Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih... Dengan limpah kurnia NYA serta Innayah NYA jua dapat kita bersua di alam maya ini.
Tanggal 30 Oktober 2009, Jumaat, selepas Solat Maghrib disaksi oleh para jamaah Ar-Rahmah ketika itu dan ALLAH SWT... dipandu oleh Nazir dan Imam II Tn. Hj. Rashid terpacullah Kalimah suci Syahadah 'LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULLULLAH' dari empunya diri mendapat Hidayah Sdr. JUASIN SIKIN berbangsa Dusun Kadazan dan telah di daftarkan dengan nama Islam nya Sdr. JAMALLUDDIN B. ABDULLAH.

Tazikrah pendek dr Tn Hj. Rashid Imam II

Berbaju biru tenang mendengar
Amanah ini bukan terhenti disini sahaja, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan Saudara kita ini dapat bimbingan selanjutnya. Isnin 2 Nov. 2009 bersama Sdr. Norhisham Bendahari kami mendaftarkan Saudara kita tersebut di JAIS H.Sel. dan LZS. Alhamdulillah berkat usaha yang sedikit ini dan kezinan dari ALLAH SWT kelas bimbingan kendalian JAIS khusus untuk Saudara kita ini telah dipersetujui bersama pada 21 hingga 25 Okt. 2009 di Jeram.

Lafaz Syahdah lancar terpacul di iringi genangan air mata dari setiap yang hadir

Syabas!!! tahniah!!! Ahlan wasahlan ya marhaban dari jamaah yang hadir penuh kesyahduan

Anak-anak tahfiz Darul Quran Sg. Buaya tidak ketinggalan.
Di sini saya titipkan ucapan Jazakallahu khairan kathiro kepada pengerak kepada usaha ini sehingga menjadi kenyataan walaupun pada mula usaha kami ini tertangguh di sebab beberapa perkara yang diluar kawalan kami.
1. Sdr. Khalib - siak
2. Tn. Hj. Rashid - Imam II
3. Sdr. Norhisham - Bendahari
4. Keseluruhan Jamaah yang sentiasa memberi kerjasama dan sabar menanti saat tersebut.
Segala puji bagi ALLAH tuhan pencipta Alam... Segala yang baik itu dari ALLAH buruk itu atas sifat kelemahan hamba MU jua.
Wallahu a'lam bissawab... Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan