assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Rabu, 16 September 2009

Majlis Khatam Al-Quran 1430H - Masjid Ar-Rahmah Sg. Buaya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Catatan oleh al-ikhwan
Foto Sdr. Zulhairi

Dipanjat ke Syukuran kehadrat ALLAH SWT dengan limpah kurnia serta innayah NYA jua dipanjangkan umur dilapangkan masa untuk ana mencoretkan sedikit aktiviti Masjid Ar-Rahmah Sg. Buaya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan penyambung lidah Baginda.

Seperti yang dirancang tanggal 15 Sept.2009M (25Ramadhan 1430H), berlansungnya satu majlis yang Insy'Allah diberkati ALLAH SWT iatu Majlis Khatam Al-Quran yang didalam juga diisi Penyampaian sagu hati Petugas Ramadhan, iaitu Imam, Bilal, Siak, Taddarus Al-Quran, Sumbangan zakat kepada asnab2 dan Sumbangan duit Moreh kepada 1 Masjid dan 11 Surau di sekitar Sg. Buaya.

Majlis dimulakan dengan Khatam Ql-Quran sejurus selesai Solat Sunat Tarawih dan Witir.

Pentaddarus memperdengarkan bacaan dengan gaya perasan tersendiri konon2 macam Syudais, Al-Qhamidi, Syeh Tahir dan seangkatannya

Seterusnya Pengurusi Majlis mengambil tempat memulakan Program selanjutnya, memgalukan kehadiran tetamu jemputan Sdr. Nasaruddin Pusat khidmat DUN Btg. Kali, Ketua Kampung (Wakil jer..), Asnab2 dan seluruh Jamaah yang hadir.

Pengerusi Majlis Sdr. Nasaruddin (Tim. Nazir) boleh tahan 'taici' sahabat sorang ni

Nazir Masjid mengambil tempat memberi ucapan memperingatkan diri sendiri dan sahabat AJK betapa peri pentingnya amanah yang digalas oleh AJK ynag diamanahkan dan akan dipersoalkan oleh ALLAH SWT di akhirat kelak.

Sejak mengambilalih pentadbiran Masjid bermula 1 Jun 2009 beberapa pembangunan Jasmani telah dilaksana spt PA Sistem, pagar, kemudahan bilik air dll. Pembangunan Rohani juga sangat dititik berat dengan mengada kuliah2 mingguan iatu Tafsir, Feqah , Tajwid, Aqidah dll dipimpin oleh Ustaz2 yang bertauliah. Juga perancangan masa depan memperbanyakkan program yang bernafaat selari dengan syariat Islam.

ehemmm.. Nazir ni, dengar citer 'public speaking' paling tak sukai lain la majlis akad nikah, tapi nampak control macho dalam hati sapa yg tahu...

Ucapan terima kash kepada semua penyumbang bagi menjayakan Majlis ini dan para jamaah yang sentiasa mengimarah sepanjang Ramadhan Al-Mubarak ini dan petugas2. Kerjasama anak khariah juga diperlukan untuk memberi teguran dan cadangan bagi mempertingkatkan lagi program2 Masjid.

Permohonan maaf yang mewakili AJK sekiranya terdapat kepincangan sepanjang pentadbiran dari tutur kata, perbuatan dan program2 yang menyinggung mana2 pihak tanpa disedari. Ucapan SELMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN mewakili seluruh AJK.

Wakil Kerajaan Negeri Sdr. Nasaruddin menyampaikan hasrat kerajaan menggalakkan program seperti ini supaya menjadi takwin Masjid dan menjadi jambatan antara rakyat dan kerajaan. Beliau juga menerangkan rancangan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan utuk kebajikan rakyat Selangor.

Sdr. Nasaruddin.. tahun lalu program ni di Surau Al-Ikhwan tahun ni ok Masjid tu..

Majlis diteruskan sumbangan zakat individu kepada Asnab

Salah seorang asnab Muslimin macan kenal jer...

Salah seorang asnab Muslimat
seterus Ajk dan petugas Masjid

Ustaz Nurulhak.. ana tabik enta sebulan imam Tarawih (Imam 3 Masjid). Hanya ALLAH saja yg dpt mambalas jasa tuan.. Aminn...

Tn. Hj. Rashid.. (Imam 2) Naib Qhadi, apa nak buat baik daftar ngan ana dulu baru boleh ambil borang. theee hee...

Siak Arshad tunduk semacam jer... Siak Rosli dan Khalid timer kasih semua, tanpa anda semua apa nak jadi




Sumbangan pada surau2 sekitar Sg. Buaya

Pengerusi Baru Al-Ikhwan Tn. Hj. Abd. Rahman sahabat dunia akhirat ana. Hj apa barang belum hulur dah tadah ni... surau lain Al-Ikhlas, Asy-Syuro, Al-Hidayah, At-Taqwa, Al-Ansar, Nuru Iman,An-Nur, Peringkat 1, 2 dan 3. Juga menerima bahagian masing2

Nazir pun dapat ker..??? bukanlah wakil Masjid laa..


Menjamu selera seperti kata cikgu Arif menu special Sate Kajang ada, nasi lemak Sg. Choh... pehhh.. power dan kueh2 lain rugi sapa tak datang.

Akhir kata SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. Dari keseluruhan AJK Masjid Ar-Rahman berserta keluarga. Sekiranya sepanjang persahabatan dan perkenalan kita ada tuturkata, tingkahlaku, gerak gaya yang menyinggung dan terusik hati disusun 10 jari memohon keampuanan dan kemaafan dunia akhirat. Semoga berjumpa lagi Berhati2 semasa memandu balik kampung dan kembali balik.

Jazakallahu khairan kathiro...
Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan