AgamaOleh;saif al mansur
Saya pernah membaca kisah tentang sebuah keluarga tahfiz yang melarang anak-anak mereka melihat television. Malah ada sehingga tiada tv di rumah, melainkan hanya radio sahaja. Mungkin ada kebaikannya dengan kaedah sebegitu, namun mampukah semua orang bertindak sedemikian. Majoriti ibu bapa pasti tidak akan melarang anak-anak mereka untuk menonton tv
kerana mereka juga turut menonton rancangan tv tersebut. Kecualilah mereka memang tidak ada masa untuk mengadap tv, tapi mungkin peratusannya amat sedikit dan berkemungkinan juga anak-anak mereka boleh boleh melihatnya ketika ibu bapa tiada dirumah atau dalam keadaan-keadaan tertentu.
Itulah pengaruh tv. Bukan sahaja rancangan kartun menjadi tontonan kepada anak-anak kita yang bersih jiwanya, tetapi segala benda yang keluar pasti akan menjadi tontonan mereka.
Didikan Anak-Anak
Semestinya dari kecil anak-anak seharuslah diajar tentang perkara baik dan perkara buruk. Juga perlu setiap hari diperdengarkan dengan dosa dan pahala. Antaranya ibu bapa perlu berkata;
"Ini tak baik, berdosa, nanti Allah marah"
"Bagusnya anak umi, Allah sayang orang yang baik"
Itu adalah antara perkataan yang perlu dizikirkan di telinga anak-anak sentiasa semasa jiwa mereka masih putih suci. Ada yang bertanya kesannya? Kesannya saya sendiri lalui..
"Makanan ini tak ada tanda halal, tak boleh makan"
"Orang tu tak pakai tudung, berdosa, Allah marah"
"Tak baik kan menari-nari, Allah marah"
"Allah sayang orang yang baik, kan umi?"
Itulah antara kesan didikan mengajar erti dosa dan pahala dalam kehidupan. Kembali kepada topik iklan. Namun bagaimana nak menutup pandangan anak ketika menonton tv kalau iklan secara tiba-tiba keluar, dan iklan itu pula tahap sampah. (komen masyarakat boleh dilihat disini, disini dan disini).
Sebagai contoh iklan Digi yang ganas dengan memukul dan melanggar no.1 dengan alasan belasah RM1, cukup memberi kesan kepada jiwa anak. Terdapat juga iklan terbaru tentang minyak wangi (saya tak ingat jenamanya) yang menunjukan seorang jejaka yang ingin berjumpa dengan seorang gadis di dalam kereta api kerana kewangian perfume yang dipakai oleh si gadis.. Kita boleh katakan bahawa, syarikat-syarikat tersebut adalah dari bukan Islam dan mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa melihat nilai moral.
Tetapi persoalannya, kenapa kerajaan meluluskan iklan seperti ini..? Tidak adakah garis panduan dari kementerian berkaitan, berkenaan dengan iklan? Siapakah dalang dibelakang tabir yang meluluskan iklan sebegini?
Jelas jawapan saya...
Inilah 'Agenda Merosakan Generasi Islam'
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Selasa, 3 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan