Oleh adiib
Peristiwa ini terjadi setelah peperangan Hunain di mana tentera Islam menang dan memperolehi banyak ghanimah,(rampasan perang) namun tiada apa pun diberi kepada orang-orang Ansar.Hinggakan timbul ketidakpuasan hati di antara mereka.Rasulullah s.a.w yang mendengar desas-desus berita ini ingin mendengar sendiri ketidakpuasan hati mereka itu lantas memerintah semua orang-orang Ansar dikumpulkan di dalam sebuah khemah.Sahabat Saad bin Ubadah R.A mengumpul mereka.Hanya orang Ansar sahaja yang dibenarkan.Kaum-kaum lain tak perlu.Maka terjadilah dailog antara Nabi dan orang orang Ansar itu
Nabi bertanya,"Apakah bisik-bisik yang telah sampai ke telinga ku wahai kaum Ansar?".Jawab mereka Wahai Rasulullah,ketua-ketua kami tidak berkata-apa-apa hanya pemuda-pemuda kami sahaja yang berkata demikian."
"Wahai kaum Ansar,apakah yang telah sampai kepadaku adalah perasaan yang kamu rasa dalam dirimu kepadaku",soal Nabi lagi.
"Wahai Rasul Allah,adapun ketua-ketua kami tidaklah mereka itu mengatakan apa-apa,hanya orang muda kami sahajalah yang berkata,Semoga Allah mengampuni Rasulullah,beliau memberi kaum Quraisy(ghanimah) dan meninggalkan kita,padahal pedang-pdang kitalah yang menitiskan darah musuh-musuh kita."Kemudian Nabi s.a.w berpidato:
Dengan nada lembut,penuh kasih sayang tapi tegas beliau berkata" Wahai orang-orang Ansar,bukahkah aku dapati dulunya kamu berada di dalam kesesatan,lalu Allah memberi petunjuk pada mu?Bukankah dulu kamu miskin lalu Allah mengkayakan kamu,bukankah dulu kamu saling bermusuh,lalu Allah mendamaikan mu?"
Jawab kaum Ansar beramai-ramai"Ya,Utusan Allah,Allah dan Rasulnya amat berbudi dan telah memberikan banyak kurnia kepada kami."Kata Nabi lagi"jawablah lagi wahai kaum Ansar."
"Dengan apakah lagi kami akan jawab pertanyaan tuan,bagi Allah dan RasulNyalah semua kebaikan dan keutamaan."
Rasul menjawab pula,"Wahai kaum Ansar,Demi Allah,sekiranya kamu mahu,kamu boleh menjawab kepadaku dan jawapan kamu itu benar dan dibenarkan.
Engkau (Nabi) datang kepada kami dalam keadaan engkau diidustakan lalu kami(Ansar) membenarkan engkau(Nabi).Engkau datang kepada kami dalam keadaan engkau disia-siakan lalu kami menolong engkau.Engkau datang kepada kami dalam keadaan engkau diusir lalu kami memberi tempat kepada engkau.Engkau datang kepada kami di dalam keadaan melarat lalu kami membantu engkau dan engkau dalam keadaan ketakutan lalu kami mengamankan kau."
Muka-muka orang Ansar mula merah dan mulai sangat terharu mengdengar kata-kata Rasulullah yang menghiris itu.Mereka mulai menangis sedu-sedan.Air mata membasahi pipi-pipi dan janggut mereka.Mereka sebak.Lanjut Nabi lagi,
"Wahai orang-orang Ansar,apakah di dalam hati kamu masih ada CINTA KEPADA HARTA BENDA DUNIA?Yang saya gunakan untuk mengikat hati-hati satu kaum agar mereka menganut Islam.Apakah masih belum cukup ISLAM KAMU ITU?Tidakkah kamu PUAS wahai kaum ansar,mereka(kaum lain) balik membawa pulang una-unta SEDANGKAN KAMU PULANG MEMBAWA RASULULLAH KE KAMPUNG HALAMAN KAMU!!DEMI ALLAH YANG JIWA MUHAMMAD BERADA DI GENGGAMANNYA,SEKIRANYA TIDAK KERANA HIJRAH NESCAYA AKU ADALAH SEORANG DARI KAUM ANSAR.SEKIRANYA 2 PUAK MENGIKUT 2 JALAN DI SATU LEMBAH NESCAYA AKU BERSAMA-SAMA PUAK YANG TERDAPAT KAUM ANSAR."Mendengar kata-kata Rasulullah itu kaum Ansar terpempan dan berteriak"Wahai,Kekasih Allah kami puas dan rela."
Sambung Nabi lagi,"kamu semua ibarat baju dalam,orang lain baju luar,kamu semua akan- datang terasing,kelak kita jumpa di sebuah telaga."Kemudian Nabi berdoa,"Ya Allah,ampunlah orang Ansar,anak-anak orang Ansar dan anak-anak dari anak-anak orang Ansar."
Setelah orang-orang Ansar mendengar ucapan tersebut mereka amat terharu.Tadi mereka menuduh Nabi mengtamakan kaumnya,Quraisy.Satu tuduhan yang melulu.Tidak layak diucap oleh orang beriman.Hancur luluh hati Nabi kerana dia telah hidup lama dengan kaum Ansar tapi ada juga sebilangan mereka yang menuduhnya.Namun selepas itu kaum Ansar dalam isak tangis berkata"Wahai Rasulullah s.a.w KAMI RELA DENGAN APA-APA YANG TUAN ATURKAN"Banyak pengajaran yang boleh diambil dan dipraktikkan oleh orang-orang yang mengaku beriman dan mengutamakan perjuangan.Bukan sikit-sikit nak khianat,tersentuh sikit nak lompat-lompat.Cerita Sirah itu adalah hasil Maulana Syed Abul Hassan Ali an Nadwi.Saya cuma salin sahaja.
Akhir kata marilah sama-sama kita membulatkan tekad memperjuangkan nasib rakyat agar keadilan dapat ditegakkan.Contohi lah kawan-kawan kita dari PAS yang tidak mudah goyang prinsipnya walau ditawar dengan apa bentuk tawaran pun.Ingat di Kelantan 2004-2008 Pas hanya diselamatkan dengan seorang Adun dan mojoriti 2 undi.Jika puak MP PKR la ni,tumbang
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan