
Allahyarham Pak Nin
13 Rabi'ulawal 1431H (27 Feb 2010) merupakan solat Maghrib terakhir berjamaah di Al-Ikhwan bagi Allahyarham Pak Nin. Arwah pulang ke RahmAtullah sekitar pukul 8.00 malam. Rasa terkilan yang amat sangat kerana ana dan beberapa sahabat lain berjamaah di Surau Al-Ikhlas (Program Maulidur Rasul).
Tiada kata-kata yang dapat ana nukilkan setakat ini. Mari kita mendoakan semuga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh....
Cuma yang pastinya sepanjang persahabatan kami tak pernah ana mendengar perkataan yang buruk serta arwah mengata-ngata orang lain. Selalunya kalau ada kesempatan ana akan menghantar arwah balik kerumah selepas solat balik dengan motor ataupun kereta sehingga ke pintu pagar.
Buat keluraga arwah banyakkan bersabar dan berdoa kehadrat ILLAHI. Allah lebih menyayangi Arwah lebih daripada kita..... Aminnn AL-FATIHAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan