;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Selasa, 28 Julai 2009
ISBAL...solat tak sah kerananya
Isbal (اَْلاِسْبَالُ) bermaksud: “Melabuhkan pakaian (seperti seluar, jubah, kain sarung dan semua jenis pakaian) sehingga menutup buku lali (mata kaki). Atau pakaian labuh yang menyentuh bumi (mencecah tanah) sehinggga diseret.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Ketika ada seorang lelaki yang solat dengan mengenakan pakaian secara Isbal, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata kepadanya, “Pergilah dan ambillah wudhu’!” Lelaki itu pun pergi dan berwudhu’ semula. Kemudian dia kembali datang dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kembali berkata, “Pergilah dan ambillah wudhu’!” Ada seorang lelaki yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, mengapa kamu menyuruhnya mengambil wudhu’ semula?” Dia (Rasulullah) diam untuk beberapa ketika, kemudian berkata, “Sesungguhnya tadi dia melakukan Solat, sedangkan dia memakai pakaian dengan isbal (melabuhkan pakaiannya melebihi mata kakinya (buku lali)). Sesungguhnya Allah tidak menerima solat seseorang lelaki yang memakai pakaian dengan isbal.” (Hadis Riwayat abu Daud di dalam kitab as-Sholah, bab al-isbaal fii as-Sholah, 1/172, no. 638. Juga di dalam Kitab al-Libas, bab maa jaa’a fii isbal fii as-Sholah, 4/57, no. 4086. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam al-Musnad, 4/67, an-Nasaa’i di dalam Kitab as-Sunan al-Kubra di dalam kitab az-Ziinah)
-“Pakaian yang melebihi kedua mata kaki, maka pelakunya di dalam neraka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Libas. An-Nasaa’i di dalam kitab az-Ziinah)
-Dari ‘Amr bin asy-Syarid, beliau berkata, “Dari kejauhan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melihat laki-laki yang menjulurkan pakaiannya sehingga terseret. Maka beliau pun bergegas untuk mendekatinya (dengan berlari-lari anak) menuju laki-laki tersebut. Beliau pun menegurnya, “Angkatlah kain mu dan bertakwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala”. Maka laki-laki itu pun berkata, “Aku seorang yang memiliki kaki bengkok dan kedua lutut ku saling tidak stabil ketika berjalan”. Ternyata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tetap menyatakan, “Angkatlah kain mu, kerana sesungguhnya semua ciptaan Allah adalah baik”. Maka, setelah kejadian tersebut, tidaklah kelihatan laki-laki tersebut melainkan dengan kainnya sentiasa terangkat sehingga ke tengah-tengah betisnya atau di bawah sedikit.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad di dalam al-Musnad, 4/390. Juga dinyatakan Sahih oleh Syaikh al-Albani di dalam ash-Shahihah)
--------------------------------------------------------------------------------
Isbal - melabuhkan pakaian hingga menutupi jari kaki, ada ulamak yang mengatakan orang yang melabuhkan pakaian seperti itu adalah lambang orang yang sombong berjalan di muka bumi.
Tetapi ada juga ulamak yang mengatakan bahawa ia bergantung pada niat, sekiranya tujuannya untuk menyombong maka ia dilarang.
Keterangan dari ustaz al bakistani :
Dr ’Ali Jumaah pernah berkata bahawa ulama usul fiqh menyatakan, hukum yang lahir dari Nas, terbahagi kepada dua, iaitu ”Al-hukm Lizatih” dan ”Al-hukm lighairih”.
”Hukum lizatih” bermaksud, hukum yang sememangnya wujud pada diri atau zat sesuatu nas, seperti pengharaman arak, kewajipan solat, berpuasa dan sebagainya.
Adapun ”hukum lighairih” pula adalah, hukum yang difahami dari sudut yang lain, iaitu tidak memadai dengan merujuk kepada sesuatu nas sahaja, seperti hukum pengharaman terhadap memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali.
Merujuk kepada hadis-hadis nabi SAW, didapati bahawa Nabi SAW melarang memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali. Antara hadis tersebut adalah;
لَا يَنْظُرُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَى مَنْ يَجُرُّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ
Maksudnya;
”Pada hari kiamat nanti, Allah tidak akan melihat mereka yang melabuhkan pakaiannya dalam keadaan sombong” (Muwatta’ : 1425)
Dari sudut ”hukum Lizatih”, daripada hadis ini, maka ulama mengeluarkan hukum bahawa haram memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali. Pun begitu, jika difahami hadis ini dari sudut ”Al-Hukm Lighairih”, pengharaman itu bukanlah dari sudut semata-mata melabuhkan pakaian, tetapi pengharaman itu bersebab wujudnya unsur sombong dikala memakai pakaian yang labuh.
Justeru itu, ulama menyatakan, keharaman melabuhkan pakaian bukannya bersifat mutlak, tetapi bersifat ”Lighairih” iaitu pengharaman yang mempunyai ”sebab”, iaitu ”sombong”.
Dengan itu, apabila seseorang memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali, tetapi tidak terdapat unsur sombong, maka ketika itu, hukumnya tidak haram.
Diterangkan juga di dalam laman web era muslim :
dan ada juga hadith yang menyentuh mengenai isbal ini iaitu :
“Siapa yang memanjangkan pakaiannya karena khaila’(karena sombong dan bangga diri), Allah tidak melihatnya pada hari kiamat.” Abu Bakar As-Shiddiq ra berkata, “Ya Rasulullah, kainku ini longgar namun aku tetap menjaganya.” Rasulullah SAW bersabda,”Kamu bukan termasuk orang yang sombong dan bangga diri.” (HR Bukhari dan Muslim)
WaLlahua'lam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan