assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 31 Julai 2009

Menyanggah tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Saya tertarik dengan tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee yang tersiar dalam sebuah akhbar talibarut Umno yang tebal dengan semangat keMelayuan sempitnya. Mujur penulis rencana bertajuk ‘Nasib Melayu di bumi Melayu’ itu berketurunan Cina. Jika dia Melayu, tampaklah dengan terang usaha melakukan provokasi asobiyah dalam akhbar yang sentiasa menanamkan kebencian demi kebencian di kalangan rakyat.

Apa yang boleh disimpulkan dari tulisan itu ialah orang-orang Cina (umumnya); melalui parti politik mereka MCA, Gerakan dan DAP akan bersikap ekstrim terhadap pihak tertentu jika kepentingan kaum mereka, atau kepentingan individu dari kaum mereka terusik, terjejas dan teraniaya. Sebaliknya jika bukan dari kaum mereka, pembelaan tidak berlaku. Oleh kerana Dr. Ridhuan banyak berhujah berdasarkan emosi maka terdapat beberapa fakta yang dia tersasul.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pernah merengkok dalam penjara kerana membela seorang nenek, Pendek Ahmad, di mana cucunya dikatakan telah dirogol oleh seorang pemimpin Umno. Pendek orang Melayu. Cucunya pun orang Melayu. Yang didakwa merogol adalah pejuang Melayu tulen dari parti asobiyah Umno. Tapi yang membela dan terpenjara ialah orang Cina. Mengapa tiada parti atau NGO Melayu selain dari PAS, yang turut membela Pendek dan mangsa rogol? Sebabnya ialah 'watak jahat’ yang didakwa terbabit dalam drama ini ialah pemimpin Umno.

Orang Melayu di Kampung Pantai Kundur dan Tanah Merah, Melaka dizalimi oleh kerajaan BN. Tanah mereka diambil untuk projek logi penapisan minyak Petroleum tetapi dibayar pampasan dengan harga terlalu murah. Penduduk enggan berpindah namun mereka diusir secara kekerasan. Semua penduduknya Melayu Islam. Bekalan air dipotong di bulan Ramadhan. Antara pihak yang membekalkan air untuk kemudahan umat Islam berbuka puasa dan bersahur ialah DAP dan PAS. Mana dia Umno? Mengapa Umno tidak membela? Jawapannya ialah kerana mereka dipihak yang melakukan kezaliman.

Barangkali ramai yang sudah lupa mengenai peristiwa pembunuhan beramai-ramai ke atas orang PAS di Memali pada 19 November 1986. PAS memang berhak bersuara kerana yang dibunuh ialah ahli-ahlinya. Tetapi DAP juga lantang bersuara di Parlimen bersama PAS mendesak ditubuhkan Suruhanjaya Bebas Di Raja untuk menyiasat peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali, sekalipun tiada seorang pun keturunan Cina yang terbunuh dan sekalipun pada masa itu tiada kerjasama antara PAS dan DAP. Mengapa Umno membisu dan tidak membela mangsa kezaliman? Sekali lagi, sebabnya ialah Umno di pihak yang melakukan kezaliman.

Dr. Ridhuan tersasul apabila menyebut, "Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina dan parti politik pembangkang Melayu, sejauhmana pembelaan dibuat jika ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya pembunuhan ke atas model Mustakizah Jaafar. Begitu juga dengan PAS dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah."

Tahukah dia bahawa isu Mustakizah menjadi ‘sensasi’ adalah kerana PAS dan DAP yang membangkitkannya di Parlimen serta di mana-mana pentas ceramah. Jika tidak kerana isu itu dibangkitkan oleh pembangkang, barangkali Dr. Ridhuan pun tidak tahu siapa Mustakizah. Media talibarut BN sebolehnya menyembunyikan isu tersebut. Sebabnya mangsa yang terbunuh dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang menteri Umno Pusat. Kematiannya dikaitkan dengan konspirasi. Kira-kira macam isu Altantuyayalah sekarang ini. Mengapa Umno tidak membela? Jawapannya tetap sama; kerana yang dikatakan terbabit ialah pemimpin Umno.

Saya cuba mengingatkan kembali secebis dari 1001 catatan kedurjanaan yang dikaitkan dengan Umno bagi merasionalkan Dr. Ridhuan serta mereka yang sefikiran dengannya supaya tidak menilai semua isu dari kaca mata perkauman; dalam waktu yang sama mengecam pihak lain yang (dilihat) bersikap perkauman. Di samping tidak menafikan bahawa pihak-pihak tertentu memang nampak bersatu dalam isu yang melibatkan kepentingan kaum mereka.

Api yang paling cepat merebak memusnahkan kemanusiaan ialah perkauman. Sebab itu Rasulullah SAW pernah menegaskan, "Bukan dari umatku golongan yang berjuang atas dasar asobiyyah (perkauman)." Maksud hadis ini menjadi popular sekitar tahun 1980an apabila PAS yang mengalami reformasi kepimpinan ulamak, menuding jari kepada perjuangan asobiyah Umno sebagai menyimpang dari ajaran Islam.

Saya tidak bersetuju dengan dasar perkauman oleh mana-mana pihak pun kerana mematuhi ajaran Islam yang tidak membenarkan perjuangan berasaskan perkauman, namun bagi masyarakat Cina bukan Islam (yang tidak percayakan hadis dan tidak faham Islam) tindakan mereka mengutamakan kepentingan kaum mereka adalah ‘betul’.

Isu yang dijadikan contoh ialah kematian Teoh Beng Hock sewaktu disoalsiasat SPRM. Dr. Ridhuan bertanya kepada parti-parti politik Cina apakah pembelaan yang sama dibuat jika mangsanya orang Melayu? Sebenarnya tak perlu bertanya orang Cina. Ajukan soalan tersebut kepada Umno sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Melayu. Maka jawapannya adalah sama seperti yang saya sebutkan tadi; sebabnya ialah dalam banyak kes pengianyaan yang berlaku terhadap orang Melayu, pelakunya adalah Umno atau mana-mana entiti dalam kerajaan yang beriya-iya mempertahankan kuasa Umno. Sebab kedua ialah bukan Melayu di negara ini lebih prihatin isu hak asasi manusia berbanding orang Melayu. Sebab itulah berlaku apa jua isu yang merugikan Melayu atau Islam, kerajaan pimpinan Umno tak jatuh juga di Pusat. Dengan pemberian rasuah seratus dua, kain batik dan kain pelikat dalam pilihanraya maka sebahagian orang Melayu boleh lupa penganiayaan BN terhadap bangsa dan agama mereka.

Saya cukup menyampah dengan segelintir ahli akademik, penganalisis isu, aktivis sosial, ulamak ussuk dan pendakwah bebas yang tidak mahu (atau takut) untuk menyalahkan Umno dalam isu-isu yang melibatkan kezaliman parti pemerintah itu. Bila terang-terangan Umno bersalah mereka akan bersuara lunak, "Kita bukan nak mencari siapa salah dan siapa benar, tapi kita cuma hendak menegakkan kebenaran." Sebaliknya bukan main lantang mengecam parti-parti pembangkang, termasuk PAS, apabila terdapat parti-parti dalam gabungan pembangkang menyuarakan tuntutan keadilan dan kemanusiaan. Kalau nak ‘cari makan’ pun berpada-padalah. Orang lain yang tak ambil Umno jadi tuan pun boleh hidup juga…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan