Baginda s.a.w. hanya menegakkan prinsip keadilan hukum berasaskan bukti dan keterangan yang ada. Jelas bagi saya ialah “sesuatu itu memihak keadilan (dari bukti yang mampu dikumpul), maka ia cocok dengan Islam” dan tidak semestinya “sesuatu itu menguntungkan atau melindungi Islam, maka ia cocok dengan Islam”. Ini tepat dengan perintah “Bila kamu menghukum antara manusia, hendaklah kamu berlaku adil.” (an-Nisa, ayat 58).

Akhir sekali, wajarlah kita merenung pesan Allah s.w.t. “Janganlah kebencian kamu kepada satu golongan mendorong kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia dekat dengan taqwa.” (al-Maidah, ayat 8).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan