assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Selasa, 3 Februari 2009

Misteri - Satu Kejadian, Tiga Laporan Berbeza

Written by Wartawan Buletinonline
Monday, 02 February 2009 09:43

http://buletinonline.net/images/stories/berita/tandasoal.gifKuala Terengganu - Anak saudara Presiden PAS, Abdul Qahar Mansor maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi 30 Januari lalu.


Namun dari tiga laporan yang dibuat oleh media, ketiga-tiganya amat berbeza.


LAPORAN HARAKAH

Anak saudara Presiden PAS maut dilanggar kereta milik KPN
Intan Abdullah
Sat | Jan 31, 09 | 1:09:46 am MYT

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) Anak saudara Presiden PAS, Abdul Qahar Mansor maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi semalam.


Beliau dilanggar oleh sebuah kereta Honda CRV nombor plat WNN 6517 yang didaftarkan atas nama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.


Qahar yang berusia 23 tahun maut selepas dilanggar Honda CRV dipandu seorang anggota polis yang dikenali sebagai Lans Koperal Mohd Farez di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.


Menurut peguam keluarga mangsa, Fariz Mustafa, kemalangan tersebut terjadi ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Rusila menuju ke Kuala Terengganu.


Ketika sampai di sekitar Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, motorsikal yang ditunggangi beliau dilanggar kereta yang dipandu Mohd Farez yang baru sahaja selesai membeli keropok di sebuah kedai berhampiran yang ingin membuat pusingan U di jalan tersebut.


"Kereta tersebut berada di sebelah kiri jalan terus membuat pusingan U tanpa memberikan signal malah secara tiba-tiba menukar line, menyebabkan motorsikal yang ditunggangi arwah gagal mengawal keadaan sehingga menyebabkan beliau maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Harakah.


Tambahnya, saksi di tempat kejadian memaklumkan Mohd Farez meninggalkan kereta tersebut di lokasi kemalangan tanpa kunci kenderaan tersebut yang menyebabkan pihak polis trafik sukar mengalihkannya.


"Malah, menurut anggota polis di beliau(Mohd Farez) kini telah pulang ke Kuala Lumpur manakala kereta tersebut ditinggalkan.


"Akibat kemalangan tersebut, kereta tersebut mengalami kesan kemek di pintu sebelah kanan," ujarnya.


Walau bagaimanapun, Fariz memberitahu Harakah bahwa pihaknya akan membuat dakwaan terhadap kes tersebut di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu kesalahan kecuaian memandu sehingga menyebabkan kematian.


Jelasnya, pemandu terbabit sepatutnya direman untuk siasatan kerana kemalangan tersebut melibatkan kematian.


Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mohd Hisham Awang berkata pihaknya kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh Lans Koperal Mohd Farez yang begitu ego ketika diminta memberi kerjasama kepada penduduk setempat sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku.


"Kita kesal dengan sikap ego polis tersebut, yang seolah-olah berbangga dengan mengaku merupakan pegawai polis daripada Balai Polis Bukit Aman," katanya.


Setakat ini ujarnya, pihak polis masih belum memberikan apa-apa respon mengenai kejadian tersebut.


Abdul Qahar katanya maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas jenazahnya dituntut oleh keluarga mangsa dari Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Rusila pada hari yang sama

LAPORAN BERNAMA - JANUARY 31, 2009 20:50 PM

Anak Saudara Presiden Pas Maut Motosikal Rempuh Kereta Polis


KUALA TERENGGANU, 31 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia dalam satu kemalangan yang berlaku di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu, mangsa Abdul Qahar Mansor, 23, yang merupakan anak saudara kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dari Rusila, Marang meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan serius di leher dan kepala.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggangi oleh mangsa merempuh Honda CRV dipandu oleh seorang anggota polis dari Bukit Aman yang ketika itu sedang keluar dari bahu kiri jalan arah Kuala Ibai menuju Kuala Terengganu.

"Mangsa yang bekerja sebagai buruh kilang batu bata dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh bahagian tepi sebelah kanan kenderaan pacuan empat roda itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius sebelum meninggal di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berikutan kejadian itu, anggota polis berkenaan yang datang ke sini atas tugasan rasmi membawa seorang pegawai kanan polis membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LAPORAN UTUSAN - 01/02/2009

Anak saudara isteri Hadi maut


KUALA TERENGGANU 31 Jan. – Anak saudara kepada isteri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang maut apabila motosikal yang ditungganginya merempuh kenderaan pacuan empat roda Polis Diraja Malaysia di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu, mangsa, Abdul Qahar Mansor, 23, anak saudara isteri pertama Abdul Hadi, Toh Puan Zainab Awang maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.


Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kenderaan polis itu dipandu anggota yang membawa seorang pegawai dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalankan tugas selama sehari di sini.


Menurut beliau, kenderaan pacuan empat roda itu sedang keluar dari bahu jalan menghala ke Kuala Terengganu ketika motosikal yang ditunggang mangsa tiba di tempat kejadian.


“Mangsa yang berasal dari Rusila, Marang gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh bahagian tepi kanan kenderaan polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Last Updated on Monday, 02 February 2009 09:50

Tiada ulasan:

Catat Ulasan