assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Selasa, 21 Julai 2009

Peristiwa Israq' Mikraj - Pengajaran dan Iktibar

Posted by Din Binjai
Rakyat Malaysia hari ini dikejutkan dengan peristiwa kematian mendiang Teoh Beng Hock di bangunan SPRM. Rakyat ternanti-nanti apakah yang sebenarnya berlaku. Adakah beliau membunuh diri atau beliau dibunuh. Siasatan Polis tidak begitu meyakinkan rakyat kerana terbukti polis juga tidak terlepas dari tangan ghaib yang mencampuri urusan mereka. Siasatan polis dalam kes mata lebam Anwar sebagai contoh ternyata siasatan polis tidak telus. Jangan salahkan rakyat jika rakyat kurang yakin dengan siasatan polis. Semoga kebenaran akan dapat diketahui akhirnya.

Sebagai umat Islam, walaupun kita asyik dengan isu politik panas yang tidak putus-putus, kita jangan lupa hari ini 27 Rejab merupakan hari peristiwa berlakunya peristiwa Israq' dan Mikraj.

“Mahasuci Allah yang memperjalankan hambaNya (Muhamamd SAW) pada malam hari daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia Maha mendengar, Maha mengetahui” (Al-Isra’ 15:1)

Peritiwa Israq’ wal mikraj adalah satu peristiwa yang Allah berikan kepada nabi Muhammad SAW pada 27 Rejab tahun ke 12 baginda dibangkitkan menjadi seorang Rasul . Ia berlaku selepas kematian dua orang yang baginda kasihi Saidatina Khadijah Binti Kuwailid dan Abu Talib. Tahun itu disebut sebagai ‘Amul Huzni (tahun duka cita ).

Kedua insan yang banyak mempertahankan risalah yang baginda bawa selama ini. Mereka berdua adalah obor semangat sepanjang baginda berdakwah. Kejayaan dakwah yang baginda bawa pada peringkat awal adalah hasil sokongan moral dan material mereka berdua. Tetapi Allah lebih mengetahui hikmat yang tersurat dan tersirat.

Kematian kedua mereka ini untuk menjawab bahawa kejayaan dakwah dan Islam bukan Khadijah dan Abu Talib yang menentukan. Tetapi Allah SWT yang menjaga agamanya daripada dimusnahkan oleh manusia. Seandainya kejayaan Nabi Muhammad SAW dalam dakwah kerana mereka berdua, apa pula umatnya seperti kita yang meneruskan perjuangan Islam yang tidak mempunyai Abu Talib dan Saidatuna Khadijah.

Tetapi Islam adalah jagaan Allah manusia tidak boleh untuk melumpuhkan Islam dengan apa cara sekalipun. Seperti firman Allah SWT “Mereka hendak memadam cahaya Allah (agama Allah) dengan mulut mereka dan Allah yang menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membencinya” Al-Saf:61:8

Peristiwa yang berlaku memang menguji keimanan mereka yang sudah sedia beriman dan menambahkan kekafiran bagi mereka yang tidak beriman terhadap Allah SWT. Watak yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar yang tegas menerima walaupun yang menyampaikan berita itu adalah orang kafir musyrikin, maka Abu Bakar terus menerima tanpa apa-apa keraguan. Walaupun tujuan mereka untuk menguji keimanan Abu Bakar al-Siddiq, namun baginda dengan tegas menjawab kalau yang kamu beritahu itu ialah Nabi Muhammad SAW yang pergi sampai ke Sindatul muntaha lebih daripada itu pun aku percaya. Ini lah sifat yang ditunjukkan oleh Abu Bakar al-Siddiq yang sentiasa membenarkan apa yang dibawa oleh baginda walaupun orang lain engkar terhadap perkhabaran tersebut.

Kita juga boleh melihat bagaimana ketegasan baginda untuk memberitahu kepada orang ramai berkenaan dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj, walaupun ia dilarang oleh Ummu Hani’ daripada menceritakan kepada orang lain kerana bimbang orang akan kata nabi Muhamamd SAW pembohong. Kerana macama mana mereka hendak percaya, kerana perjalanan mereka daripada Makkah ke Palestin dengan berjalan kaki dan naik unta memakan masa selama 40 hari 40 malam. Tiba-tiba nabi Muhammad SAW hanya mengambil masa selepas Isya’ dan pulang sebelum Subuh. Seperti yang ramalkan oleh Ummu Hani’ menjadi kenyataan. Ramai di kalangan mereka yang sudah beriman kembali murtad dan menambahkan kekafiran bagi mereka yang sedia kafir.

Pengajaran daripada Isra’ Mikraj

Allah berkuasa untuk melakukan sesuatu kepada hambanya. Jarak yang manusia bilang selama 40 hari hanya berdasarkan kepada hitungan manusia bukan berdasarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Allah menjalankan dan mengatur perjalanan bulan, matahari dan menentukan jarak perjalanan. Maka tidak menjadi masalah kepada Allah untuk membuat lebih daripada itu.

Allah berkuasa untuk menjalankan Nabi Muhammad SAW sampai ke Sidratul Muntaha maka, Allah berkuasa untuk menolong agamanya sekiranya hambanya sudah memenuhi syarat untuk memikul amanah agamanya.

Ketegasan Nabi Muhammad SAW yang tegas untuk menceritakan peristiwa ini kepada kaumnya walaupun Ummu Hani’ melarang kerana orang Islam imannya tidak begitu kukuh lagi dan orang kafir akan mencari kesalahan yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. Mereka menjadikan hujah Isra’ Mikraj sebagai jalan untuk menimbulkan keraguan kepada umat pada waktu itu. Nabi Muhammad SAW sebagai seorang Rasul yang yakin dengan kebenaran risalahnya maka terus tampil ketengah masyrakat untuk menceritakan peristiwa tersebut. Dengan Izzah Islam yang baginda bawa, maka baginda menceritakan kepada umatnya, walaupun tahu risiko kehilangan pengaruh.

Ketegasan yang ditunjukkan oleh baginda untuk menyebarkan Islam dan menceritakan Islam kepada kaumnya, inilah yang perlu diikut dalam memberi tahu Islam kepada orang ramai. Kita mesti beriman dengan akidah perjuangan Islam. Jangan ada sebesar zarrah takut untuk untuk menjelaskan Islam kepada orang ramai termasuk kepada orang kafir. Jangan ada teori mengarut kita tidak boleh menceritakan tentang Islam takut orang bukan Islam takut dan tidak mengundi Pas dan Pakatan Rakyat. Ini adalah akidah yang silap. Dakwa golongan ini, kita kena tiru Parti AK di Turki mereka tidak bercakap tentang Islam dan mereka boleh menarik sokongan orang ramai kepada mereka. Dengan penuh hormat kepada sahabat AK Parti di Turki, kerana pendekatan yang mereka buat sesuai dengan reality yang berlaku di Turki, kesan daripada masyarakat dan sistem yang berkuasa di Turki hasil peninggalan Kamal Atartuk.

Tetapi di Malaysia adalah berbeza, kerana tonggak kekuatan politik di Malaysia adalah Islam terutama di kalangan orang Melayu yang menjadi tonggak penentu politik di negara ini. Sebab itu Umno sedaya upaya akan memperkudakan orang agama untuk menyokong mereka dan mencarai dalil supaya rakyat menghalalkan apa yang Umno buat di negara ini. Kerana Islam adalah faktor yang dominan dan mereka terpaksa bermain silap mata untuk mengkaburi pengundi Melayu yang mereka juga pejuang Islam di negara ini. Mereka boleh bertukar wajah apabila dalam suasana majlis sambutan agama yang berkaitan dengan Islam. Jangan pula kita hendak menunjukkan terlalu liberal dalam soal Islam. Namun dalam kebijaksanaan perlu ada.

Sebagai Pejuang Islam, jangan ada keraguan seperti mana yang ditunjukkan oleh Abu Bakar al-Siddiq yang tegas dan berani menerima apa sahaja yang datang daripada Rasulullah SAW. Maka kita juga perlu melangkah dengan lebih agresif untuk menyampaikan dakwah Islam terutama kepada orang bukan Islam di negeri yang kita bersama dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu di akhirat nanti orang bukan Islam mendakwa 50 tahun berkawan dengan Umno kami tidak faham Islam, dan kami juga tidak faham Islam apabila berkawan dengan Pas mahupun Pakatan Rakyat.

Saya yakin bahawa usaha murni ini akan mendapat sambutan dari kalangan orang bukan Islam, seandainya kita begitu gigih. Kekalutan dan kegawatan yang berlaku dalam negara pada hari ini seperti soal rasuah di kalangan pemerintah, krisis keyakinan kepada institusi kehakiman, institusi kepolisian, pengangguran, pembaziran, tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan terbaru kematian misteri di SPRM. Kesemuanya ini perlu kepada penyelesaian sebagaimana Islam sebenarnya penyelesai segala permasalahan.


Batu ajaib… Entah apa lagi sebutan lainnya. Yang jelas, batu ini sudah ramai dibicarakan orang dan disebarkan gambarnya. Salah satu gambar batu melayang ini adalah seperti gambar di sebelah ini.

Sebagai tambahan, beberapa komentar atau kisah diberikan sebagai penjelas atau keterangan gambar tersebut. Ada yang menyebutnya sebagai batu yang menjadi pijakan Nabi Muhammad saat Isra’ Mi’raj. Sang batu ingin ikut naik ke langit, tetapi dipijak oleh Nabi hingga berhenti dalam posisi tergantung sampai sekarang. Ada juga yang cuma menyebutkan sang batu tiba-tiba melayang setinggi sekitar 10 cm dari tanah di bulan April (entah tahun berapa) kemudian turun lagi.

Berikut ini adalah kutipan dari keterangan yang pernah ditemui di blog atau forum kaum muslimin Melayu:

Batu itu adalah batu bekas tempat duduk Nabi Muhammad SAW di masa beliau melaksanakan Isra Mi’raj sampai kini masih tetap melayang di udara. Konon pada saat Nabi Muhammad akan ber-mi’raj, batu tersebut ingin ikut, tetapi segera beliau menghentakkan kakinya pada batu itu, maksudnya agar batu tersebut tak usah ikut. Batu gantung ajaib itu berada dalam masjid Umar (Dome of The Rock) di Lingkungan Masjidil Aqsha di Jerusalem.

Batu Pijakan Nabi saat Isra Miraj yang sebenarnya berada di bawah Masjid Kubah Emas.

Batu inilah yang dilindungi oleh bangunan Masjid Kubah Emas atau Masjid Kubah Batu (Dome of the Rock). Kesimpulannya gambar batu di atas bukanlah batu yang dimaksudkan semasa peristiwa Israq' dan Mikraj. Wallahualam..
Yang paling penting dalam peristiwa Israq' dan Mikraj ini adalah Nabi menerima suruhan solat sehari lima waktu walau pun pada mulanya Allah perintahkan 50 waktu sehari semalam.
Sebagai manusia kita tidak pernah sunyi dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, begitulah pepatah Melayu. Iman ibarat laut adakala pasang adakala surut. Iman harus disuburkan dan dibajai setiap masa. Adakalanya kita lalai dalam menjalankan perintah solat. Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan anda semua, bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka. Semoga Allah melindungi dan merahmati kita semua. Amin.


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan