assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Isnin, 18 Januari 2010

Tragedi Yang Pasti

Tazkirah Oleh: pemikirmuda

"Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Kadangkala pertukaran hari sudah tidak disedari lagi dek penumpuan minda pada hal-hal yang dilalui seharian. Putaran roda waktu akan terus berpusing seiring dengan keta'atannya pada Yang Esa.

Akan tetapi perlu diingat bahawa semua yang wujud akan binasa. Semua yang bergerak akan terhenti. Melainkan Allah S.W.T,Tuhan pencipta pada segala yang wujud. Seperti mana yang tercantum dalam ayatNya “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)

Seperti mana semua makhluk yang wujud begitu jugalah alam yang sedang kita tatapi sekarang. Ia juga tidak selama-lamanya wujud. Satu ketika akan berlaku peristiwa yang jauh lebih tragis daripada gempa bumi yang berlaku di Haiti dan jauh lebih dahsyat daripada banjir yang berlaku di Brazil baru-baru ini. Satu kejadian yang tidak dapat digambarkan minda akan tetapi ianya pasti berlaku. Disebutkan juga dalam firmanNya "Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti datang,tidak ada keraguan padanya." (QS Al Hajj: 7)

Lebih 1400 tahun yang lampau Rasulullah pernah bersabda bahawa umur dunia daripada zamannya sehingga kini seakan-akan jarak antara jari telunjuk dan jari tengahnya sahaja. Pada zamannya juga,ketika peristiwa Isra' Mi'raj,Rasulullah S.A.W. telah melihat seorang yang sangat tua sehingga berbongkok tiga,dijelaskan oleh malaikat itulah gambarannya umur dunia pada ketika itu.

Pada ketika itu pun sudah digambarkan bahawa dunia sudah tua,apatah lagi setelah 1400 tahun berlalu. Sedarlah wahai sang manusia. Dunia yang sedang kita nikmati ini hampir sampai ke penghujungnya. Tanda-tanda kecil semuanya sudah berlaku dan tanda-tanda besar pula sudah menyusul sedikit demi sedikit seperti mana bencana alam yang kita lihat kini makin kerap berlaku. Disebutkan dalam Hadith, "kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan." (Riwayat Bukhari)

Adakah kita hendak menunggu sehingga terbitnya matahari secara songsang yang secara 'automatik' menutup terus pintu taubat? Setelah tibanya saat itu taubat sudah tidak berguna lagi. Pada awal tahun ini juga telah berlaku satu fenomena alam yang pelik di mana gerhana bulan dan matahari berlaku dalam jangka masa yang berdekatan. Gerhana bulan pada 1 Januari diikuti gerhana matahari pada 15 Januari. Satu jarak masa antara gerhana yang amat janggal berbanding gerhana-gerhana yang pernah berlaku sebelumnya. Apakah ianya petanda saat kehancuran makin hampir?? Fikir-fikirkanlah sendiri dan bertaubatlah sebelum terlambat.
http://kalamhuffaz.blogspot.com/"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan