assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Isnin, 18 Mei 2009

Koleksi kejam

SosialOleh Nurul Adlina Kamaludin

Besi pengunci lidah, kerusi paku jadi bukti azab seksaan lampau

BAYANGKAN keadaan ini - lidah 'dikunci', kulit tubuh disiat dan ditarik, manakala tangan melecur ditekap sarung tangan besi panas yang diletakkan di atas bara api.

Ngeri bukan? Jika kita yang mendengarnya boleh memberi reaksi sedemikian, bayangkan penderitaan serta trauma mangsanya yang melalui proses kejam diseksa atas alasan hukuman serta bagi mendapatkan maklumat yang amat diperlukan.

Inilah azab dialami kalangan suspek dan penjenayah pada abad ke-16 hingga ke-19 yang diseksa menggunakan pelbagai peralatan yang sebahagian besarnya diperbuat daripada besi, demi memaksa mereka memberi kerjasama.

Kini, penderitaan mereka itu bakal diselami menerusi lelongan peralatan antik itu oleh sebuah syarikat juru lelong Amerika Syarikat, Guernsey’s Auction.

Bukan satu atau dua, malah sejumlah 252 artifak alat seksaan, buku dan dokumen mengenainya yang berusia ratusan tahun itu dan bernilai sekurang-kurangnya RM10.5 juta, dapat dilihat menerusi acara lelongan koleksi yang belum ditetapkan tarikhnya. Apa yang menarik, bahan artifak itu disifatkan sebagai koleksi peralatan seksaan terbanyak di dunia, setakat ini.
Presiden Guernsey's Auction, Arlan Ettinger bersama koleksi alatan seksaan berusia ratusan tahun yang bakal dilelong.

Antara peralatan yang sebahagian besarnya diperbuat daripada besi padu dan masih kukuh sehingga ke hari ini ialah alat pengunci lidah, rantai lengan ditusuk besi tajam, kerusi paku, pedang pancung, sarung tangan besi yang digunakan bagi membakar tangan serta topeng besi berat yang menyukarkan mangsa mengangkat kepala.

Peralatan yang dibuat bertujuan menyebabkan kesakitan bukan sementara, sebaliknya kekal. Kesakitannya pula boleh dirasai hampir ke seluruh badan serta anggota penting - dari kepala, mulut, tangan, kaki dan tubuh.

Koleksi itu sebelum ini dikatakan hilang pada awal abad ke-19. Ia kemudian ditemui selepas Perang Dunia Kedua apabila seorang lelaki Norway yang dihukum tentera Jerman, memperoleh koleksi berkenaan dan membawanya ke Amerika.

Lelaki yang identitinya dirahsiakan pihak Guernsey mati pada 1970-an dan koleksi itu terus diwarisi anggota keluarganya selama beberapa generasi.

Apa yang menarik, biarpun tarikh lelongan masih belum diputuskan, berita mengenai acara itu mendapat perhatian ramai selepas publisiti meluas mengenainya dilaporkan media antarabangsa, baru-baru ini.

Malah, acara itu mendapat perhatian kerana muncul di tengah-tengah kesedaran ramai berhubung taktik seksaan kejam yang mencabuli hak asasi manusia, khususnya kontroversi taktik digunakan Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA), seperti kaedah melemaskan suspek atau ‘waterboarding’.

Acara lelongan itu juga hanya mengetengahkan hakikat yang sudah pun diketahui ramai - penggunaan taktik kejam, perit dan menyeksakan itu yang sudah wujud sejak sekian lamanya.

Pameran koleksi alat seksaan itu pula bukan kali pertama diadakan kerana pernah mendapat perhatian ramai menerusi pameran bergerak di sekitar Eropah selain dipamerkan di New York pada 1893.

Selaras peredaran masa serta nilai sejarah dan ciri kejamnya menyebabkan ia dengan mudah bernilai jutaan ringgit. Malah, keunikan koleksi itu turut diakui Presiden Guernsey Auction, Arlan Ettinger yang dipetik sebagai berkata:

“Peralatan ini sememangnya dihasilkan untuk mendatangkan kesakitan. Ia memang kejam. Kita mungkin tertarik dengan fungsinya, tetapi bayangkan trauma serta kesakitan dialami mangsa. Ringkasnya, ia menarik, tetapi kejam.”

Malah siapa sangka, imej peralatan besi yang kelihatan sudah berkarat itu pernah merakam jeritan dan kesakitan mangsa yang biarpun meronta, tetapi tetap diseksa.


GAMBAR (kiri) Alat diletakkan dalam mulut mangsa bagi menyukarkan percakapan. (kanan) Salah satu daripada 252 alatan seksaan yang akan dilelong.

Kesannya pula bukan sedikit tetapi ciri-ciri pada alatan besi itu menunjukkan matlamat utamanya ialah mencetuskan kesakitan yang amat sangat pada hampir ke seluruh badan dan anggota penting - dari kepala, mulut, tangan serta kaki.

Selain peralatan besi itu, sebagai bukti sejarah peranannya sebagai alat seksaan lampau, koleksi itu turut didatangkan dengan buku yang merakam senario penyeksaan dilakukan.

Tidak ketinggalan, maklumat pendaftaran pengunjung pada pameran sama di England dan Jerman yang diadakan pada abad ke-18.

Keunikan lain koleksi itu ialah tujuan acara lelongan itu bukannya bagi meraih keuntungan semata-mata, tetapi lebih penting menyemarak dan meningkatkan kesedaran mengenai kesan dan kesengsaraan hasil penggunaan taktik dan peralatan kejam sedemikian.

Pada masa sama, ia juga bertujuan mengutip sumbangan dengan sebahagian hasil lelongan itu didermakan kepada pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International serta badan bukan kerajaan yang menentang kekejaman taktik ganas sedemikian.

Mungkin pelik bagaimana peralatan yang bukan setakat menyeksa, malah turut meragut nyawa mangsa dipancung, boleh menyumbang kepada soal kesedaran mengenai taktik kejam ini.

Tetapi inilah bukti selagi ada usaha, sudah pasti nilai murni kemanusiaan sejagat dapat diterapkan biarpun menerusi acara lelongan yang menyelami kekejaman lampau.

'Pengintip, pengkhianat dan pencuri paling banyak dihukum'

TAKRIFAN seksaan ini merujuk kepada kesakitan fizikal atau mental yang dilakukan ke atas individu bagi tujuan menghukum atau mendapatkan maklumat. Selain dimaki hamun, pelbagai peralatan turut dicipta bagi memberikan kesakitan melampau ke atas individu berkenaan.

Pada Zaman Pertengahan yang diketahui sebagai era tidak bertamadun, kaedah seksaan paling kerap dilakukan ke atas mereka yang didakwa sebagai pengintip, pengkhianat serta pencuri.

Dokumen sejarah menyatakan, jika kesalahannya serius, mereka boleh dihukum bunuh dan hukuman seperti gantung, lazimnya dibuat di kawasan terbuka bagi menjadi peringatan kepada penduduk.

Antara kaedah popular bagi memaksa mangsa mendedahkan maklumat ialah menggunakan kerusi khas yang ditusuk dengan senjata tajam serta roda gergasi bagi menggantung mangsa.

Beberapa kaedah yang digunakan bagi melakukan seksaan ke atas mangsa pada Zaman Pertengahan ini. Ia termasuk:

* Mencabut gigi/kuku
* Memukul/belasah
* Membutakan mata
* Merendam kaki atau tangan dalam air panas
* Mencekik
* Mencacatkan badan
* Melemaskan tahanan atau mangsa
* Disebat/dirotan
* Mengerat alat sulit
* Membiarkan tahanan kelaparan

Antara lokasi seksaan, selain kawasan terbuka atau tempat tumpuan awam ialah di bahagian bangunan yang lebih tersembunyi. Ini seperti di bahagian bawah tanah istana atau bangunan penjara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan