assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Khamis, 24 Disember 2009

Mahar dara, janda naik RM300

Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail
nazuri@bharian.com.my

Kadar baru mas kahwin di Selangor ikut perkembangan semasa: Jais

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menetapkan kadar mas kahwin sama rata bagi wanita yang kali pertama berkahwin dan janda sebanyak RM300 bermula 1 Januari depan.

Pengarah Jais, Datuk Mohamed Kushrin Munawi, berkata kadar baru itu dibuat bagi menyelaraskan semula kadar mas kahwin di negeri itu mengikut perkembangan semasa.

Beliau berkata, kadar mas kahwin sama rata itu bagi meninggikan martabat kaum wanita supaya tiada perbezaan status antara anak dara atau janda.

Katanya, kadar mas kahwin sebanyak RM80 untuk anak dara dan RM40 bagi janda tidak pernah dikaji semula sejak ia ditetapkan pada 1968.

"Kita akan laksanakan kadar baru mas kahwin ini pada Januari depan dan sudah mendapat persetujuan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Kita jangka kadar baru ini tidak membebankan pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga kerana ia adalah jumlah yang munasabah," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kad Perakuan Nikah Pintar sebagai tanda pengesahan status perkahwinan setiap pasangan yang didaftarkan di Selangor di sini, semalam.

Mohamed Khusrin berkata, kadar baru mas kahwin itu menggabungkan mas kahwin dan wang hantaran seperti yang diamalkan di Terengganu dan Kelantan.

Katanya, mas kahwin dan wang hantaran ketika ini ini dikira secara berasingan iaitu kadar mas kahwin ditetapkan Jais manakala wang hantaran diputuskan pihak lelaki dan wanita.

"Kita juga harapkan kadar baru yang seragam ini akan memberi gambaran baik terhadap kedudukan wanita tidak kira anak dara atau janda.

"Sekarang ini kadar mas kahwin dua golongan ini berbeza sehingga menimbulkan tanggapan yang kurang senang terhadap status mereka," katanya.

Terdahulu, Mohamed Kushrin, berkata Kad Perakuan Nikah Pintar dilengkapi cip yang menyimpan data pasangan seperti maklumat peribadi suami, isteri, wali, nombor siri surat perakuan nikah dan maklumat terkini lain.

Katanya, kad itu akan digunakan secara rasmi berkuat kuasa tahun depan bagi menggantikan kad perakuan sedia ada bagi menangani masalah pemalsuan kad perakuan perkahwinan untuk tujuan tertentu.

Katanya, Jais turut mengadakan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) untuk membolehkan kad perakuan itu diakses secara mudah melalui terminal mudah alih di negeri berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan