assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Selasa, 15 September 2009

Semoga Puasa Menambahkan Taqwa

AgamaKiriman mujahideen

Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Memang ramai umat Islam yang tahu tujuan diwajibkan puasa ialah sepertimana yang telah disebut dalam Al Qur'an- (yang bermaksud) "mudah-mudahan kamu bertaqwa".

Bila umat Islam berpuasa bererti dia telah sanggup menahan diri dari melakukan satu perkara yang biasanya halal dilakukan sewaktu siang hari iaitu makan dan minum serta bersetubuh suami isteri. Semua ini dilakukan kerana taat kepada Allah s.w.t.

Di Malaysia, puasa dilakukan oleh semua orang Melayu (?) sama ada dari golongan pro Pakatan Rakyat atau pro BN. Semuanya berbuka waktu yang ditetapkan dan pakat bersolat terawih.

Dalam solat fardhu atau sunat semuanya memulakan solat dengan takbir Allahu Akbar. Baca Al Fatihah yang sama- memuji Allah dan mohon petunjuk jalan yang lurus dan bukan jalan orang yang sesat.

Bila selesai ibadah solah semuanya bertebaran dengan urusan masing-masing. Tetapi sebahagian orang Melayu yang beragama Islam dan pada waktu solat sebelumnya mengaku Allah Maha Besar tiba-tiba menolak cara hidup Islam, perjuangan Islam, kewajipan menegakkan hukum Allah dan seumpamanya. Kemana pergi ikrar Allahu Akbar ?

Setakat inipun sudah bertentangan lidah ahli UMNO dalam solat dengan praktikal yang sebenar. Oleh itu, kemana ahli UMNO hendak pergi dalam hidup ini? Tercapaikah matlamat "mudah-mudahan kamu bertaqwa" yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. sebagai natijah dari puasa?

Jika PM kita yang mengaku Islam tidak mahu membubarkan UMNO, memadailah semua ahli UMNO yang percaya Hari Pembalasan pakat keluar UMNO ramai-ramai. Bagi yang sudah berpuasa hampir sama dengan ulangtahun penubuhan UMNO wajar sangat berubah dengan segera.

Kita akan mati. Apa yang ada di sisi Allah s.w.t. adalah lebih baik dan lebih kekal. Memadaikah hanya kerana beberapa projek dan serba sedikit habuan wang yang kita dapat masa perhimpunan agung UMNO dan semasa pilihanraya maka kita sanggup menggadaikan ikrar kita dalam solat?

Ini belum masuk lagi apa-apa hujah naqli yang cukup banyak hendak dihuraikan. Memadailah dengan kita bermuhasabah :Adakah aku benar -benar membesarkan Allah s.w.t. dalam segala aspek? Atau hanya dalam solat sahaja mengaku Allah Maha Besar tetapi undang-undang Allah kecil belaka, syariat Islam tidak boleh dipraktikkan?

Dunia sudah berada di akhir zaman. Yang sudah berumur lebih 40 tahun elok berubah perangai. Yang berumur lebih dari 63 tahun sudahpun mendapat umur subsidi. Mungkin Allah beri peluang untuk kita betulkan semula aqidah agar mati dalam Iman dan Islam sebenar.

Marilah kita jadikan tahun ini tahun untuk berubah dari UMNO. Jika tidak, puasa kita bukanlah menambah ketaqwaan bahkan menambahkan kefasikan semata-mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan