Oleh ideologi_wali
Pada hari ini ramai orang alim yang fasih lidah tetapi buta hatinya. Dan orang alim diakhir zaman ilmu agama dijadikan alat untuk mencari makan, dan yang paling jahatnya ilmu agama itu dijadikan alat untuk melawan hukum Tuhan!Jangan kamu menjadi alat makhluk tetapi hendaklah kamu menjadi alat (penolong agama) Tuhan!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Firman Allah Ta,ala:
وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (٥٥)
(Adh-Dzariat: 55)
Artinya dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang-orang yang beriman.
Orang yang takut kepada Allah tidak takut kepada makhluk dan orang yang lapar dengan Allah tidak lapar dengan makhluk!
Ramai orang alim yang menjadi buta hatinya kerana wang dan pangkat sehingga tidak lagi dapat mengenal yang benar dan yang dusta!
Ulamak pewaris nabi diakhir zaman hanya tinggal nama (slogan) sahaja!
Rosak rakyat kerana pemerintah, rosak pemerintah kerana orang alim dan rosak orang alim kerana dunia iaitu pangkat,gaji dan pencen!
Orang alim diakhir zaman ini alim dilidah tetapi jahil dihati iaitu jahil dengan Allah, soleh pada kata-kata jahat pada perbuatan! Sebelum mendapat dunia serba-serbi tidak boleh (haram), tetapi selepas mendapat dunia serba-serbi boleh (halal), maka inilah akibatnya berpaling daripada Allah dan berhadap kepada makhluk dan akhirnya tergelincir kaki di atas jalan yang benar!
Wallahu-A’lam.
Dipetik dari kata-kata hikmat Sheikh Abdullah, Kampung Buluh Gading, Terengganu Darul Iman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan