http://www.zaharudd in.net/content/ view/103/ 99/
Saya pernah berzina beberapa tahun dahulu dan sekarang saya benar-benar menyesal atas keterlanjuran tersebut. Saya selalu bertaubat memohon keampunan kepada Allah. Tetapi saya tidak yakin adakah taubat saya benar-benar diterima, kerana jika mengikut hukum hudud bererti saya perlu menjalani hukuman sebat sebanyak 100 kali.
Untuk menggantikan hukuman tersebut, perlukah saya menyerah diri kepada pihak berkuasa, supaya dihukum setimpal dengan hukuman yang dijalankan oleh pemerintah pada masa ini? Saya benar-benar menyesal dan ingin bertaubat bersungguh-sungguh. Harap ustaz dapat membantu saya.
Jawapan :
Tahniah kepada saudara kerana telah insaf dan ingin benar-benar bertawbat. Untuk menjawab soalan ini, pertama saudara perlu mengetahui amat besarnya dosa zina dan mestilah dengan segera bertawbat terutamanya ke ketika tiadanya hukuman hudud dilaksanakan di Malaysia.
Hukuman zina terdapat dengan jelas di dalam surah An-Nur ayat 2) Bagaimanapun, tindakan menyerah diri kepada pihak berkuasa pada hemat saya tiadalah gunanya di sisi Allah SWT, kerana undang-undang yang ada hari ini hanya memperuntukan hukuman bagi penzina yang sabit kesalahannya ; beberapa ribu ringgit, beberapa kali sebatan dan beberapa tahun penjara (saya tidak ingat dengan tepat hukumannya). Apa yang jelas semua ini bukanlah undang-undang yang dapat menghilangkan dosa zina di sisi Allah, malah merugikan lagi, dihukum dengan hukuman manusia dan tidak pula diampun di sisi Allah.
Cuma saya pernah mendapat satu pendapat yang agak ganjil tetapi ada rasionalnya iaitu, sesiapa yang ingin pasti menghapuskan dosa zinanya di zaman kini, mereka di cadangkan untuk pergi di Saudi Arabia yang mempunyai peruntukan hukuman sebat. Lalu orang yang berzina tadi bolehlah mengaku ia telah berzina dan akan dihukum di sana, maka hilangkan dosanya di sisi Allah SWT. Saya tidak mampu komen panjang akan cadangan ini, cuma pendapat peribadi saya, ia kelihatan boleh diterima dari satu sudut, walaupun mempunyai kontra dalam beberapa sudut yang lain.
Bagi individu yang tidak mampu keluar mencari hukuman atau tiada peruntukan hukuman sebenar (seperti ikhlasnya pemuda bernama Ma’iz bin Malik pada zaman Nabi yang mengaku berzina berkali-kali di hadapan Nabi untuk menghapuskan dosanya dengan rejaman – demikian di dalam riwayat Abu Daud dari Abu Hurayrah r.a ), maka tanpa syak lagi, Pertama : Pihak berwajib akan menanggung dosa kerana tidak menyediakan peruntukan hukumannya. Kedua : Individu yang telah berzina mesti segera bertawbat nasuha dan jangan sekali-kali putus asa dengan rahmat dan pengampunan Allah SWT.
Syarat tawbat ini adalah :-
Perlunya bersegera dan berterusan tawbat (selagi belum rasa hilang bersalah) . Firman Allah SWT ertinya : “ Sesungguhnya tawbat di sisi Allah hanyalah tawbat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertawabat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Tawbatnya ( An-Nisa : 17)
Berazam kukuh di dalam hati agar tidak lagi ingin kembali kepada perbuatan haram itu. Justeru ia mestilah menjauhkan dirinya dari mendekati apa jua situasi yang boleh membawanya ke arah lembah zina tadi. Tinggalkan semua jalan dan tempat yang boleh mengembalikan kepada zina.
Mempergandakan amal soleh, ia berdasarkan firman Allah ertinya : “ Kecuali orang-orang bertawbat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang” ( Al-Furqaan : 70 ). Justeru, banyakkan bersedakah, mengajar orang lain, kenalan dan lain-lain agar menjauhi dosa zina dan menyedarkan sesiapa jua yang mampu tentang dosanya. Maka dengan pahala kebaiakn ini diharap ianya dapat menutup dosa zina tadi.
Sekiranya melibatkan rogol, maka hukuman dan tawbatnya berbeza kerana ia melibatkan pencabulan hak manusia lain, dosanya lebih besar. Dalam hal zina denga rela kedua-dua belah pihak. Imam Abu Yusof (anak murid Imam Abu Hanifah) pernah mencadangkan agar kedua-dua pasangan berkahwin (sekiranya si wanita belum berkahwin) bagi menggugurkan hukuman hudud tetapi pandangan ini ditolak oleh seluruh ulama Mazhab empat. (Bada’I as-Sonai’ , Al-Kasani, 7/62 ; Al-Tasryi’ Al-Jinaie Al-Islami, Abd Qadir Awdah, 2/454). Walaubagaimanapun, dalam hal tawbat, pada hemat saya, ia elok dilakukan bagi menunjukkan kesungguhan tawbat seseorang. Wallahu ‘alam
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Jumaat, 19 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan