pertama kali marilah kita sama2 beristifar kehadrat illahi dan mintak dijauhkan dari apa yang tidak diingini berlaku kpd kita. saya tidak berhasrat untuk bercakap banyak cukup la sekadar kita renungkan perjalanan seseorang itu. Allah maha pengasih dan penyayang. kalau baik amalan kita maka baiklah perjalanan hidup kita.
Salam semua,
Kalau kita lihat dan teliti kes liwat???? yg rancak/hebat dihebohkan dlm tv skg ni...cuma menjadi tanda tanya dan soal kepada JABATAN AGAMA apa yg mereka lakukan terhadap org yg mengaku dirinya diliwat tapi bukan secara paksa betul kan?...dia seorang lelaki muda yg kuat bukan lelaki sotong...dia bukan seorang wanita atau kanak2 yg lemah...kenapa dia benarkan dirinya diliwat??? sedangkan wanita atau kanak2 akan melawan, meronta tp dia relaks siap bole mandi lagi.... kenapa sekarang baru mempertikaikannya dan bukan sewaktu diliwat dulu??? banyak kemungkinan samada tidak dapat wang lagi sekarang atau projek atau harta dan seumpamanya agaknya..... tapi saya bukan menuduh hanya heran sedangkan wanita yang dilacurkan menjadi pelacur tanpa kerelaan mereka dan tiada cara untuk melepaskan diri kerana sentiasa diawasi sindiket bapak ayam...tp bila mereka ditangkap mrk akan dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak tetapi bagaimana pula si pendakwa yg mendakwa dia diliwat? ..kenapa dia tidak di tahan dan dimasukkan kedalam pusat pemulihan akhlak kerana sudah terang-terang dia sendiri menyerah diri dan mahukan dirinya diliwat....kalau wanita ramai menunding jari cakap kerana mata duitan atau sebab pakaian seksi sebab itu dirogol / diliwat...cara pemakaian membawa kepada kes rogol/liwat. ... tapi kes disini yang diliwat lelaki muda gagah kuat mustahil tiada kudrat melawan.... wanita sanggup dibuang kerja sanggup bunuh diri daripada dirogol/diliwat tetapi dalam kes liwat ini kita boleh lihat terang2 motif sebenar disebalik pengakuan si "S" yang tidak malu tidak segan silu mengaibkan dirinya sendiri....dia bukannya diikat, ditumbuk, di kurung dalam bilik gelap tetapi dalam bilik mewah, sejuk ada aircond atas katil empuk lagi.....sama2 la kita renung2kan.. ... saya tidak memihak kepada sesiapa cuma jika benar apa yang didakwa kenapa Jabatan Agama tidak menahan "S" ???? sepatutnya dia harus diberi kaunseling bukan di agong2kan dijadikan bahan untuk sesuatu tujuan .....
saya mohon maaf jika saya ada tersalah beri pendapat tetapi saya hanya bertanya patutkah kita percaya KES LIWAT berdasarkan kreadibiliti "S"
From: BawangGoreng®
Sent: Sat, February 6, 2010 5:05:56 PM
Subject: ((Tmn2Syurga) ) Liwat : Boleh Percaya Atau Tidak ?
Liwat : Boleh Percaya Atau Tidak ?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin. net
gegaran isu politik Malaysia
Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.
Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)
Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :
ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة
Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)
Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.
Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)
Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.
Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).
RINGKASAN SYARAT-SYARAT
Qazf mempunyai beberapa syarat :-
1) Syarat kepada penuduh :
* Beraqal
* Sudah baligh
2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf
* Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)
3) Syarat orang yang dituduh
* Beraqal
* Baligh
* Islam
* Merdeka diri
* BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-
ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء
Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)
Imam Malik berkata :
قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،
Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah. ) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)
Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.
Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.
Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.
Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.
Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin. net
29 Jun 2008
DIHIGHLIGHT KEMBALI ARTIKEL ALAM INI DISEBABKAN KEHNAGATAN ISU INI DI KETIKA INI. ( ulang siar pada4 Feb 2010)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Tiada ulasan:
Catat Ulasan