assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Selasa, 19 Mei 2009

Mengasihi orang bukan Islam demi memimpin mereka ke jalan Allah

Berikut adalah kisah nukilan Husin Lempoyang yang wajar direnung bersama, ini merupakan antara kegagalan kita dalam perjuangan berdakwah di kalangan bukan islam. sila lihat juga artikel kami sebelum ini mengenai kenyataan mufti perak yang menyebut berbaik dengan bukan Islam jangan sampai mengasihi mereka. saya tergerak membuat kesimpulan pada para terakhir, saya juga berharap untuk membaca pandangan anda semua, khususnya YB Idham Lim - FAUZI IRWAN SHAH

Dulu-dulu masa zaman susah, banyak orang Cina berikan anak kepada orang Melayu sebagai anak angkat.

Maka jangan hairan selalu berlaku dalam adik beradik ada muka lain dari yang lain, kerana mungkin besar anak angkat Cina. Ada orang Melayu pula rupa, stail dan pe'el macam orang Cina.

Selalunya anak angkat ini tahu mereka anak angkat apabila nak nikah untuk kahwin. Mulalah mereka cuba mencari kembali keluarga kandung masing-masing.

Walaupun dapat dikenali kembali, jiwa Melayu dan Islam yang sudah sebati tidak menjadikan mereka kembali kepada budaya keluarga kandung.

Ini kisah seorang anak kepada seorang anak angkat yang sedemikian. Kita panggil saja namanya Juli.

Satu hari nenek Cina Juli meninggal dunia. Maka berkumpul sanak saudara untuk menyempurnakan jenazah, siap dengan berarak satu bandar.

Juli pun ikut berarak dan mengikut pakai baju guni seperti yang dikehendaki keluarga sebelah situnya. Tapi dia tahu dimana yang tidak boleh diikuti sebagai orang Islam.

Juli turut sedih juga kerana walaupun berlainan ugama dan budaya, dia agak rapat dengan nenek. Dia pun agak kesian dengan neneknya yang tua dan duduk keseorangan selalu di rumah.

Maka, dia sedih bukan sedih sebagai tukang sedih professional yang dibayar.

Juli memang meminati untuk mempelajari bahasa dan budaya Cina tetapi tak sempat. Kalau dia bercakap dengan nenek masa dia hidup, dia bercakap bahasa Melayu.

Ini disedari oleh kaum keluarga.

Selepas majlis pengkebumian, seorang dari auntie menghampiri Juli yang duduk di satu sudut.

"Juli banyak sedih hilang nenek ya?"

"Ya, sedih pasal saya rapat dengannya. Nenek baik hati." Jawab Juli.

Masa saya kecil-kecil nenek selalu ikuti kemahuan saya.

"Kami dulu adik beradik sangat sedih masa nenek kasi mami Juli sebagai anak angkat. Apa boleh buat. Masa itu kami sangat susah.

"Bila mami Juli cari balik keluarga, kami sangat gembira. Tuhan Alah sudah bukak jalan balik kepada kami sekeluarga."

"Arwah Mak cari balik keluarga kandung selepas dia tahu dia anak angkat masa nikah dengan kahwin dengan ayah. Dia mahu mengenali keluarga kandungnya." Juli terangkan.

"Auntie tengok Juli banyak rapat dengan nenek dan mempelajari bahasa dan budaya Cina. Kami semua harap Juli, satu satu anak kakak Mei balik la semula jadi Cina."

Tersentak Juli dengar tapi dia tenang saja. MInat nak dengar apa yang akan dikatakan.

"Kami sekeluarga banyak susah hati. Sudahlah kakak Mei mati dalam Melayu. Kami tak dapat selamatkan. Sekarang kami mahu selamatkan Juli. Mali la masuk balik Cina. Nanti lu mati masuk nelaka..."

Nak tergelak nanti menyentuh hati auntienya. Dia hanya angguk-angguk yang tidak bermakna.

Itulah dia namanya perbezaan fahaman dan ugama. Masing-masing ingat masing-masing betul dan berakhir dengan masuk syurga.

Tuhan dan syurga itu di mana sebenarnya? Baik jangan dijawab. Dalam persolannya.

Wow! Saudagar hanya faham jual orang lagi untung dari jual unta.

FAUZI IRWAN SHAH mengulas:
cerita ni secara luarannya, kelakar juga. tapi didalami, anda dapat lihat betapa hal seperti ini sebenarnya wujud sehingga sekarang, maksud saya masuk melayu atau masuk cina.

kenapa ada pemikiran seperti ini? jawapannya akan terpampang apabila anda menghuraikan "fakwa" mufti perak yang mengatakan orang islam jangan kasihi orang bukan islam.

apabila kita berdakwah, kita kena jujur, kena ada rasa kasih sesama umat (bukan Islam pun ciptaan Allah juga), kita kena beri keyakinan agar orang bukan islam boleh terima kehadiran kita, terima pandangan dan ajaran Islam.

jika ikut fakwa mufti perak yang nampak seperti cakap orang poliitk itu, memang sahlah kenapa orang bukan islam tidak anggap orang islam sebagai sahabat yang boleh dikongsi suka dan duka.

kita berdakwah hanya di kalangan umat islam, kita gagal bentuk keyakinan di kalangan bukan islam kerana kita berpegang kepada fakwa jangan terlalu rapat dengan orang bukan islam. musnahlah niat kita buat pahala. sebab tu sampai sekarang masih ada bukan islam takut malah halang kaum kerabatnya memeluk islam...sebab apa? sebab mereka anggap masuk islam bermakna masuk melayu.

tolonglah, kita ubah persepsi seperti ini, kita berdakwa dengan niat membawa orang bukan islam ke jalan Allah, mengasihi orang bukan islam demi memimpin mereka ke jalan Allah bukan sesuatu yang salah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan