Sumber
PUTRAJAYA: “Saya tahu ia melanggar peraturan dan jika berjaya, kejayaan itu tidak akan mereka iktiraf. Tapi, yang penting, saya lebih harapkan rakyat negara ini iktiraf kejayaan saya,” kata Zahra Masoumah Abdul Halim, 18, yang akan berenang merentasi Selat Inggeris di Britain, Julai ini, dengan pakaian renang menutup aurat.
Zahra Masoumah berkata, mengikut peraturan yang ditetapkan English Channel Federation, iaitu badan yang bertanggungjawab bagi renangan di Selat Inggeris, perenang hanya dibenarkan memakai ‘goggles’, tutup kepala dan pakaian renang biasa, manakala pakaian atau tutup kepala yang dapat mengelakkan daripada kehilangan haba ketika berenang tidak dibenarkan.
“Ini satu ujian daripada Allah Taala. Sebagai seorang Islam, saya patuh pada kehendak agama dan akan berenang menggunakan pakaian renang muslimah iaitu menutup seluruh aurat.
“Walaupun kejayaan ini tidak diiktiraf penganjur di United Kingdom, saya berharap ia akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records,” katanya ketika selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Bangunan Putra Perdana, di sini, semalam.
Renangan itu adalah fasa ketiga Ekspedisi Ekstrim 7 Benua 7 Nilai (EE7B7N), yang bakal menjadikan Zahra Masoumah perenang wanita Islam pertama di dunia yang mencapai kejayaan itu.
Dia dijangka melakukan renangan itu antara 2 hingga 6 Julai depan, tetapi sebelum itu perlu menjalani latihan dan ujian renangan di Dover, United Kingdom, selama enam jam dengan suhu antara 14 hingga 16 darjah Celsius.
Jarak terdekat untuk menyeberangi Selat Inggeris dari Shakespeare Beach di Dover, London ke Cap Gris Nez di Perancis, dengan jarak yang akan dilalui setiap perenang ialah 18.2 batu nautika iaitu bersamaan 32.8 kilometer dengan suhu antara 14 hingga 18 darjah Celsius.
Sebelum ini, Datuk Malik Maidin mencipta sejarah menjadi rakyat pertama negara ini berjaya berenang merentasi Selat Inggeris pada Ogos 2003.
Mengenai cuaca sejuk yang bakal dihadapinya nanti, Zahra Masoumah berkata, itu adalah pengalaman pertama yang akan ditempuhinya tetapi berharap latihan selama kira-kira sebulan bermula awal bulan depan dapat membantu mengatasi masalah itu.
“Saya tak pernah cuba. Ini kali pertama saya akan menghadapinya.
“Sebelum ini, saya lebih banyak berlatih bagi membina kekuatan daripada segi jarak renangan dan mengenal pasti arus.
“Tapi, terlebih dulu saya perlu lepasi had kelayakan yang ditetapkan iaitu berenang di laut sejuk lebih dari enam jam ketika dalam tempoh latihan itu nanti,” katanya.
Dia yang hampir lemas selepas terjatuh dalam Tasik Chenderoh, Perak, sewaktu berusia empat tahun berkata, tumpuannya kini lebih terarah bagi membina kekuatan mental.
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Selasa, 19 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan