assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Isnin, 18 Mei 2009

Harimau Tamil mengaku kalah

LuarNegaraSumber AP
Tentera Sri Lanka buru saki baki gerila, Presiden diberi sambutan wira

COLOMBO: Kumpulan pemisah Harimau Tamil (LTTE) yang dikepung tentera kerajaan meletak senjata semalam selepas 37 tahun berjuang untuk mewujudkan negara bebas bagi bangsa mereka di utara Sri Lanka.

Jika kenyataan dikeluarkan ketua hubungan antarabangsa LTTE itu, Selvarasa Pathmanathan terbukti dikotakan ia menandakan berakhirnya perang saudara paling lama di Asia yang menyebabkan 70,000 terkorban menerusi pertempuran, serangan bunuh diri, bedilan bom dan pembunuhan.

"Perang ini sampai ke penghujungnya," kata Pathmanathan dalam satu kenyataan dalam laman web, Tamilnet.

"Kami hanya ada satu pilihan. Kami memutuskan untuk melucutkan senjata."

Nasib atau kedudukan pemimpin LTTE, Velupillai Prabhakaran belum diketahui, walaupun ada khabar angin mendakwa mayatnya ditemui.
PRESIDEN Rajapakse disambut sebagai wira di lapangan terbang Colombo.

Sementara itu, kumpulan terakhir orang awam yang terperangkap meninggalkan zon perang semalam, sekali gus membuka ruang kepada tentera kerajaan melancarkan operasi bagi menghapuskan saki baki anggota anggota pemberontak itu.

Tentera kerajaan turut membunuh 70 pemberontak ketika gerila itu cuba melarikan diri dari kawasan kecil yang dikepung.

Beribu-ribu rakyat Sri Lanka keluar menyambut kemenangan tentera kerajaan itu dengan menari dan membakar mercun di tengah jalan di ibu negara, selepas Presiden Mahinda Rajapaksa mengisytiharkan kemenangan menentang LTTE selama suku abad..

"Kami sambut kemenangan ke atas pengganas," kata penjaja Sujeewa Anthonis.

Ketika pertempuran memuncak beberapa hari lalu, pelbagai pihak melahirkan kebimbangan terhadap nasib berpuluh-puluh ribu orang awam yang masih terperangkap dalam zon perang.

Jurucakap tentera kerajaan, Brig Udaya Nanayakkara, berkata 50,000 orang awam sudah meninggalkan kawasan itu 72 jam lalu.

"Kami lega semua orang meninggalkan zon perang itu," kata jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Gordon Weiss.

Seramai 250,000 orang sudah meninggalkan zon perang itu beberapa bulan lalu apabila tentera kerajaan mula meningkatkan serangan ke atas pemisah.

PBB berkata sehingga 7,000 orang awam terbunuh dan 16,700 cedera daripada 20 Januari hingga 7 Mei.

Awal pagi semalam, sekumpulan pemberontak cuba meloloskan diri daripada kepungan tentera dengan menaiki enam bot tetapi dikesan tentera dan dibedil menyebabkan beberapa anggota harimau Tamil terkorban. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan