assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Sabtu, 11 Julai 2009

Orang Islam, Golf, Judi dan FATWA Terbaru …..

Posted on Saturday, July 11 @ 00:00:00 MYT by Paktam
Oleh abu-dubeis

Buat seketika, bebaskan minda t/puan-t/puan sekelian daripada isu-isu politik. Mari saya hidangkan untuk anda semua isu Judi oleh Orang Islam dalam Sukan Golf.

Baik penyokong UMNO, Penyokong PAS, Penyokong KeADILan, saya percaya terdapat ramai di antara mereka yang bermain golf. Orang-orang di jabatan/majlis agama. Malah ada yang kata orang dari bahagian baitul mal, zakat dan yang seumpamanya pun dah mula main golf? Salahke? Lu pikirlah sendiri. Tapi telinga saya terasa panas bila dikatakan tujuan main golf untuk ‘marketing.’ Kata mat saleh celup; “That is a big …. LIE”.


Sori bro. got carried away…. terbawa-bawa pula perasaan ini. Golf adalah sukan terbaik yang dicipta manusia. Golf ialah game yang ‘fun’ dan ‘trill’. Golf menekankan kemahiran (skills) , konsistensi, strategi dan keberanian…. Kata pemain golflah. Pernyataan paling indah ialah … Golf adalah sukan atau game paling adil. Ini kenyataan yang betul pada sejarahnya… tapi kini dah banyak penipu dalam golf… tipu handicapped.

Sukan Golf kini diserta ramai orang Islam dalam pelbagai golongan dan kasta masyarakat tiada lagi terhad kepada kelas atasan. Mereka ialah ahli perniagaan, kontraktor, pengurus bank, kakitangan biasa kerajaan, kakitangan biasa swasta, guru-guru (termasuk yang belum pencen) yang di antara mereka sama ada yang tak disangka atau disangka ataupun yang diharapkan atau tidak diharapkan.

Malangnya, entah siapa pengasas sebenar, sebahagian daripada pemain golf yang berminda ‘kreatif’ telah mewujudkan formula-formula dan kaedah-kaedah permainan golf yang dikatakan menjadikan sukan golf lebih ‘trill’ dan digilai. Formula dan kaedah ini adalah antaranya apa yang digelar/dkenali sebagai:- (i) Baccarat (Bakarat) (ii) Las Vegas (iii) Pool dan sebagainya. Kepelbagaian formula dan kaedah permainan golf yang telah diamalkan sekian lama ini telah akhirnya menimbulkan kemusykilan kepada sebilangan pemain golf Islam samada terdapat padanya unsur pertaruhan atau perjudian yang sangat dilaknati oleh Allah dan Rasul.

Benarkah wujud ISU Judi dalam Golf? Isu kemusykilan ini mesti diselesaikan ‘once for all”, mesti diselesaikan sejelas nya , sejelas kristal, sama ada suka ataupun tidak. Umat Islam masih tidak terjelas maka mereka bergantung kepada ‘ijtihad’ sendiri (yang tak sah). Terlalu ramai yang telah terlibat, mereka itu termasuk juga rakan-rakan haji, pengurus perbankan konvensional termasuk yang bukan konvensional (tak tergamak nak sebut), rakan-rakan marhaban dan rumah terbuka, jemaah sesurau, teman-teman ketawa dan sebagainya.

Untuk itu, atas keseriusan Isu ini termasuk kerana penglibatan ramainya umat Islam dan sukan Golf, pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor (Jabatan Mufti Negeri johor) telah mengeluarkan keputusan Fatwa seperti berikut:-

Kaedah Pool.

Berhubung dengan permainan POOL yang ada melibatkan persetujuan sesama pemain untuk menyumbang wang pada kadar tertentu bagi tujuan membayar harga makanan dan minuman di (club house) atas dasar redha meredhai, tiada tekanan dan tiada perasaan tidak berpuas hati diatas jumlah yang ditentukan sesama mereka, maka ia adalah harus. (Proviso- Dgn Syarat). Akan tetapi sekiranya duit yang disumbangkan oleh setiap pemain tersebut diberikan kepada pemain yang mendapat markah (score) tertinggi, maka ia adalah di larang kerana terdapat unsur perjudian walaupun jumlah sedikit.Cadangan saya:- Maka Elemen Judi dalam sistem Pool boleh dihapuskan dengan memastikan apa-apa lebihan wang dihabiskan kepada makan dan minum bersama.

Kaedah Bakarat, Las Vegas atau lain-lainnya

Manakala permainan Golf secara kaedah Bakarat, Las Vegas atau seumpamanya yang melibatkan pertaruhan wang yang dinilaikan ke atas bola sama ada jumlah wang itu kecil atau besar, untuk suka-suka, untuk belajar cara mengira atau memahami permulaan permainan itu, masing-masing redha-meredhai, sekadar sampingan untuk menjadikan lebih menarik dan mencabar atau atas apa alasan jua, maka ia adalah haram kerana terdapat unsur pertaruhan dan perjudian, perbuatan ini adalah merupakan salah satu daripada dosa besar, segala hasil daripada perjudian tersebut adalah haram.Sesiapa yang terlibat hendaklah berhenti meninggalkan permainan golf menggunakan kaedah ini serta perlulah bertaubat dengan taubat nasuha dengan segera.[Penting]

Memastikan Hukum ‘HARUS’ Bermain Golf (Bukan ‘HARAM”)

Oleh itu bagi mengekalkan keharusan permainan Golf ini, maka semua yang terlibat wajib mematuhi syarat-syarat berikut:

(1) Tidak ada unsur perjudian. Jika ada perkara yang dikategorikan sebagai judi maka ia akan menjadi haram bahkan ia merupakan salah satu daripada dosa besar. Perkara Perkara yang dimaksudkan sebagai judi adalah seperti berikut:

a) Sama ada ia susuatu permainan yang menggunakan wang taruhan daripada peserta, atau

b) Setiap permainan yang disyaratkan pada nya seseorang yang menang akan memperolehi sesuatu daripada yang kalah, atauc) Sesuatu bentuk permainan yang mengandungi sebarang unsur pertaruhan daripada pemain dan orang yang menang dalam permainan itu berhak mendapat taruhan tersebut, ataud)

Apabila adanya pertaruhan yang dikeluarkan oleh semua peserta. Pertaruhan daripada peserta inilah yang akan dijadikan ganjaran bagi sesiapa yang menangi sesuatu pertandingan, ataue)

Setiap yang menyertai pertandingan tidak akan terlepas daripada dua kebarangkalian (risiko) iaitu sama ada mendapat keuntungan ataupun kerugian. Seseorang itu akan mendapat keuntungan apabila ia memenangi sesuatu pertandingan kerana ia akan mengaut semua pertaruhan peserta-peserta lain. Manakala jika kalah, ia akan menanggung kerugian kerana kehilangan wang pertaruhan yang dikeluarkan.

Perhatian :

Zaman sekarang pertaruhan di kutip melalui cara yang kadang-kadang tidak disedari oleh para peserta pertandingan. Antaranya ialah dengan menggunakan istilah-istilah lain seperti “wang pertaruhan”, “yuran pertandingan” dan sebagainya kecuali wang penyertaan itu digunakan untuk pengurusan bukan hadiah. Atau kadangkala ianya dikutip secara tidak langsung, seperti melalui bayaran panggilan talipon yang dikenakan bagi peserta yang berminat untuk menyertai suatu pertandingan. Di dalam semua keadaan di atas, jika pada hakikatnya hadiah yang disediakan adalah dari sumber yang dikeluarkan oleh peserta, maka ianya adalah dikira sebagai suatu perjudian.

(2) Permainan Golf itu tidak menghalang daripada mengingati Allah dan menunaikan solat.

(3) Tiada unsur yang dilarang dan di benci oleh Syarak, seperti di sebabkan permainan Golf akan menyebabkan seseorang itu berpaling daripada tanggungjawabnya.

(4) Tidak membuang masa dengan permainan Golf sehingga menyebabkan tertinggal dan terabainya segala hak dan kewajipan yang wajib ditunaikan.

(5) Tidak membiasakan diri dengannya sehingga lah sampai ketahap ketagih.

(6) Tidak ada undur pembaziran.

Permainan Golf Melibatkan Hadiah

Semua jenis permainan dan pertandingan, walaupun melibatkan hadiah, adalah harus dan dibenarkan apabila ianya memenuhi syarat-syarat berikut:

(1) Permainan dan pertandingan tidak menyalahi mana-mana prinsip syarak.

(2) Permainan dan pertandingan itu boleh membawa kepada manafaat dan faedah tertentu yang digalakkan oleh syarak, misalnya untuk merapatkan hubungan persaudaraan di dalam masyarakat, keluarga dan sebagainya.

(3) Permainan dan pertandingan itu tidak membawa kepada kelekaan. Maksudnya ianya tidak menjadi penyebab kepada cuainya seseorang di dalam menjalankan tanggungjawab asasi sebagai hamba Allah, pekerja, ketua keluarga dan lain-lain.

(4) Permainan dan pertandingan itu tidak bertentangan dengan kepentingan dan keperluan seseorang, misalnya orang miskin yang sibuk bermain Golf.

(5) Hadiah kepada peserta yang menang disediakan oleh pihak ketiga (penaja).

Nas Al Quran dan Hadith

Islam telah mengharamkan semua unsur perjudian sama ada melalui permainan, hiburan dan sebagainya. Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya mengharamkan judi dan menyuruh umat Islam menjauhinya kerana ia adalah perbuatan keji dan ia adalah perbuatan syaitan serta tergolong daripada dosa-dosa besar. Judi adalah salah satu perbuatan yang boleh mengeruhkan hubungan sesama manusia dalam sesebuah masyarakat. Ia juga mencacatkan hubungan dengan Tuhan.

Mereka yang melakukannya (melanggar larangan Allah) tidak akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Di dalam Al-Qur‘an al-maisir (judi) disebutkan sebanyak tiga kali, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman yang tafsirnya : “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”. Dan mereka bertanya pula kepadamu: “Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)?” Katakanlah: “(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih daripada keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”.(Surah Al-Baqarah: 219) FirmanNya lagi: Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.(Surah Al-Ma’idah: 90)

Dan firmanNya yang lain: Tafsirnya: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”.(Surah Al-Ma’idah: 91)

Oleh itu sesiapa yang terlibat dengan amalan berjudi, maka dia adalah melakukan Dosa Besar. Risiko balasan dan kesudahan ialah Neraka Allah. Adalah perlu difahami Dosa atas penglibatan kepada satu perlakuan atau amalan Judi adalah menimpa kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam perlakukan itu iaitu samada secara aktif atau pasif, langsung atau tidak langsung mengikut kadar sokongan dan sumbangannya dalam perlakuan Dosa itu seperti memberi kerjasama, bantuan, galakan, turut gembira, bersama merai dan memakan hasilnya dan lain-lain.

Dalil : Ayat Al-Quran. "Dan janganlah kamu Bantu membantu dalam urusan dosa dan permusuhan" (Al-Maidah: 2).

Hadis Nabi: "Rasulullah Solallahu ’alaihiwasallam melaknat tentang arak, atas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah).

Walaupun hadis di atas menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam. Begitu jugalah dalam hal judi. [Ahli-ahli Komitee Islam Kelab golf perlulah memperjuangkan supaya pekerja Islam di Clubhouse dilarang memberi kerjasama dalam menghidang dan menjual arak]

Kesimpulan dan Nasihat.

Yang sudah, sudahlah. Kembalikan diri kita kepada ketaatan kepada Allah secara komprehensif. Janganlah kita berhujah lagi. Ini adalah pendapat hukum terkuat dan sangat menghampiri kepada keredaan Allah. Apabila dirujuk maksud dan kaedah dalam menentukan sesuatu permainan atau perkara itu adalah Judi atau mempunyai unsur Judi mengikut pandangan ulama-ulama, maka kedudukan hukum fatwa tersebut dalam sukan golf adalah tepat dan kuat. Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy atau Kesatuan Fiqh Sedunia dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1) : Bahawa semua permainan dan pertandingan yang HADIAHNYA diambil dari hasil kumpulan wang penyertaan peserta. Hukumnya adalah HARAM HADIAH TERSEBUT. Kerana ia mengandungi unsur Judi. Saya juga suka mencadangkan tuan-tuan membaca buku ‘Travelog Haji/Dakwah’ oleh Prof Kamil yang kini jika tidak silap saya merupakan ketua (head of/NC UiTM Segamat. Beliau adalah pemain golf dan telah menulis mengenai golf pada salah satu bab dalam bukunya.

Semoga semua sahabat golfer Islam dapat menerima perkara ini dengan hati terbuka. Terserahlah kepada setiap individu diri untuk menerima atau tidak.

1.. Maha berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan Yang Menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; 2. Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat); (Surah Al-Mulk).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan