Oleh Mohd Sayuti Omar
SAYA merenung dan berfikir panjang dengan apa yang menimpa ke atas batang tubuh Tok Guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat sehari dua ini. Saya menghela nafas dan mengeluh sendiri. Kesal dan terkilan. Sedih! Daun-daun dukacita luruh melambak ke dalam diri
Sedih kerana ia menimpa batang tubuh peribadi persis Tok Guru. Kenapakah dalam usia sebegitu dan perjalanan jihadnya sudah hampir rapat ke langit, tiba-tiba ada musibah begitu. Kenapa ada yang tergamak melakukannya? Sungguh saya tidak mengerti? Apakah ini takdir atau satu suratan keran ada sejuta hikmah disebaliknya? Atau pun satu kecelakaan kerana kelalaian, atau musibah itu ujian terakhir dari Tuhan buatnya?
Saya percaya Tuhan tidak mencetuskan sesuatu kejadian dan takdir itu dengan sia-sia saja tanpa ada hikmah disebaliknya? Dan saya juga percaya atas kemusyidulannya, beliau kini sedang meraba-raba hikmat Tuhan di sebalik semua yang berlaku itu.
Kesedihan dan simpati terhadapnya tidak dapat diselindungkan. Bukan saja saya, malahan orang ramai juga. Saya sedih kerana mengenangkan kemuliaanya pada saya tidak sepatutnya beliau menerima perhinaan demikian rupa. Saya membayangkan bagaimanakah kudratnya yang sudah lemah itu untuk menghadapi musibah seperti itu. Tentulah beliau sendiri sangat sakit untuk menerimanya? Dalam keadaan hari ini sewajarnya kalau beliau dibahagiakan semahunya, dan tidak diganggu dengan kejadian-kejadian yang hina dan menyentuh perasaan begitu.
Dan kenapa saya katakan musibah itu menyedih dan menyesalkan, kerana ia benar-benar menyerabutkan Tok Guru. Betapa pun kuat tahap kesabarannya namun saya yakin, tidur, makan, masa solat, masa rihat Tok Guru terganggu dan terbagar-bagar dengan fitnah itu.
Musibah itu juga bukan saja melukai dan mencela dirinya sebagai pemimpin, tetapi mencelakan seluruh kredibiliti dan intergritinya sebagai seorang yang diagung-agungkan. Seorang bertaraf tok guru yang disanjungi. Secara tak langsung juga ia mencalarkan partinya kerana statusnya sebagai Mursyidul Am Pas. Dan tidak dapat tidak ia juga tercalar nama baik keluarga dan keturunannya.
Sebelum ini beliau bukan tidak menghadapi bebanan berat. Bohonglah sebagai manusia tidak maksum beliau senantiasa bahagia dan berlapang dada. Tuhan senantiasa turunkan beban ke atas sesiapa saja untuk mengujinya. Begitu juga dengan Tok Guru. Bukankah ada firman yang bermaksud, kamu tidak boleh mengaku sebagai beriman selagi tidak diuji. Makanya musibah itu adalah satu ujian penuh berhikmah sekali.
Tok Guru memang sering diuji dan ujiannya lebih besar daripada apa yang ahli dan penyokong bawahan terima. Bahkan sejuta masalah sepanjang lebih 60 tahun perjuangannya beliau telah melalui dan merasai pahit dan getirnya. Tetapi apa yang dapat saya rasanya ia tidak seberat musibah berlaku hari ini.
Apa tidaknya, saat azan hendak dilaungkan dan ayam lembu dikorbankan untuk diadakan kenduri bagi mengiringi keberangkatan beliau ke tanah suci bersama isteri dan keluarga tercinta, tiba-tiba ia terpaksa dibatalkan.
Pembatalan itu bukan kerana uzur syarie, tetapi kerana fitnah liar yang membakar keadaan. Inilah merujakan dan mengilankan dirinya dan seluruh kerabat keluarganya dan rakyat yang menyanyanginya di Kelantan.
Musibah fitnah yang berlaku bulan Zuhkaedah ini adalah peristiwa paling pahit buat Tok Guru kerana ia membabitkan terhalang niat sucinya untuk bertamu ke rumah Allah. Perjalanan ke manakah paling suci kalau bukan ke Makkah, Madinah dan Baitumuqadis? Pun begitu kegagalan pemergian itu rasanya tidak sepedih taburan fitnah dan konotasi yang dilemparkan ke atasnya.
Saya pernah melihat sendiri bagaimana satu masa Tok Guru berada dalam keadaan resah dan gelisah. Saya pernah melihat bagaimana beliau menggelupur ditikam gunda dan kecemasan. Peristiwa ini saya lihat pada malam keputusan pilihan raya umum 2004. Ketika itu beliau bersendirian di sebuah bilik di pejabat Pas, Jalan Dato’ Pati Kota Bharu. Saya nampak beliau begitu resah dan gelisah menanti penghukuman rakyat.
Saya nampak di dahinya ada peluh kecil merecik. Sepinggan buah anggur di hadapannya tidak disentuh. Beliau sangat cemas dan gelabah. Beliau bergelacar mencari bilik air untuk mengambil wuduk. Beberapa kali dia berpusing tidak ketemu bilik air, sehinggalah saya menunjukinya.
Malam itu saya tahu Tok Guru cemas bukan kerana takut kehilangan pangkat dan kedudukan kalau Pas tewas. Tetapi apa yang membimbangkan benih Islam yang baru ditanam di Kelantan ketika itu akan musnah kalau kerajaan Pas tumbang. Itulah menyebabkan dia jadi cukup cemas dan bimbang pada malam itu pada perkiraan saya. Beliau lebih memikirkan soal Islam daripada dirinya sendiri.
Tetapi perisitwa yang dihadapi hari kini benar-benar mencabarnya. Ia berbeza dengan keresahan dan kebimbangan di malam keputusan pilihan raya 2004 itu. Fitnah yang berlaku hari ini memalu dan benar-benar mengilankannya. Beliau seorang tok guru telah dilempar dengan najis fitnah melampau. Diarak dan disorak di seluruh pelusuk negara oleh media sebagai ulama rasuah!
Jutseru itu dalam hemat saya peristiwa yang berlaku kini akan memberi implikasi moral dan politik terhadap Tok Guru. Musibah ini menekan psikologis Tok Guru sebagai seorang murabbi. Dan rasanya inilah niat dan tujuan petulang mencetuskan soal penajaan haji sehinggakan mengundang SPRM ke pejabat MB itu. Dalam melihat ini bagi saya ia semacam ada konspirasi halus untuk memburukkan Tok Guru sebagai MB dan pemimpin Pas bertaraf ulama itu.
Makanya menyimpul secara mudah apa yang berlaku itu Tok Guru sudah tidak ada banyak pilihan lagi. Beliau tidak seharusnya boleh terus berdiam atau memakan ubat-ubat lama untuk merawat sakit hatinya kini. Bagi saya Tok Guru hanya ada dua pilihan saja kini sama ada hendak ke kanan ataupun ke kini. Di hadapannya ada dua persimpangan, yang perlu beliau pilih.
Ke kiri bermakna beliau harus berhenti dan beristirehat. Berundur dari kerusi menteri besar Kelantan dan juga melepaskan jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan. Memilih jalan kiri bermakna beliau harus meninggalkan Kota Darulnaim dan boleh terus kekal di pejabat Pas untuk memberi kuliah agama setiap Jumaat.
Untuk memilih jalan ke kiri, ia sesuatu yang mudah dan simple bagi Tok Guru. Cukup melafaz sepatah ayat dan menyediakan sepucuk surat. Perjalanan melalui ke jalan kiri tidak memerlukan bekalan yang banyak. Jalan ini tidak penuh dengan onak dan duri seperti ke jalan kanan. Beliau tidak perlu peduli apa yang berlaku kepada Pas selepas itu. Biarlah Pas menjadi dagang tanpanya. Bukankah Tok Guru sendiri pernah melafazkan Muhammad s.a.w. sendiri tidak pernah menunjukkan sesiapa bakal menggantinya!
Dan saya yakin, dengan sunatulahlah sepohon yang direstui Tuhan meskipun ia patah, ia akan tumbuh kembali. Kalau pun yang tumbuh itu tidak terus subur, dan hanya ceding, kemudian ia tetap akan membesar menjadi dahan dan batang yang kuat juga satu masa nanti. Tok Guru juga asalnya dari tunas dan ceding. Apakah bersara adalah pilihan sesuai buat Tok Guru?
Sebaliknya kalau beliau ingin memilih jalan kanan, meneruskan tugas dan tanggungjawab dan amanah Allah ke atasnya, maka Tok Guru kena berbuat sesuatu. Beliau tidak boleh bertahan dengan ubat-ubatan atau bekalan yang ada hari ini. Jalan kanan penuh seribu liku ini menuntut beliau perlu memejam mata untuk melakukannya.
Sekiranya beliau ingin meneruskan tugas dan tanggungjawab selagi kudrat masih ada, Tok Guru harus berani dan sedia membuat pembersihan dan penyucian. Beliau harus nekad melakukan pembersihan dalam dua aspek, parti dan dalam kerajaan.
Tok Guru harus sedar dengan apa yang menimpa dirinya kini bukan saja kerana adanya anak Quraisy sesat. Tetapi masalah hari ini disebabkan wujudnya juga Haman yang tamak kepada kedudukan dan harta benda dan tidak sabar untuk menyinggahi tahkta. Inilah elemen yang mengharu birukan Pas dan kerajaan kini.
Iya.. mungkin mereka yang alergik dengan Umno dengan mudah menuduh semua kerja buruk ke atas Tok Guru dilakukan oleh orang Umno kerana mereka musuh yang nyata. Tetapi orang lupa bahawa segala butir-butir dan lafaz ratib dan zikir memburukkan Tok Guru itu orang Umno tidak tahu menghafalkan kalau bukan orang dalam sendiri yang memberi tahu dan mengajar lafaz dan taranumnya.
Saya sangat percaya dan yakin berpandukan kepada teori politik serta dengan bukti-bukti berbentuk lisan, analisa yang dilakukan bahawa kerja memburukan Tok Guru turut sama melihatkan anak Haman dan bukan saja tertumpu kepada anak Quraisy. Anak Qurasy hanya si perantau yang tersesat jalan yang tumpang mencari makan di bumi warisnya. Jangan persalahkan beliau.
Dalam konteks ini apa yang perlu disalahkan orang yang memberi pelindungan, memberi minum air dan membawa anak Quraisy ke bertaman dalam rumah. Yang memberi makan dan ikut membawanya ke majlis-majlis cukur kepala, melihat penginokulasian depu, tanam padi organik dan sebagainya yang melibatkan Tok Guru.
Pembersihan dan penyucian yang perlu Tok Guru lakukan, paling utama ialah dalam parti. Badan perhubungan Pas perlu dirombak dan disusun semula. Sedar atau tidak sedar pembentukan badan perhubungan Pas hari ini adalah diuruskan oleh satu kepala saja. Ia bukan satu pembentukan mencerminkan keazaman dan kesepakatan pemuka-pemuka Pas Kelantan. Pembentukan itu lebih kepada usaha untuk mencapai maksud seseorang. Kerana dalam pembentukan itu ada agenda busuklah menyebabkan Pas Kelantan kini berpuak-puak atau 'bertanah rancangan'.
Untuk mengemaskan Pas, mungkin Tok Guru boleh mengembalikan semula beberapa veteran Pas yang masih dihormati rakyat. Mereka mungkin tidak profesional tetapi sentuhan politik mereka masih bergetah dan mudah berjelira kepada rakyat serta masih dihormati kawan dan lawan.
Sekiranya veteran ini menduduki badan ini Tok Guru atau sesiapa saja tidak perlu merasa curiga kepada kehadiran mereka. Mereka tidak akan membuka agenda untuk mengatasi Tok Guru atau berperasaan untuk mengganti Tok Guru melainkan menumpahkan tenaga kepada parti. Mereka ini sudah teruji akan kesetiaan dan kewala'kan mereka dalam menerima kepimpinan Tok Guru sebagai pemimpin Pas dan MB selama lebih 30 tahun. Mereka juga sudah tua dan kehadiran mereka boleh dijadikan sebagai bomoh dan pawang di raja.
Nama-nama seperti Omar Mohamad, Abdul Halim Abdul Rahman atau Muhammad Iraq boleh dipertimbangkan. Mungkin mereka sudah usang dan lapok, tetapi pada saya lebih baik Tok Guru menggunakan perkakas usang dan lapok yang jelas keasliannya ini daripada menggunakan perkakas baru dan moden tetapi diperbuat dari plastik atau pun getah yang tidak tahu menghayati roh perjuangan Islam dan Pas. Mereka ini boleh digandingkan dengan pemimpin pelapis yang ada hari ini yang profesinal dan memiliki ilmu agama yang mantap seperti Ahmad Yaacob, Mohd Amar Abdullah dan lain-lain.
edua yang perlu disusun semula ialah kerajaan Kelantan, ini termasuklah Exco dan juga badan-badan berkanun (GLC) Kelantan. Pergolakan dan keadaan tidak tenteram di Kelantan hari ini berpunca daripada pengagihan potfolio yang tidak seimbangan di kalangan Exco. Maksud tidak seimbang di sini ialah kerana ada yang terlalu banyak memegang potfolio komersil sehingga tidak termampu untuk melaksanannya.
Keadaan ini menyebabkan berlakunya lambakan kuasa. Lambakan kuasa ini sangat bahaya menyebabkan ada Exco tertentu lumayan dan mewah. Situasinya ini juga mendedahkan kepada penyalahgunaan kuasa dan kewangan. Di sinilah saya melihat pengagihan kuasa Exco ini kurang dicermarti dan inilah yang menimbulkan masalah.
Bagaimana sekiranya kalau anggota Exco perlu diganti, maka Tok Guru perlu memerhati kepada kesemua Adun-Adun dan mengesan kebolehan mereka masing-masing. Hari ini Pas tidak kasik dengan Adun seperti tahun 2004. Hari ini Pas ada 37 orang Adun yang boleh dipilih untuk menjadi Exco. Dalam pemilihan itu bukan saja mereka yang pakar dalam bidang iktisad dan pengurusan tetapi hendaklah yang jelas iman dan takwanya serta menghayati fislsafah Pas.
Selain daripada menyusun semula barisan Exco atau potfolio, seperkara yang Tok Guru kena perhati dan semak ialah peranan, tanggungjawab para pegawai di pejabatnya. Perlu diingat pegawai di pejabatnya adalah cermin yang sentiasa mematurkan wajah dan pemikiran siasah Tok Guru.
Kalau cermin ini robek dan sopek maka renyot dan sumbinglah wajah dan fikrah Tok Guru.
Misalnya dalam tilikan saya dan juga sudah menjadi cakap-cakap di luas sana mengenai Setiausaha Politik Tok Guru, Annual Bakri Haron. Sudah lama posisi ini tidak diubah. Apa yang nampak hari ini Annual Bakri tidak memberi input yang baik atau gagal berperanan sebagai penasihat politik kepada Tok Guru menyebabkan ada kalanya pemahaman Tok Guru terpesong. Apakah ada virus tertentu yang bermukim dalam kepala setiausaha politik ini?
Yang jelas, Anual Bakri sudah terlalu lama berada di situ . Kerana itu mungkin Anual Bakri juga sudah hilang sentuhan berbiasa bagaimana untuk menyubur dan memberi pandangan praktikal mengikut mazhab asal parti kepada Tok Guru. Bagi saya selagi penyair ini berada di pejabat MB itu maka selama itulah Tok Guru sesekali akan terlena dengan syair-syair Siti Meriam @ See Wei Leong Abdullah dan Hikayat 1001 malam. (Siapa Siti Meriam, akan diceritakan di lain masa). Mungkin nama Wan Nik Wan Yusuf bekas MP Bachok boleh dipertimbangkan untuk mengganti tempat Annual Bakri.
Selain itu juga apa yang perlu disemak dan disucikan oleh Tok Guru ialah badan-badan atau syarikat milik kerajaan (GLC). Peranan dan para pemain di GLC juga perlu ditukar ataupun diganti kerana ada sesetengah pemain di GLC ini hanya membantu diri sendiri tanpa mempedulikan rakyat. Dalam erti kata lain Tok Guru kena melakukan overhaul sempena genapnya 19 tahun pentadbirannya sebagai MB.
Semoga Tok Guru diberikan hidayah dan taufik untuk memilih antara dua persimpangan yang kini berada di depannya. Saya percaya kedua jalan itu amat getir untuk dipilihnya tetapi itulah takdir yang harus berlaku! Saya berdoa semoga Tok Guru diberikan kekuatan seperti mana saya seirng meminta Tok Guru doakan saya diistiqamahkan Allah dalam perjuangan yang hakiki! [wm.kl. 10:00 am 16/11/09]http://msomelayu.blogspot.com/
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Selasa, 17 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan