assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 12 Mac 2010

Nik Aziz anggap DAP mula faham Islam

tokdalang

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kerjasama antara Pas dan DAP membuahkan hasil yang baik apabila pemimpin parti itu mula memahami agenda perjuangan Pas serta agama Islam.

Menurutnya, Pas bertanggungjawab melaksanakan agenda dakwah memandangkan budaya negara ini tidak mendekatkan orang Islam kepada masyarakat bukan Islam.

“Di Malaysia tak ada langkah nak perkenalkan Islam kepada orang bukan Islam. Tok guru dan tok lebai kita tak fikir bagaimana nak suruh orang masuk Islam, sekarang kita sudah dekatkan Islam kepada DAP, di mana salah kami?,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Pas lebih berminat bekerjasama dengan DAP berbanding UMNO.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, DAP pernah bertindak keluar dari persefahaman satu ketika dahulu kerana tidak bersetuju dengan penggunaan nama Islam pada parti tersebut.

“Alhamdulillah mereka sekarang ini tidak marah. Dulu waktu kami dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU), DAP paksa kami buang Islam dari Pas, kami kata tak boleh, Alhamdulillah, (sekarang) tanda mereka faham apa yang kami bawa ni bukan agama Islam yang menakutkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berkata, Kerajaan Negeri belum bercadang mengambil langkah mencatu bekalan air di negeri Kelantan berikutan keadaan kemarau, namun menasihatkan rakyat berjimat cermat.S/H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan