assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Isnin, 22 Februari 2010

KP Jakim: Pihak pertikai hukuman sebat pelampau

Pihak-pihak yang menentang undang-undang syariah yang memperuntukkan hukuman sebatan khususnya terhadap kaum wanita, yang menjadi polemik sekarang, merupakan golongan pelampau, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz.

“Soalnya, jika isu begini dimulakan oleh orang yang jahil kita boleh faham, tetapi kalau ia dibawa oleh orang undang-undang atau syariah ini satu keganjilan yang besar.

“Sebab itu saya kata orang yang menentang ini sebagai pelampau,” kata beliau dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia disiarkan hari ini.

Wan Mohamad berkata, undang-undang sebat bagi kes kesalahan syariah ini baru dilaksanakan selepas pindaan Akta Parlimen 1965 yang digazetkan pada 1986.

Menurut beliau, ia memperuntukan hukuman maksimum enam sebatan, tiga tahun penjara atau denda RM5,000.

Setakat ini menurut beliau, seramai 10 lelaki dan tiga wanita telah dihukum sebatan syariah iaitu tujuh kes di Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang, Selangor, Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan (lima) dan Penjara Penor, Pahang (satu).

Oleh itu kata beliau, tidak wajar mempersalahkan Mahkamah Syariah ataupun mempertikaikan keputusan hakim sebab tidak hukum sebat 40, 80 atau 100 kali.

“Yang jelas, mahkamah bertindak mengikut undang-undang,” katanya.

Wan Mohamad juga berkata dalam kes takzir, pesalah tidak boleh dihukum sebat lebih 10 rotan.

“Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: Janganlah disebat lebih 10 kali sebatan kecuali dalam kes had daripada had-had (hudud) Allah.

“Namun, saya pelik apabila ada ahli undang-undang sendiri yang pertikaikan perkara ini. Seolah-olah mereka tidak iktiraf akta ini.

“Sepatutnya mereka termasuk Majlis Peguam kena didik masyarakat agar memahami perkara ini,” katanya lagi.

Mengenai isu bekas model sambilan Kartika Sari Dewi Sukharnor yang dihukum sebat oleh mahkamah pada Julai lalu tetapi belum disebat sehingga sekarang, Wan Mohamad menjelaskan ia terletak di bawah bidang kuasa negeri.

“Ia tertakluk kepada pihak berkuasa negeri untuk memutuskan perkara tersebut,” katanya.

Menjawab soalan dalam Islam minum arak dihukum sebat 40 kali tetapi mengapa pesalah hanya dihukum sebat enam kali, Ketua Pengarah Jakim menjelaskan, dalam konteks Malaysia Mahkamah Syariah terikat dengan bidang kuasa yang diberikan oleh Parlimen.

Beliau juga ditanya mengapa hukuman sebat tidak dilakukan di hadapan khalayak.

Jelas Wan Mohamad, umumnya undang-undang tentang keseksaan dalam sistem perundangan negara didasari oleh beberapa tujuan dan dari segi Islam ia adalah untuk menegakkan keadilan dan juga menjaga kepentingan umum.

Di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah, kata beliau, orang ramai tidak dibenarkan menyaksikan pelaksanaan hukuman disebat.

“Kita dapati kalau hukum secara Islam dan benar-benar mengikuti syarak, pesalah akan insaf dan tidak mengulanginya.

“Realiti pelaksanaan sebat bagi kes syariah ia mesti dilaksanakan di dalam penjara. Ia mengikut seksyen 125(4) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah no. 8 Tahun 2002. Orang ramai tidak dibenar menyaksikannya.

Menurut Wan Mohamad, hukuman sebat ini terbahagi dua iaitu dalam masalah hudud dan takzir di mana hudud wajib dilaksana mengikut ketentuan Allah manakala takzir pula bermaksud dera yang menjadi pengajaran. Jumlahnya ditentukan oleh pemerintah.

Semalam Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau menghormati hukuman sebatan di bawah undang-undang syariah tetapi berpendapat Islam juga membolehkan pendekatan pemulihan dan kaunseling.

“Salah tetap salah tetapi ada banyak cara untuk menangani isu ini termasuk pemulihan dan kaunseling,” kata Shahrizat.

Ketua Wanita Umno itu mengakui hakim-hakim Mahkamah Syariah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman disebat tetapi menekankan, merotan wanita adalah isu sensitif.

Beliau menambah hukuman sebatan juga memberi ruang kepada mereka yang mengambil kesempatan dengan mendakwa kaum wanita di negara ini tiada suara.

Sisters in Islam (SIS) membidas tindakan Jabatan Penjara melaksanakan hukuman sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi terhadap kaum wanita.

SIS berpendapat melaksanakan hukuman sebatan ke atas mereka tindakan itu secara tidak langsung menggambarkan yang kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan orang ramai.

Pada Rabu lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata tiga orang wanita Islam telah menjalani hukuman disebat, menjadikan yang pertama menjalani hukuman ini di bawah undang-undang Syariah.

Hukuman dijalankan di Penjara Kajang Feb 9 lalu.

Tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga bulan lalu.

Langkah melaksanakan hukuman sebatan ke atas wanita mencetuskan kontroversi tahun lalu selepas Kartika yang dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada Julai 20 lalu setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada Julai 11 2008.

Majlis Peguam juga terkejut dan kecewa dengan kenyataan bahawa tiga wanita Islam telah menjalani hukuman sebatan yang dikendalikan oleh Penjara Kajang.M/Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan