AgamaKiriman abusyahmi72
Kepada Usaha Dakwah Yang Tidak Bermotifkan
Keuntungan Atau Perniagaan;
[Kepentingan Memahami Keutamaan Tugas Dalam Kehidupan Umat Islam]- Mengikut Pemikiran Presiden Ulama Dunia, DR. Yusuf Qardhawi. Fiqh al-Awlawiyyat ini ialah fiqh urutan keutamaan yang memerlukan kita mengetahui perkara yang mesti didahulukan apabila melaksanakan sesuatu perkara dalam kehidupan kita.
Dengan kata lain, tidak mengemudiankan perkara yang sepatutnya didahulukan dan tiada mendahulukan perkara yang sepatutnya dikemudiankan. Lanjutannya, nilai-nilai akhlak mulia, hukum-hakam, kewajipan-kewajipan agama adalah berada pada peringkat dan urutan kedudukannya yang berbeza. Di antara perkara tersebut ada yang besar, penting dan utama dan ada pula yang kecil, ringan dan kurang penting. Ada yang merupakan perkara asasi, ada yang perkara cabang (furu’), ada perkara rukun, selainnya merupakan perkara pelengkap dan begitulah sebagainya.
Kefahaman ini juga memerlukan supaya kita lebih menumpukan serta berusaha ke arah sesuatu itu lebih daripada perkara yang lain. FA ini juga membawa maksud sesuatu yang sewajarnya didahulukan hendaklah didahulukan dan jika ia sewajarnya dikemudiankan mestilah dikemudiankan. Sesuatu yang kecil tidak perlu diperbesarkan dan sesuatu yang penting tidak boleh diabaikan. Setiap perkara mesti diletakkan di tempatnya dengan seimbang dan tepat. Segala sesuatu mesti diletakkan pada kedudukan dan tempatnya secara adil dan sesuai (sudah tentu) mengikut syariat Islam. Kefahaman ini amat penting kerana ia dapat memberi alternatif apabila menentukan sesuatu perkara apabila ia bertembung dengan kebaikan atau kejahatan.
Kajian yang bersumber utamakan al-Quran dan Sunnah Rasul Sallallahu alaihi wasalam (s.a.w) ini sangat penting dan relevan kerana melihat kepada konteks sekarang, umat Islam tidak dapat membezakan keutamaan tugas dan tanggungjawab pada sesuatu masa dan tempat. Umat Islam telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka mengikut urutan dan prioriti keutamaan tugas-tanggungjawab mereka seperti ditentukan oleh al Quran dan Sunnah rasul s.a.w.
Akibatnya, kegagalan ini menyebabkan berlaku terlalu banyak kepincangan dan masalah dalam masyarakat umat Islam di dunia termasuklah di Malaysia (dibincangkan selepas ini).
Hanya sanya dengan memahami ilmu FA ini dan melaksanakan tugas-tugas umat Islam ini mengikut urutan keutamaannya, barulah memungkin untuk umat Islam menjadi Umat Terbaik (Hairun Ummatin) seperti difirmankan oleh Allah dalam al Quran.
sila ziarahi : http://abu-dubeis.blogspot.com
Aspek Amal Jariah.
Menurut Dr Yusuf Qardhawi, terdapat banyak umat Islam yang baik hati lebih gemar menyumbang ke arah pembinaan masjid yang cantik yang mana sudah banyak masjid di kawasannya daripada menderma kepada kegiatan Islam yang lebih besar manfaatnya.
Begitu juga, sejumlah orang yang pergi haji untuk kali kedua dan mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan, keduanya adalah sunat. Untuk tujuan tersebut mereka mengeluarkan wang tabungan yang cukup banyak dengan mudah.
Wang yang banyak tersebut adalah lebih baik dan lebih utama untuk diserahkan kepada gerakan dakwah islamiah atau kepada tabung-tabung bagi manfaat pertubuhan atau umat Islam yang memerlukan sokongan untuk berjihad menentang kezaliman kuffar seperti sautu ketika dahulu perjuangan berdarah umat mujahidin Bosnia Herzegovina, perjuangan yang masih berterusan oleh gerakan Hamas di Palestin dan lain-lain. Di dalam negara kita pula terdapat pertubuhan bukan kerajaan yang begitu jelas objektif dan tindakannya dalam membantu umat Islam dan memartabatkan kedudukan Islam seperti Jemaah Islam Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan sebagainya. Tetapi berapa individual Islam berkemampuan ada membuat potongan gaji tiap bulan bagi perjuangan ini?
Fahamilah maksud dari firman Allah Subhanahu wa Taa’la yang bermaksud : "Apakah orang-orang yang memberi minum kepada orang yang mengerjakan haji dan mengurus masjidil haram, kamu samakan dengan orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah. Mereka tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim." (al-Taubah, ayat 19-22)
Menurut Dr. Qardhawi, ayat tersebut menegaskan bahawa orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah Subhanahu wa Taa’la dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah Subhanahu wa Taa’la dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.
Malah ada keadaan di mana umat Islam sedang dihapuskan dari muka bumi oleh bangsa yang zalim dan kita hanya mampu menonton dalam media masa sambil sekadar menggeleng kepala atau sehabis hebatpun, sekadar hanya mengalirkan air mata. Bukankah disisi Allah, ini adalah tempat yang paling aula atau utama untuk kita leburkan kekayaan kita?
Di Malaysia
Sebagaimana di luar sana, begitu jugalah keadaan di Malaysia. Kefahaman keutamaan dalam bersedekah, berinfaq, membuat sumbangan, memberi bantuan dan pertolongan dan beramal jariah masih belum benar-benar dihayati dan diamalkan.
Marilah kita bandingan Dua (2) situasi mudah kisah benar ini dalam memahami keutamaan beramal jariah.
(1) Terdapat segolongan yang bermurah hati menyedekahkan karpet baru yang tebal dan berkualiti untuk diletakkan di atas karpet nipis yang bagaimanapun masih boleh digunakan lagi. Begitu juga yang mencantikkan surau dengan menyumbang kos cat dan menanggung kos tenaga kerja. Semoga Allah membalas kebaikan mereka.
(2) Terdapat suatu usaha untuk mengumpul dana bagi membantu suatu pertubuhan dakwah islamiah atau untuk melaksanakan suatu projek kurus Solat demi kebaikan generasi muda umat Islam (yang diserang isu keruntuhan akhlak) yang memerlukan sokongan dana bagi program-program dakwah dan agama yang berterusan.
Bagi situasi yang (1) di atas, kita dapati bahawa kita masih boleh bersolat dengan selesa tanpa karpet tebal tersebut dan perubahan warna luaran surau tidak memberi apa-apa kesan kepada kekusyukan kita semasa solat. Benar kita mendapat pahala atas keikhlasan sedekah kita namun manfaat sebenar kepentingan ummah belum tentu tercapai.
Dalam situasi (2) di atas, wang-wang kita sangat diperlukan bahkan sentiasa diperlukan (tidak akan mencukupi) untuk kegiatan dakwah yang memberi manfaatkan kepada umat manusia dan dipandang tinggi di sisi Allah.
Begitulah, begitu juga ramai yang sanggup bersikap dermawan dalam mengadakan majis makan-makan, rumah terbuka yang walaupun bersedekah tetapi manfaatnya berlegar kepada sesama sendiri.
Marilah kita lakukan perubahan fikiran dan tindakan. Utamakanlah yang utama , yang lebih menguntungkan untuk saham akhirat kita dan yang lebih memudahkan untuk kita memelihara hati kita dari rasa riak, ujub dan perasaan bagus –yakni apabila orang tidak tahu daripada bersedekah dikala semua orang tahu. Benarlah bahawa Syaitan itu tidak pernah putus asa dalam menggoda manusia.
Marilah kita selamat diri kita, ahli keluarga kita yang kita cintai, ibubapa kita, anak-anak ktia, saudara mara kita, sahabat-sahabat kita dan semua umat Islam khususnya di Batu Pahat dari panas api neraka.
Kita mulakan dengan solat kita. Kita upgrade solat kita ketahap terbaik dan khusyuk seperti solat rasul kita. Solat adalah pembeza antara iman dan kufur dan perkara ibadah yang pertama akan dihitung di alam perbicaraan akhirat kelak. Baik solat kita dan diterima Allah , insya Allah, cerahlah kedudukan kita di –Sana. Marilah kita mulakan…..
Marilah kita berusaha agat sama-sama memasuki Syurga Allah. Lantas, apa lagi yang kita mahukan?...........
USAHA DAKWAH –TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Bagi yang berminat dengan usaha kami , sertailah kami. Segala sumbangan dalam apa jua bentuk yang baik amat dihargai dan dicatit oleh makhuk yang tidak ingkar, malaikat-malaikat Allah.
Projek ini adalah diniatkan sebagai pembuka dan pemula kepada projek-projek dakwah dan program-program agama yang lain yang berterusan yang bersifat praktikal dan menyasarkan golongan muda (termasuk diri dan anak-anak kita) dan mengarah kepada perubahan yang lebih baik untuk menjadi umat terbaik. Allah telah berfirman dalam surah ali-Imran(3)104 yang bermaksud :-
”dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
Dalam surah yang lain “Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan ingat-mengingatkan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Pemberitahuan Umum
(Suatu Program Dakwah Tanpa Unsur Perniagaan Dan Tanpa Objektif Keuntungan)
Kursus Solat Sempurna di Batu Pahat ”Penghayatan & Praktikal Solat & Solat Jemaah”
(Merujuk Solat Nabi Dari Perspektif Mazhab Shafie)
Sabtu 5/12/2009 Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat
Kos Hanya RM10-00 & RM15 seorang (Termurah di pasaran)
Terbuka Kepada Semua Umat Islam (7.30 pagi hingga 6.30 petang)
(In sya allah -3 kali makan- pagi tengahari & petang, penyegar, fail, modul dan beberapa keperluan )
Pembimbing/Motivator : Ustaz Haji Muhammad Sobri Omar /(Penceramah Bertauliah/Imam ) (Penceramah dlm Channel 9 –Tanyalah Ustaz)
Tel: 012 755 1646 / 019 72 72 817 /017 215 4412
email : abusyahmi72@yahoo.com.my
KAMI MENGALUKAN SOKONGAN SUKARELAWAN DAN SUMBANGAN -MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI HISHAM
http://abu-dubeis.blogspot.com
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Rabu, 18 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan