Oleh shahil
"Assalaamualaikum dan salam hormat.
Kita semua masih lagi dalam bulan rabi’ul awal iaitu bulan kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. Pada penulis, bulan ini juga termasuk di dalam bulan kemuliaan. Walaupun ahli-ahli bijak pandai agama mengatakan bulan ini tidaklah lebih baik dari bulan Ramdhan, namun bagi penulis ia adalah bulan yang sangat istimewa.
Memang tidaklah ada kenyataan yang tegas dari ALLah Taala mengatakan “jasmani” bulan ini adalah mulia sebagaimana mulianya “jasmani” bulan Ramadhan. Namun apabila berada sahaja di dalam bulan ini, secara automatik menarik rohani kepada RasuluLLah Sallallahu alaihi wasallam.
Apakah RasuluLLah itu umara atau hanya ulama?
Secara mudah umara adalah bermaksud pemimpin negara. Inilah istilah sehabis mudah, dan rasanya tidaklah perlu kita ributkan atau memperdalamkannya lagi. Cuma apakah umara itu hanya setakat President atau Perdana Menteri? Atau apakah ia termasuk juga menteri bawahan, hingga ke ketua kampong? Penulis merasakan semua itu jugalah umara kerana mereka adalah pemerintah berdasarkan tahap pemerintahan mereka.
Ulama adalah orang yang berilmu. Ini dasar kalimah. Namun apakah secara borong orang berilmu itu ulama hingga dikatakan orang pandai overhaul enjin kereta itu disebut “ulama overhaul”? Atau apakah perompak yang pakar membuka peti besi bank itu wajar disebut “ulama perompak”? Amatlah kurang akal orang yang berkata demikian.
Maka ulama tidak lain adalah alim ilmu Islam. Dalam pecahan disiplin ilmu, alimin Tauhid disebut ulama Tauhid, alimin Fiqh disebut ulama Fiqh dan alimin Tasauf disebut ulama sufi. Secara jamak mereka disebut ulama Islam.
Namun zaman moden timbul polemic apakah ulama itu juga umara? Atau apakah ulama boleh menjadi umara. Dalam pasca moden ini jarang sekali ulama menjadi umara. Biasanya orang yang kurang berauthority sebagai ulama adalah menjadi umara. Dan secara pandangan umum apabila orang berauthority ulama apabila menjadi umara hilanglah seri keulamaannya.
Apakah polimic pasca moden ini harus menjadikan kita bingung? Atau apakah ia menjadikan kita mencemuh ulama dengan mengatakan ulama harus duduk di masjid? Atau apakah ulama hanya wajar membicarakan amalan individu tanpa amalan kelompok manusia?
Mengapa harus bingung sedangkan cahaya memancar telah dzahir pada 12 rabi’ul awal yang lalu…?
RasuluLLah Sallallahu alaihi wasallam diturunkan ALLah Taala kealam ini untuk menerangi alam dengan cahaya. Tidaklah Baginda diutuskan melainkan memberikan rahmat kepada sekelian alam. Sekelian alam…alam manusia, alam jin, alam Mala’ikat, alam haiwan…pokoknya sekelian alam.
Sirah menyatakan bagaimana RasuluLLah membangunkan insan dan membangunkan kenegaraan. Sirah menyatakan bagaimana Rasulullah membangunkan Tauhid dan akhlak. Membangunkan manusia dan menguruskan kenegaraan itulah umara. Umara adalah pengurus dari sudut fungsi kerana tidalah dikatakan umara jika dia tidak mengurus, yakni mengurus negara atau masyarakat. RasuluLLah membangunkan peribadi berpaksikan Tauhid. RasuluLLah membangunkan peribadi berakhlak. Rasulullah membangunkan negara Islam Madinah. Negara Islam Madinah adalah asas empayar Islam selepas wafatnya RasuluLLah.
Zaman ini orang memisahkan ulama dari negara. Apabila datang musim maulid, berteriaklah orang mengaku cintakan Rasulullah. Namun Rasulullah adalah ulama yang umara tetapi orang yang berteriak itu berkata ulama harus menjauhkan diri dari pemerintahan kerana tempat ulama adalah hanya di masjid. Atau jika memasuki juga medan kenegaraan, ulama hanya perlu bersuara dalam bidang agama, sedang pemerintahan adalah urusan dunia.
Rasulullah memerintah negara Islam Madinah dengan bimbingan wahyu. Bimbingan wahyu menjadikan pemerintahan Rasulullah adalah on the top of the top. Maka apakah tidak wajar ulama menjadi pemerintah zaman ini? Atau orang berkata ulama hanya tahu agama tetapi tidak tahu urusan pemerintahan zaman moden?
Menyorot system pengajaran university berpaksikan Islam seperti al-Azhar, Kharthoum, Jordan dan lain-lain juga Universiti dalam negara, atau universiti yang dilabel Wahabi Madinahpun ada system pendidikan bersepadu. Ertinya pelajar diwajibkan atau diperbolehkan belajar secara serampang dua mata. Contohnya bidang pentadbiran disekalikan dengan keagamaan. Maka lepasan pusat-pusat pelajaran tersebut adalah alim ulama juga mahir sebagai umara. Maka disinilah jelas sekali ulamalah yang layak menjadi umara.
Namun jika mahu juga dilantik umara yang kurang keulamaannya, penulis melihat ia bukanlah masalah besar dengan syarat ulama hendaklah dilantik sebagai rujukan tertinggi. Bukanlah bermaksud urusan mentadbir negara itu harus dirujuk kepada ulama, kerana urusan mentadbir itu adalah urusan dunia. Namun yang harus dirujuk ialah apakah perjalanan mentadbir itu bertepatan dengan hukum agama. Ertinya jika umara memutuskan mahu mengujudkan pengumpulan dana untuk pelaburan menurut system perniagaan moden, maka wajiblah ulama dirujuk halal haramnya, apakah perjalanan pengurusannya melibatkan riba, penindasan atau apa sahaja yang menentang syarak.
Halal dan haram adalah peraturan agama Islam. Membuat sesuatu perkara yang halal adalah mengundang rahmat ALLah Taala, apatah lagi jika disertakan dengan tujuan kerana memakmurkan bumi ALLah Taala. Dan jika melakukan sesuatu yang haram akan mendatangkan murka ALLah Taala.
Pangkat dan harta sering menjadikan orang lupa melainkan dia seorang yang bertaqwa, yang menjadikan iman dan ihsan sebagai pegangan hidup. Sering berlaku seseorang itu sebelum menjadi umara ia kelihatan amatlah warak, anak ulama, mempunyai kelulusan bergulung ijazah. Namun setelah menjadi umara ia lupa bahawa jawatan umara adalah amanah ALLah Taala. Lupa ia lalu menjadikan jawatan itu untuk memperkayakan diri atau keluarga. Rupanya dalam perlunya ulama sebagai umara inipun ulama dunia ulama akhirat juga wajar sekali diambil kira, yakni ulama yang harus diangkat menjadi umara adalah setepatnya ulama akhirat.
Maka jika ini telah jelas, mengapakah harus ulama dikesampingkan atau diberikan tempat sebagai penumpang dalam pemeritnahan umara, apatah lagi ulama akhirat yang terbukti memegang memegang tali tajalli ALLah Taala dengan teguh sekali?
Yang hak harus diakui dan yang bathil harus ditolak. ALLah Taala telah menunjukkan bukti. Ulama sebagai umara telah ditajallikan ALLah Taala melalu seorang tokoh masyhur yang tidak ada tolok bandingnya iaitu Muhammad Sallallahu alaihi wasallam.Dialah Nabi, dialah ulama dan sialah umara. Dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darun Naim Malaysia, telah menjadi contoh zaman pasca moden bahawa ulama sewajarnya umara. Maka jelas sekali hanya ulama lebih-lebih lagi ulama akhiratlah yang sewajar malah selayaknya menjadi umara.
Lalu mengapa umat Islam sendiri menolak system ulama sebagai umara yang ditajallikan ALLah Taala melalui Nabi Muhamamd Sallallahu alaihi wasallam ini? Jawabnya mudah semudah mengunyah kacang iaitu umat Islam yang terlibat telah kehilangan hakikat iman, islam dan ihsan. Berteriak menyintai Nabi namun hakikat Nabi tidak terlihat pada hati nuraninya. Hakikat keumaraan Nabi tidak dipegang pakai tetapi dipegang pakainya keumaraan secular, keumaraan waris penjajah bukan Islam dijunjung di atas batu jemala. Maka tidak hairanlah tidak ada kerajaan yang diperintah umara beragama Islam yang dapat mempertahankan Islam secara syumul dalam negara, melainkan hanya satu dua negara sahaja. Kita dapat mengenalnya.
Maka disinilah rahsia yang paling dalam yang boleh digali dari maulidnya Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Membaca rawi, mentela’ah al-Quran dan Hadith, membanyakkan berzikir dan memberi sedekah, dan membanyakkan amalan sunat dengan tujuan membesarkan hari kelahiran Rasulullah adalah mendzahirkan kecintaan kepada Baginda. Namun janganlah lupa ulama sebagai umara, atau ulama pembentuk umara adalah satu dari hikmah dan rahsia pendzahiran Rasululah Sallallahu alaihi wasallam kealam maya ini.
“Sesungguhnya tidak Aku utus akan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat atas sekelian alam” (maksud al-Quran).
Wasaslam.
dipetik dari http://shahil.wordpress.com
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Isnin, 8 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan