assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Khamis, 24 Disember 2009

Penjara org beriman

Oleh faqir ilallah
Salam.

Sabda Rasulullah saw (mafhum):

`Dunia itu adalah laksana syurga bagi org kafir, tetapi ibarat penjara bagi org-org yg beriman.'
(MUSLIM)

Tak da satu pun pantang larang di dalam syurga bagi penghuninya. Apa yg mereka inginkan semuanya disediakan ALLAH. Begitulah dunia bagi si kafir. Nak makan apa, telan lah. Dari biawak di pokok kelapa, sampai babi di hutan. Nak pakai apa, pakailah, sampai juling biji mata menengoknya. Nak berjudi, makan riba, rasuah, sapu semua, sebab dunia adalah syurga bagi si kafir.

Bagi org beriman, kena berlakun menjadi 'banduan' di dunia.

Seorang banduan di penjara diikat dgn segala peraturan, bermula dari makan-minum, bersukan, sampailah kpd berpakaian, semuanya ditentukan oleh pihak penjara.

Tak boleh sesuka hati mereka nak makan apa saja, nak berpakaian mengikut kehendak hati mereka.

Mereka mesti patuh kpd undang-undang penjara.

Begitulah org-org beriman. Mesti patuh kpd tuan punya alam ini, ALLAH SWT. Segala peraturan yg telah ditetapkan melalui RasulNya, adalah satu kemestian yg tidak boleh disanggah. Menyanggahnya, bererti, menempah tiket ke neraka!-//http://halimnasir.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan