Dipanjatkan kesyukuran kehadrat ALLAH SWT di atas limpah kurnia serta Innayah NYA kita di masih di beri nikmat Islam, Iman dan Amal. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasullullah SAW serta keluarga, sahabat, tabi'in, tabi'in-tabi'in dan ulamak pewaris Nabi dan rakan seperjuangan.
Selepas solat Asar 19 Rabi'ulawal 1431H (5 March 2010)Jumaat, satu upacara ringkas tetapi penuh bermakna bagi kami. Di atas faktor kengkangan waktu upacara penyerahan ini sepatutnya berlangsung pada 20 Rabi'ulawal 1431H tetapi dipercepatkan.
Bertempat di perkarangan Masjid Ar-Rahmah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia diwakili Pengurus Cawangan Rawang Pn. Roslina Ab Rahman dan Ar-Rahmah diwakili Sdr. Wan Hairul Anuar Abdullah (Nazir) penyerahan Van Jenazah secara rasmi berlangsung dalam suasana hujan gerimis mendinginkan suasana yang kebelakangan ini panas terik.
Di bawah ini rakaman peristiwa bersejarah tersebut.
Penyerahan replika kunci daripada Pn. Roslina (B.Rakyat) kepada Sdr. Wan Hairul (Ar-Rahman)
Cenderahati yang tak seberapa dari kami (Ar-Rahmah) berupa Jam dinding berlogo Masjid kami dan surat penghargaan.
Kami menerima secara tidak rasmi pada 18 Feb. 2010 dan telah digunakan sebanyak 3 kali dan yang terakhir olah Allahyaham Pak Nen... Al-Fatihah.
Hanya ALLAH SWT jua yang dapat membalas jasa baik tuan-tuan semua.
Jazakallahu khairan kathiro.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan