assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 24 Julai 2009

Bapa Kartika reda dengan hukuman

PolitikOleh KUMARA SABAPATTY

IPOH - Biasanya seseorang pesalah itu sedaya upaya mahu menangguhkan atau mengelak daripada menerima hukuman, tetapi lain pula halnya dengan model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor. Wanita berusia 32 tahun yang dijatuhi hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang Isnin lalu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating meminta ia dilaksanakan secepat mungkin.

"Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah tentukan.

"Ia bukan sahaja memalukan saya tetapi menghina seluruh keluarga.

"Saya harap hukuman dapat dijalankan secepat mungkin agar memberi pengajaran kepada orang lain,'' katanya dengan linangan air mata pada sidang akhbar di Yayasan Perak di sini semalam.

Hadir sama pada sidang media itu ialah bapanya, Shukarnor Abdul Mutalib, 60, dan anak bongsunya yang berusia lima tahun.

Biarpun ada pihak mempertikaikan hukuman tersebut, Kartika pula pasrah dengan apa yang diputuskan oleh mahkamah.

"Tiada siapa paksa (meminum arak), saya rela dengan hukuman sebat yang dijatuhkan,'' katanya.

Anak kelahiran Sungai Siput yang menetap selama 15 tahun di Singapura sejak berkahwin dengan rakyat republik itu didapati bersalah meminum arak kira-kira dua tahun lalu di sebuah pusat peranginan di Pahang.

Kartika yang juga ibu kepada dua orang anak telah dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas didapati bersalah mengambil minuman keras di khalayak ramai.

Keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus itu mengikut Seksyen Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Kartika juga sempat berpesan kepada umat Islam khususnya generasi muda supaya jangan mencontohi kesilapannya dengan melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan aib kepada diri sendiri serta ahli keluarga.

Shukarnor pula menyifatkan hukuman ke atas anaknya itu wajar dan tepat mengikut undang-undang Islam.

Beliau juga mengakui itu adalah kecuaian anaknya sendiri yang sebelum ini telah diberi pendidikan agama termasuk pengajian sekolah pondok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan