assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Rabu, 4 Februari 2009

Menteri Besar Terengganu membuat tuduhan terhadap juruukur dan kerajaan PAS dalam rancangan terbitan TV Bernama

'MB Tidak Profesional' – Tuduhan Ahmad Disangkal Juruukur PDF Print E-mail
Written by smnoor
Wednesday, 04 February 2009 02:43
http://buletinonline.net/images/stories/berita/mbtrgbersumpah.jpg

Kuala Terengganu – Syarikat juruukur berlesen Awal Surveyor and Mappers kesal dan menyangkal kenyataan Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said yang menuduh juruukur terbabit dengan kerja-kerja mengenalpasti dan penyiasatan tanah kerajaan negeri mengambil wang dari orang ramai.

Pemilik Awal Surveyor and Mappers, Haji Abu Bakar Kasim menegaskan, sebagai seorang bekas pentadbir tanah dan Menteri Besar semasa, Ahmad Said sepatutnya bercakap secara lebih profesional.

“Kita (juruukur) memberikan khidmat secara profesional berdasarkan peraturan juruukur yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan,

“tuduhan tersebut tidak wajar keluar dari mulut seorang bekas pentadbir tanah, kecuali dia (Ahmad) hanya ‘berpolitik’ dan tidak melakukan kerja dipejabat tanah,”tegasnya.

Beliau berkata kerajaan negeri (sekarang) sepatutnya bersyukur kerana kerja-kerja awal yang dilakukan oleh jurukur pada masa lalu dapat menjimatkan lebih RM 2.0 juta wang kerajaan negeri.

Katanya sehingga awal 2004 sebanyak 40,000 lot tanah diseluruh negeri Terengganu telah telah di kenalpasti, disiasat dan dibuat susunatur serta dicadangkan oleh tujuh juruukur yang telah dilantik oleh kerajaan negeri.

“Ia adalah sumbangan, khidmat juruukur kepada rakyat negeri Terengganu, 40,000 lot tanah telah dikenal pasti dan di buat ‘lay out’ (susun atur) telah siap dan sedia di agih-agihkan kepada orang ramai yang memohon,

“kalau kira jumlah upah yang sepatutnya dibayar (berjumlah) RM 280,000.00, tetapi syarikat juruukur terbabit mengenakan yuran yang sangat rendah”katanya ketika di temui Buletinonline semalam.

Katanya, kerja-kerja yang dilakukan oleh juruukur adalah dibawah arahan, penyeliaan dan pemantauan pentadbir tanah daerah melalui satu perjanjian antara Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri Terengganu dengan konsortium juruukur yang ditubuhkan.

“Tidak timbul buat kerja sendiri-sendiri, kita ikut arahan, tanah yang disiasat adalah atas permohonan yang telah dibuat pemohon melalui borang permohonan di pejabat tanah,

“borang permohonan ada di pejabat tanah, bukan borang melalui juruukur, ”yuran dibayar oleh pemohon diuruskan oleh pejabat tanah, bukan JSR,

“kita berurusan dengan kerajaan negeri Terengganu, bukan dengan UMNO, Barisan Nasional atau dengan PAS,”jelasnya.

Menurutnya, apabila kerajaan negeri bertukar parti yang memerintah daripada PAS kepada Barisan Nasional (BN) pada bulan Mac 2004, kontrak telah ditamatkan serta merta sedangkan perjanjian kerja adalah sehingga selesai tanah tersebut diberikan kepada pemiliknya.

Hj. Bakar tampil memberikan penjelasan bagi menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Ahmad Said ketika menjawab persoalan orang ramai dalam program ‘Helo Malaysia’ kelolaan Bernama TV, 28 Januari lalu.

Ahmad Said berkata tindakan PAS semasa memerintah Terengganu yang mengambil pihak juruukur swasta bagi mempercepatkan agihan 40,000 lot tanah kepada rakyat adalah tidak betul.

“PAS buat di Terengganu 40,000 tanah kata nak diagihkan ini, dia beri kepada pihak swasta untuk mengukur tanah dan dia kutip duit, bila kutip duit dan dipihak swasta apabila dia keraja dia nak duit, sedangkan tanah tak tahu dimana,”kata Ahmad

Dari segi peraturan tanah, kata Ahmad, apabila keluar jadual 5, pemohon perlu membayar premium tanah, membayar upah ukur, bayar tanda batu sempadan dan menjelaskan cukai tahun pertama bagi membolehkan jadual 5A dikeluarkan dan nama pemohon akan didaftarkan sebagai pemilik.

“Ini dia kutip duit, tidak diberikan kepada pejabat tanah sebagai pemegang amanh, dia pergi bayar kepada tukang ukur, juruukur yang berlesen, tanah tak tahu dimana, borang tidak ada,”

“Duit dikutip oleh JSR ketika itu, dengan alasan bayar kepada juruukur, tanah permohonan tak tahu dimana , borang pun tidak ada,”tuduh Ahmad yang mengatakan PAS dan para juruukur telah menipu rakyat.

Oleh yang demikian, sebagai sebagai salah seorang juruukur yang terlibat, Hj Bakar turut menjelaskan setiap kerja yang dilakukan sentiasa dilaporkan kepada kerajaan negeri melalui mesyuarat yang melibatkan pelbagai pihak termasuk jabatan dan agensi.

Katanya, setelah cadangan susunatur diangkat dan diluluskan, pejabat tanah akan menagih-agihkan lot-lot tanah kepada orang ramai dan jadual 5 akan dikeluarkan kepada pemohon.

“Bila jadual 5 keluar, pemohon akan bayar premium (harga tanah) kepada pejabat tanah, barulah kerja ukur dibuat dan batu sempadan ditanam,

“dari 40,000 yang telah diluluskan susun aturnya (lay out), hanya sedikit yang sempat di agih-agihkan kepada pemohon, sebab itu tak ada batu sempadan,”ujarnya.

Hj Bakar berkata, sekiranya kerajaan negeri Terengganu benar-benar ikhlas, Ahmad selaku Menteri Besar tidak perlu membuat pelbagai tuduhan dan memburuk-burukkan orang lain serta meneruskan dasar pemberian tanah kepada rakyat yang memerlukanya.

Sebaliknya, kata beliau, tanah yang telah jelas dan sempat diagih-agihkan oleh kerajaan lalu telah dirampas semula apabila kerajaan negeri Terengganu dibawah pimpinan UMNO dan BN kembali berkuasa.

Justeru katanya, Ahmad Said juga sepatutnya berterima kasih kerana para jurukur terbabit tidak mengambil tindakan undang-undang keatas kerajaan negeri Terengganu kerana telah menamatkan kontrak tidak mengikut perjanjian.

Klik Untuk Lihat Klip Video ‘Helo Malaysia’


Last Updated on Wednesday, 04 February 2009 03:12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan