Posted on Sunday, July 05 @ 06:00:00 MYT by Paktam
Oleh: Mat Zain Mat Isa
Sahibus Samahah Mufti Perak sekali lagi melempar “teguran pedas” terhadap PAS minggu lalu. Sepertimana lazimnya, setiap kali tokoh agama yang baru mendapat anugerah ‘Tan Sri’ itu bersuara menghentam pembangkang, media arus perdana akan memberikan ruang sebaiknya untuk melaporkan komen beliau.
Isu kali ini ialah kekecewaan Mufti Perak terhadap PAS yang sepakat bersama parti-parti rakan Pakatan Rakyat menamatkan isu Kerajaan Perpaduan. Akhbar melaporkan beliau sebagai menyifatkan tindakan PAS itu tidak menepati ajaran Islam.
“Saya kecewa, mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah, tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga. Maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya, sepertimana dipetik sebuah akhbar, 25 Jun.
Meski pun Mufti Perak tidak menyebut parti dimaksudkannya sebagai PAS, laporan tersebut merujukkan kenyataan beliau itu terhadap “parti politik yang mendakwa parti Islam”. Label itu dan konteks isu dibicarakan itu rasanya sudah lebih dari cukup menerangkan pihak mana beliau tujukan kekecewaannya itu.
Kenyataan yang dianggap menguntungkan Umno dan Barisan Nasional (BN) itu tidak ditamatkan setakat itu. Akhbar kroni BN itu memanjangkan bicara Mufti Perak berhubung isu sama. Beliau diberikan ruang lebih banyak bagi menghuraikannya secara panjang lebar.
Wawancara khas dengan beliau disiarkan tiga hari kemudian. Bagai diduga, ia disarati komen dan hujah lebih keras. Tanpa selindung, Mufti Perak pada beberapa tempat merujukkan kutukan yang diistilahkannya sebagai “teguran” itu kepada PAS.
Beliau mengulangi kekecewaannya terhadap pihak yang menolak perpaduan sesama bangsa Melayu, malah menyifatkan mereka mengikuti etika syaitan.
“Kita (orang Melayu) memaki hamun sesama kita dan berpatah arang, berkerat rotan. Ini adalah satu perbuatan yang cukup buruk sekali. Ini bukan dari etika Islam, bahkan ia etika syaitan,” katanya.
Memang agak keras komen itu. Mengatakan sebuah parti Islam mengikuti etika syaitan adalah satu keceluparan yang sangat berat. Ia lebih berat dari sekadar mengkiaskan sesebuah parti dengan sifat komunis atau ajaran sesat.
Namun tidak semua komen dan teguran beliau sepanjang wawancara itu hanya memihak kepada BN/Umno. Bahkan jika dihalusi pada beberapa bahagiannya, ia menepati penegasan dibuat Mufti Perak bahawa beliau jenis yang membantai semua pihak, termasuk Umno.
“Saya tidak pernah masuk mana-mana parti. Umno pun tak suka saya. Kalau Umno tidak betul, Umno saya bantai. Kalau raja tak betul, raja saya hentam. Saya nak kisah apa?,” tegas beliau.
Sebab itu ada ketika Mufti Perak mengakui perangai buruk pemimpin Umno yang disifatkannya sebagai sombong dan berlagak.
Di ketika lain, Mufti Perak menekankan betapa pentingnya sifat-sifat buruk pada diri dibuang menerusi ibadat sembahyang. Menurutnya, bila seseorang itu sembahyang, lahirlah dia sebagai insan Rabbani.
“Bila kita tidak ada sifat-sifat tak baik itu, kalau dia menjadi pemimpin, ia akan menjadi pemimpin yang adil, pemimpin yang bertimbang rasa, bertanggungjawab dan jujur,” ulasnya.
Nah, apakah sifat-sifat insan Rabbani seperti disenaraikan Mufti Perak tadi tergambar dalam pemerintahan BN ditunjangi Umno? Bukankah soal keadilan menjadi isu pokok penentangan terhadap Umno/BN sejak sekian lama?
Cukup bertimbang rasa dan bertanggungjawabkah para pemimpin Umno dalam menangani permasalahan rakyat? Kalau pemimpin Umno jujur, kenapa pula bagai nak tepu telinga rakyat mendengar cerita dan kes rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di kalangan mereka?
Sebab itu, apabila Mufti Perak menekankan soal keperibadian yang patut ada pada pemimpin Islam, ia sebenarnya turut terkena pemimpin Umno, walau pun beliau mungkin menujukannya kepada PAS.
“Dalam soal ini, kedua-dua parti terlibat. Umno pun kalau mereka melihat kepada kuasa sahaja, ia tak kan ke mana. Saya bukan nak kata kepada PAS sahaja,” akuinya.
Dalam keghairahannya meluahkan kekecewaan terhadap PAS, Mufti Perak turut menyingkap fakta kegagalan orang Melayu mempertingkatkan pencapaian ekonomi.
“Dalam masa 18 tahun kebelakangan ini, ekonomi orang Melayu tidak bergerak, kaum Cina meningkat kepada 42 peratus, India 35 peratus.... Orang India yang sebelum ini berada di bawah orang Melayu kini naik mengatasi orang Melayu. Kaum Cina yang sudah tinggi, kini melonjak, orang Melayu ketinggalan di belakang,” luah beliau.
Disedari atau tidak, fakta beliau sebutkan itu sebenarnya menguatkan apa yang disuarakan pembangkang selama ini. Kegagalan orang Melayu dalam ekonomi sebenarnya satu pembuktian terhadap kegagalan pemerintahan BN, khususnya Umno.
Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat wajar menilai setiap komen Mufti Perak dari perspektif berbeza. Dengan itu, kita boleh menganggap meski pun pada zahirnya beliau “menegur” PAS, tetapi beliau sebenarnya, secara sengaja atau tidak, turut membantai Umno.
Elok sangatlah media mewawancara Mufti Perak. Kita patut galakkan beliau mengulas dan memberi komen lebih banyak berkaitan politik. Kita percaya rakyat akan tambah mudah menilai yang tersurat dan tersirat. Kebenaran akan makin terserlah.
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Isnin, 6 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan