assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Rabu, 24 Februari 2010

“K’jaan jangan anggap sarjana sebagai pembangkang” - Raja Nazrin Syah

Oleh Mohd Ali Bakri

Kerajaan tidak boleh menganggap setiap ilmuan, sarjana yang berselisih pandangan dengan mereka sebagai alat politik pembangkang, demikian titah Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah di sini, hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan majlis pelancaran buku 'Knowledge, Language, Thought, and the Civilization of Islam: Essays in Honor of Syed Muhammad Naquib Al-Attas' yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak.

"Pada hemat beliau, (Al-Attas) apabila perselisihan pandangan atau kelainan tafsiran antara seorang sarjana dengan kerajaan dalam perkara-perkara tertentu, kerajaan jangan terlalu cepat menganggap mereka sebagai ahli politik pembangkang yang memang lazimnya mencari kesalahan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan.

"Tetapi hendaklah dihargai bahawa minda seorang sarjana itu berasakan dirinya bertanggungjawab mendidik masyarakatnya, di samping memiliki keberanian serta ketegasan memaklumkan kepada kerajaannya tentang fakta dan hakikat yang berlaku.

"Bagi Prof Al-Attas, seorang sarjana tidak harus sama sekali memiliki sifat untuk mendapat sokongan atau kedudukan politik," titah baginda lagi.

Sehubungan itu, titah Raja Nazrin, baginda berminat menjadikan buku tersebut sebagai panduan dan rujukan, sesuai dengan kedudukannya sebagai Raja Muda Negeri Perak, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, dan merangkap Pro Canselor Universiti Malaya.

"Esei-esei yang terkandung dalam koleksi buku ini, sangat relevan untuk beta jadikan rujukan, terutama daripada segi memahami falsafah dan konsep berkaitan Islam, kesejahteraan, evolusi, adab, pengetahuan, dialog ketamadunan, pendidikan, institusi wakaf, kapitalisme dan dunia Melayu.

"Semoga apa jua ilmu yang beta timba akan dapat beta manfaatkan untuk kesejahteraan ummah," titah Raja Nazrin lagi. erapakatan.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan