assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Selasa, 2 Mac 2010

Kerajaan Selangor Sedia Ke Mahkamah Bagi Membantah Kenaikan

Kerajaan Selangor telah menerima surat tuntutan dari Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berikutan keengganan kerajaan negeri membenarkan syarikat bekalan air di Lembah Klang itu menaikkan tarif air.

Syabas melalui syarikat guaman Messrs Cheang dan Ariff telah menghantar surat bertarikh 12 Februari 2010 menuntut Selangor membayar sejumlah RM339 juta sebagai pampasan kerana enggan membenarkan tarif air dinaikkan sepanjang tahun 2009.

Surat tuntutan itu menegaskan kerajaan Selangor perlu membayar pampasan itu dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Kerajaan negeri telah menerima nasihat dari panel guaman berhubung perkara itu yang mendapati Syabas tidak layak membuat tuntutan sedemikian kerana tiada berhak dan tiada keperluan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri akan menghalang sebarang usaha atau cubaan untuk menaikkan tarif air di Selangor.Kerajaan Selangor tetap dengan pendirian bahawa Syabas telah melanggar beberapa perkara penting dalam perjanjian konsesi dan perkara itu diperakui oleh Jabatan Audit Negara. Pelanggaran syarat oleh Syabas telah menyebabkan kerugian besar kepada rakyat Selangor.

Oleh demikian, kerajaan Selangor sama sekali tidak akan membenarkan syarikat itu menaikkan tarif air seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi berkenaan.

Kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan asal untuk menstruktur semula perkhidmatan air di Selangor yang bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan dan lebih penting bagi mengelak kenaikan tarif air.

Bagi merealisasikan cadangan penstrukturan semula itu, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor telah membuat tawaran yang munasabah untuk pengambilalihan itu supaya Syabas mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk dijadikan suntikan modal dan membuat pelaburan.

Kerajaan negeri berpendapat, tiada sebab untuk Syabas menuntut bayaran pampasan jika syarikat utiliti itu menerima tawaran yang dibuat kerajaan Selangor.
Kerajaan Negeri menegaskan sebarang keputusan untuk menaikkan tarif air perlu mendapat persetujuan tiga pihak iaitu Kerajaan Negeri, Pemegang Konsesi dan Kerajaan Pusat.

Bagaimanapun, Kerajaan negeri tidak bercadang untuk menaikkan tarif air setakat ini dan akan terus menyimpan hak sebagai pembekal air mentah.

Kerajaan negeri sedia berdepan dengan Syabas di mahkamah jika syarikat itu mahu meneruskan cadangan untuk mengambil tindakan undang-undang. Tindakan kerajaan negeri ini sejajar dan bertepatan dengan agenda "Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperjuangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan