assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Isnin, 18 Mei 2009

Kerajaan Mahu Selesai Pertelingkahan Perwaja-Petronas

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Kerajaan sedang mencari cara penyelesaian terbaik untuk menangani pertelingkahan antara Perwaja Holdings Bhd dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengenai harga gas asli.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan berkata kementerian itu merupakan orang tengah antara kedua-dua syarikat itu untuk menyelesaikan isu itu.

"Kami masih belum mengambil sebarang keputusan. Kami sedang mengkaji perkara itu," katanya kepada pemberita di luar acara Persidangan dan Pameran Institut Besi dan Keluli Asia Tenggara di sini, Isnin.

Beliau diminta mengulas sama ada Perwaja telah mendapatkan bantuan kementerian itu untuknya menyelesaikan saman berkaitan pertelingkahannya dengan Petronas membabitkan tuntutan berjumlah RM85.8 juta.

Baru-baru ini, Perwaja dilaporkan telah menerima writ saman dan satu kenyataan tuntutan dari Petronas berjumlah RM85,795,957.30 bersama-sama dengan tuntutan bersama dengan faedah berkaitan jumlah yang diinboiskan tetapi ini dipertikaikan oleh syarika itu.

Menurut Perwaja, perbezaan itu secara prinsipnya disebabkan pengiraan harga gas asli yang berasaskan perundingan dengan kerajaan (yang termasuk harga antarabangsa dan diskaun yang relevan) dan harga Petronas sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan