assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Rabu, 10 Mac 2010

SPRM digesa pantau gejala 'lompat parti'


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya memantau gejala 'lompat parti' sama ada ia melibat gejala rasuah dan suapan politik.

Gesaan itu dibuat oleh Gerakan Rakyat Integriti dan anti Korupsi (GERAK) yang bimbang dengan fenomena tersebut.

"GERAK melihat fenomena ini semakin membimbangkan, seolah-olah mengkhianati dan menodai kepercayaan pengundi khususnya dan rakyat amnya terhadap amalan sistem demokrasi berperlembagaan Negara.

"Lebih membimbangkan lagi jika fenomena tersebut melibatkan gejala rasuah dan suapan politik bernilai jutaan ringgit bertujuan membeli ahli parlimen (MP) berkenaan," kata GERAK dalam satu kenyataan hari ini.

Selain menggesa SPRM memantau gejala 'lompat parti' secara rapat, GERAK juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk bekerjasama dan mengajukan bukti tersebut kepada pihak berkuasa.

"Kerajaan sewajarnya mencontohi negara seperti India di mana ahli Parlimen yang 'lompat parti' secara automatiknya akan hilang kelayakan dan jawatan sebagai yang berhormat bagi memelihara prinsip demokrasi.

"GERAK juga menyeru agar MP Malaysia lebih berintegriti dan amanah terhadap tanggungjawab memperjuangkan nasib rakyat dan negara.

"Contohilah amalan Khalifah Umar al-Khattab yang sentiasa berfikir dan bekerja untuk mengenyangkan perut rakyat," tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan