assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Selasa, 3 Februari 2009

Kontroversi: Isu Dua Exco ADUN PKR Perak, Kini Keputusan SPR Itu Boleh Dicabar Oleh Speaker Dan DAP Beri Tempoh 48 Jam Untuk Kaji Semula

Tuesday, February 3, 2009
IPOH [8.30 pm] - Kesemua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak akan menghadiri mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan tindakan selanjut berhubung isu membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu. Seorang Adun PKR memberitahu pertemuan 30 wakil rakyat Pakatan itu akan turut melibatkan pemimpin ketiga-tiga parti gabungan dalam Pakatan di negeri itu. Pertemuan itu akan diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin di Ipoh jam 8 malam ini.


PUTRAJAYA [8.00 pm] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap terbuka jika Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mahu mencabar keputusan SPR yang memutuskan tidak wujud kekosongan bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering. Pakatan Rakyat, yang memimpin kerajaan negeri Perak pula memberi SPR tempoh 48 jam uutuk mengkaji semula keputusannya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering. DAP, salah satu komponen Pakatan Rakyat pula menyifatkan keputusan SPR pagi tadi sebagai tidak demokratik dan bertentangan dengan perlembagaan. Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (foto) berkata, Speaker DUN Perak mempunyai hak untuk mencabar keputusan itu jika beliau tidak berpuas hati. "Kita negara demokrasi.

Semua orang ada hak untuk mencabar dan mahkamahlah yang menentukan," kata beliau selepas selepas mesyuarat khas SPR berhubung isu peletakan jawatan dua ADUN iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering). SPR hari ini memutuskan bahawa kedua-dua ADUN tersebut masih penyandang kerusi DUN terbabit kerana wujud keraguan dalam surat peletakan jawatan yang dikemukakan oleh Speaker DUN Perak, N. Sivakumar pagi semalam. Sivakumar semalam menghantar surat memaklumkan kekosongan DUN Behrang dan Changkat Jering kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri selepas ADUN bagi kawasan tersebut, Jamaluddin dan Mohd Osman dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai wakil rakyat di rumah beliau pada 5.45 petang Ahad lalu. Bagaimanapun, kedua-dua ADUN berkenaan pada hari yang sama turut menghantar salinan surat yang menafikan mereka meletak jawatan. Ditanya sama ada SPR memberatkan mana-mana surat untuk membuat keputusan, Abdul Aziz berkata, pihaknya meneliti kedua-dua surat tersebut secara sama rata. "Ini bukan soal memberatkan mana-mana. Kita mengambil kandungan kedua-dua surat itu secara sama rata daripada orang yang sama." katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan