email
>bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membena
>rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang...Insya
>Allah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk
>dan jalan yg diredhai...
>
>Begitu juga membasuh pakaian, kalau dapat, memang
>sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh,
>ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg
>'kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya
>kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju
>sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun,
>kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri.
>(ada rahsia tu).
>
>Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan
>larangan terutama kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!.
>apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan
>kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta
>sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya.
>Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya.
>(ada rahsia tu),
>
>APA RAHSIA NYA???
>
>AIR TANGAN!!!!... itulah rahsianya, air tangan kita
>sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yg
>saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta
>'powernya' air tangan seorg ibu dan isteri itu
>terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui
>kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang
>yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya
>terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu,
>kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg
>serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari
>apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun
>sekadar mee maggie!!!.
>
>Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak
>dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya
>kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya. Bila anak2
>sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih
>teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg
>kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari
>'air tangan' (usaha ibu bersusah payah mendidik dan
>menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau
>pun anak2 itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun
>dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari
>'restu siibu' dlm hidupnya. Pecayalah...
>
>Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja,
>mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan,
>sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat
>selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu
>sambil kita berdoa 'air tangan' yg masuk keperut
>anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik,
>berkat doa dan tangan ibu.
>
>Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg
>beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian
>dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami
>sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di
>belai oleh org lain... apa akan jadi, sudah pasti daya
>tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi
>suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg
>jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan
>madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya
>alahai... (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg
>dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si
>isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan
>belaian suami boleh berubah angin!!!).
>
>Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan
>barangan / kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan
>minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami
>jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua
>lututnya... (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa
>sayang dan merindui kita. Bayangkan suami balik dari
>kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli
>di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah pun kita
>minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh'
>suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan / seteko
>air, tolonglah buat sendiri.
>
>Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya
>diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu
>cari beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg
>kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.
>
>Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang
>mungkin dia rasa ... apalah mana ade logik, tapi cuba
>kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok
>pakaian dlm dia ya? Tak kan tak pakai pula kan, tapi
>kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat
>khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik2
>dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah,
>dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka
>(berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek
>sidai disin, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu
>lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm
>berasingan dgn baju2 lainnya.
>
>Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm,
>bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagi
>seronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan raya
>lagi... semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit...malu
>org tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba
>adjust, ... kita buat diakan, bukan dia yg buat
>kita...
>
>Pakaian dlm ini (maaf TM kena berterus terang sikit...
>tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita
>'menyorokkan' aurat (bahagia sulit) kita suami
>isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya
>oleh siisteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu
>membasuh (walau guna mesih) dan menyidai lalu
>melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun
>kecik2 saja ye tak...kenapa musti bagi org lain
>'menguruskannya'???
>
>Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga,
>"bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah
>dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia
>suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang).
>Jadi usahankan sedapat mungkin tangan sendiri yg
>mengemasnya!!!. Betul juga tu, bukankah saban malam
>kita bersama suami baring disitu, 'bersama' juga
>disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara
>suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan
>hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai
>bila2.
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Jumaat, 25 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan