assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Sabtu, 11 Julai 2009

Walaupun 'Jendela' dibuka, namun mesti istiqamah...

Posted by Paktam

Jadualnya ketat dan masa amat terbatas. Sungguhpun begitu, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, yang telah hadir di Manek Urai semalam, 6 Julai, kemudian berada di Kuala Lumpur keesokan harinya sudi meluangkan masa 'emas' itu untuk melayani soalan ringkas daripada wartawan Harakah USTAZ ZAINUDDIN HASHIM dan Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN berhubung kait sepintas lalu isu-isu yang menjema. Jurugambar NASIR SUDIN turut merakamkan sesi wawancara itu.

Harakah:Boleh Dato' Seri jelaskan kepentingan sistem pengurusan yang efektif untuk memperkasakan parti seperti yang dilontarkan dalam ucapan dasar Presiden Muktamar tempoh hari?

Ustaz Hadi : Selaras dengan penubuhan PAS yang berdasarkan dan berlandaskan Islam, selaras dengan ucapan "Islam Memimpin Perubahan", PAS sendiri perlu membina kekuatan, ertinya jati diri ahli-ahli melalui tarbiyah yang melahirkan kekuatan akidah dan roh yang mencetuskan tanggungjawab yang ditunaikan oleh ahli-ahli berdasarkan kepada keimanan kepada Allah dan ajaran Islam itu sendiri, serta yakin kepada kemenangan dunia dan kemenangan di hari akhirat. Image

PAS mestilah bertolak daripada konsep ini bagi menyambung perjuangan generasi awal yang menubuhkan PAS. Melalui Lajnah Tarbiyah, Insya-Allah, kita akan laksanakan konsep dan ciri-ciri ini untuk melahirkan kumpulan dalam parti yang bukan sahaja berjuang untuk mencapai kemenangan tetapi juga mengisi kemenangan itu.

Dengan Islam yang menjadi pemimpin dunia baru, dunia yang telah mengalami kegagalan-kegalan ideologi-ideologi manusia. Dalam masa yang sama, PAS mempunyai sikap yang terbuka di atas 'mauduk' dakwah Islam yang menyeluruh yang mengajak semua pihak berkerjasama dengan PAS supaya menyelesaikan masalah dengan Islam yang dicadangkan oleh PAS.

Dari segi Tarbiyah, bagaimana nak menyatukan fikrah ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti berlainan profesion dan pendidikan?

Kita bersyukur kepada Allah, kerana PAS menjadi parti Islam yang tunggal dalam politik, yang diberi kepercayaan oleh kumpulan-kumpulan Islam yang bersifat NGO, di mana mereka melibatkan diri secara langsung sebagai ahli PAS ataupun penyokong PAS ataupun berkerjasama dengan PAS.

Kini PAS mempunyai dan menerima ahli-ahli daripada pelbagai latar belakang, bukan sahaja daripada kalangan yang baru nak kenal Islam tetapi juga kalangan Islam yang mempunyai pendekatan yang berbeza dengan PAS.

Namun demikian kita percaya, rujukan al-Quran, Hadis, Ijtimak Ulama dan Qias, dapat menyelaraskan perbezaan. Dan kita akan laksanakan agenda ini melalui Lajnah Tarbiyah yang diatur mengikut keadaan dan suasana yang berbeza sehingga akhirnya kita mendekatkan fikrah dan menyatukan pandangan.

Bagaimana dengan cadangan pindaaan perlembagaan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada ahli-ahli bukan Islam?

Kita telah menerima gelombangan kejutan dan anjakan paradigma di kalangan orang-orang yang bukan Islam, hasil daripada mereka melihat sendiri kejayaan PAS di Kelantan, pernah di Terengganu dan kini di Kedah. Yang mana mereka ini menunjukkan sokongan terbuka kepada PAS.

Bahkan ada yang memohon menjadi ahli yang menyertai PAS. Dalam hal ini, kita akan sesuaikan dengan perlembagaan PAS yang mewajibkan ahlinya beriman kepada akidah perjuangan PAS dan Islam kepadanya.

Adapun orang-orang bukan Islam yang menyokong kita, kita mengambil pendekatan daripada al-Quran dan yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada kita iaitu "Mengizinkan kita bersikap baik dan menerima kebaikan daripada orang-orang yang bukan Islam" yang tidak bermusuh dengan kita apatah lagi yang ingin berkerjasama dengan kita.

Dalam hal ini, kita mengembangkan kegiatan parti melalui kelab peyokong PAS dan penubuhan kelab ini sudah cukup buat masa ini untuk memberi ruang kepada rakan-rakan yang bukan Islam bersama dengan PAS. Yang mana kelab penyokong ini akan dibincang dan dimajukan daripada masa ke semasa.

Ianya menjadi sebahagian daripada parti yang bergerak bersama-sama parti. Dalam hal ini kita tidak mahu gopoh, dan kita mahu menunjukkan sikap yang terbaik dan cara serta peranan yang terbaik kepada orang yang bukan Islam yang menyertai kita.

Bagaimana PAS melebarkan sayapnya di Sabah dan Sarawak, apakah persediaan yang telah dirancang?

Persediaan awal, kita telah menambah seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat daripada Sabah untuk meneguhkan lagi kekuatan parti dan selepas ini akan diikuti dengan kunjungan pemimpin-pemimpin pusat, yang akan mengisi program-program yang diatur, di mana kita dahulukan program dakwah dan motivasi untuk melahirkan kepimpinan dan generasi yang mendukung cita-cita kita di Sabah dan di Sarawak.

Penerimaan PAS di peringkat antarabangsa, bagaimana pula?

PAS telah diberi kepercayaan oleh parti-parti Islam antarabangsa, bukan sahaja menyertai persidangan bahkan menyampaikan kertas kerja, yang ditulis cadangan dan pengalaman kita. Dalam masa yang sama diberi kepercayaan memberi pandangan dalam menangani isu-isu antarabangsa.

Kita diberi pandangan oleh pihak lawan, bahawa sejak akhir ini, Islam merupakan satru kuasa baru yqng akan muncul. Ini dapat dilihat melalui polisi Amerika yang berubahan terhadap dunia Islam, sungguhpun polisi penuh dengan putar belit. Begitu juga kunjungan Lee Kuan Yew, yang berbincang dengan kita dan kedutaan-kedutaan asing walaupun ada agenda tertentu namun kita mempunyai mesej kita sendiri untuk menyatakan Islam sebagai satu penyelesaian baru kepada dunia.

Sedikit berkaitan isu dan polemik di Kedah yang berlaku, boleh Dato' Seri beri pandangan?

Kita serah kepada kebijaksanaan negeri Kedah untuk menyelesaikan isu-isu yang berlaku di Kedah. Kita percaya dengan kebijaksanaan kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS di bawah Menteri Besarnya Ustaz Azizan Abdul Razak.

Kita percaya beliau dapat selesaikan dengan cara baik dan adil. Kita tetap berpegang kepada konsep hak dan adil diberikan kepada semua rakyat termasuk orang-oranmg yang bukan Islam. Dalam masa yang sama kita perlu mengambil kira masyarakat majmuk dan pelbagai yang perlu dipertimbangkan secara sewajarnya.

Saya rasa kerajaan negeri Kedah lebih faham dengan isu ini.

Beberapa perkembangan mutakhir ini, ada antaranya memberi gambaran negatif dan isyarat yang salah terhadap PAS yang sedikit mengocak, lalu bagaimana PAS menangkis hal sedemikian dan memperbetulkan keadaan?

Apa yang berlaku adalah permainan media yang disalahgunakan untuk menyerang PAS yang teguh dengan pendirian dasar dan konsep kita. Kita tidak ada kebebasan media untuk menjawab, itu yang menjadi masalah.

Namun demikian,kita minta seluruh pemimpin dan ahli PAS istiqamah dengan dasar dan konsep perjuangan kita, dan dalam masa yang sama kita tidak melatah dengan usikan media-media yang tidak bertanggunjawab.

Kita berpegang dengan dasar dan konsep yang jelas melalui muamalat yang pertamanya, meneguhkan parti kita sendiri. Kedua, mengukuhkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat rakan kita dalam gerakan politik. Yang ketiga, terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak untuk menyampaikan mesej kita dalam segala isu dan aspek.

Pelawaan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat untuk berdebat, boleh Dato' Seri ulas?

Saya rasa isu debat, isu lama yang telah berlaku zaman berzaman. Ianaya bukan perkara baru. Dan saya yakin Umno tidak bersedia untuk berdebat. Dengan sebab itu dalam masa yang sama, debat itu adalah satu jendela yang kita buka.

Banyak lagi jendela-jendela yang kita buka seperti apa yang diperkenalkan oleh Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat untuk mengadakan perbincangan dengan parti-parti lain, untuk menyampaikan mesej kita, berdasarkan risalah Islam, yang wajib di sampaikan kepada seluruh manusia.

Seperti Wacana Ilmiah, juga merupakan kesinambungan itukah ?

Itulah salah satu daripada jendela dan pendekatan. Debat, hantar surat, menasihat, berdialog dan wacana adalah antara jenedela-jendela yang kita buka. Ini semua ada dalam amalan Nabi Muhammad s.a.w.

Namun apa pun jendela yang kita buka, kita mesti istiqamah dengan dasar dan parti kita sendiri. Ini sangat penting.

Pilihan raya Manek Urai, bagaimana peluang PAS ?

Insya-Allah kita mempunyai peluang yang amat baik kerana merupakan kubu kita sejak tahun 1959. Kita menang senitiasa kecuali 2004, itu pun kita kalah tipis iaitu majoriti 50 undi. Kita percaya para pengundi Manek Urai akan terus bertahan. Namun kita tidak boleh memandang ringan, kerana PRK ini, bukan sahaja kita berdepan dengan Barisan Nasional tetapi seluruh jentera kerajaan dan alat-alatnya yang dikerahkan untuk terlibat dalam PRK ini.

Apa pandangan Dato' Seri tentang slogan 'One Malaysia' yang dilaungkan Perdana Menteri?

Saya beranggapan ianya sekadar slogan, yang mengulangi slogan-slogan yang terdahulu, yang menemui kegagalan..Saya yakin selagi prinsip dan konsep BN tidak berubah, selama itulah, slogan itu akan hilang sebagaimana slogan yang lalu. Yang penting adalah perubahan, dasar yang betul dan konsep yang adil.

Kita melihat demokrasi di negara kita masih lagi di tahap yang lama. Urusan politik dan pentadbiran tidak berubah, tidak ada pemisahan di antara Legislative, Executive dan Kehakiman. Keadaan ini bercelaru. Satu Malaysia tidak dapat diwujudkan tanpa konsep yang adil, dasar yang betul dan pentadbiran yang sebaik-baiknya. Saya rasa perubahan ini tidak akan berlaku hanya sekadar slogan semata-mata.

Nasihat Dato' Seri kepada ahli-ahli dan penyokong PAS terhadap lemparan tohmahan negatif serta asakan terhadap PAS yang boleh menggugat keyakinan antara satu dan lain?

Nsasihat saya, ahli-ahli PAS mestilah menghidupkan diri mereka dengan budaya ilmu Islam. Mendekat dan menghadirkan diri dalam majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh PAS bagi meneguhkan keimanan kita, kepada akidah perjuangan dan keyakinan kepada kemenangan yang dijanjikan oleh Allah.

Dalam masa yang sama, kita mestilah memahami politki Islam yang disebut sebagaimana Fekah politik yang mana dalam Islam, bukan sahaja ada Fekah Ibadat, Fekah Muamalat, Fekah Munakahat, Fekah Jinayat termasuk juga Fekah politik.

Fekah politik membolehkan ahli-ahli parti berdepan dengan cabaran yang berubah dari masa ke semasa dan kita mampu menterjemahkan Islam yang kuat dan teguh ini, dalam menyelesaikan masalah, walaupu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan