
Hari Khamis yang lalu, jika anda membaca akhbar Berita Harian, luahan seorang bapa yang sedih dan kecewa kerana anaknya (yang jongang) menjadi bahan ejekan di sekolah dan hal ini memberi tekanan kepada anaknya itu. (Rujuk: Normah Becok, HIP muka 18, Berita Harian Khamis 25 Februari 2010).
Normah becok mendengar cerita daripada teman sepejabatnya, ada seorang ayah menelefon dari Kluang, Johor. Ayah ini ada anak yang jongang. Anaknya jadi bahan jenaka dan diejek di sekolah. Ayah tersebut pernah menghantar email ke stesen tv yang menyiarkan drama Halimah Jongang, tapi sampai sekarang nampaknya Halimah Jongang masih bersiaran. (Halimah Jongang disiarkan di saluran Astro Prima).
Ayah itu hilang punca apabila anaknya harus berdepan dengan situasi memilukan itu apabila fizikal anaknya itu menjadi usikan. Apa orang lain rasa jika terjadi kepada darah daging sendiri, kata ayah tersebut. Bagi ayah yang mengadu, buruk baik rupa seseorang semuanya tetap menjadi kebesaran ciptaan Tuhan. Tak perlulah menjadikan subjek kekurangan manusia itu sebagai isu yang boleh dipersendakan.
Petikan dari tulisan Normarh Becok:
[Cik Normah melihat apa yang disuarakan oleh pemanggil itu ada alasan yang tersendiri. Lagu dendangan Eddie Hamid itu sendiri memberi penekanan yang cepat menangkap di minda kita. Korusnya sendiri melakukan pengulangan kepada subjek jongang itu.
Tak dinafikan lagu itu sangat catchy, tapi bagi mereka yang dilahirkan sedemikian akan cepat terasa hati dan pasti ia memberi kesan yang cukup mendalam.
Biarpun drama Halimah Jongang sekadar menghiburkan dan memberi pengajaran tersendiri, pelbagai persepsi positif dan negatif tetap ada. Tepuk dada tanya hati. Kalau terkena batang hidung sendiri, baru terasa kot.]
http://malaysiasensasi.blogspot.com/2010/03/halimah-jonggang-menghina-orang.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan