Sedia pinjaman mudah atasi ah long
Kegilaan ah long mendera mereka yang gagal membuat pembayaran hutang semakin mendapat perhatian ramai. Baru-baru ini Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengisytiharkan perang terhadap ah long.
Laporan khas Sinar Harian mendapatkan komen Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Parlimen Kulim- Bandar Baharu termasuk bekas ADUN mengenai isu tersebut.
ADUN Lunas, Mohammad Radzhi Salleh, mendakwa kerajaan seharusnya menyediakan satu skim pinjaman mudah kepada rakyat dan jangan mementingkan birokrasi.
Menurutnya, apa yang dikatakan oleh menteri baru-baru ini adalah satu retorik semata-mata, ini kerana, mereka melaungkan untuk memerangi ah long tapi dalam masa yang sama mereka tidak memberi bantuan pinjaman mudah kepada rakyat.
“Dulu kerajaan ada memberikan pinjaman mudah tetapi pinjaman ini telah dipolitikkan oleh parti politik. Mereka ini tidak telus dalam membela nasib rakyat. Jangan hanya bercakap kosong tetapi tidak melakukan sebarang tindakan serius terhadap permasalahan ini,” katanya.
Menurutnya, rakyat memerlukan bantuan berbentuk modal dan kewangan, apa yang dapat saya lihat sekarang ini, nak ambil borang permohonan pinjaman pun kena bayar.
“Ini belum sampai peringkat penapisan lagi. Kerajaan seharusnya berbincang dengan Bank Negara dan mencari jalan keluar untuk mengatasi masalah ini, selain itu sistem birokrasi yang diamalkan oleh kerajaan hari inilah yang menyusahkan rakyat.
“Ah long hanya satu kumpulan kecil jika dibandingkan dengan sebuah kerajaan. Kalau mereka boleh membuat skim pinjaman mudah, mengapa kerajaan tidak mampu melaksanakannya?” katanya.
Modal
ADUN Merbau Pulas, Siti Ashah Ghazali mendakwa mereka yang membuat pinjaman ah long bukan terdiri daripada golongan berada. Kebanyakan mereka merupakan peniaga yang ingin meminjam sedikit modal bagi membesarkan perniagaan mereka.
Menurutnya, usaha Menteri Dalam Negeri memerangi ah long merupakan satu perkara lain tetapi apakah beliau telah memikirkan jalan untuk memberi kemudahan kepada rakyat.
“Saya minta Kerajaan Pusat jangan hanya mengeluarkan kenyataan tetapi perlu berusaha membantu mereka menangani masalah kemiskinan serta ah long ini dengan segera.
“Saya sedar masalah yang timbul kepada mereka yang membuat pinjaman ah long tetapi dalam keadaan kegawatan, itu sahaja (pinjaman ah long) yang dapat membantu mereka untuk mengatasi masalah kewangan kerana sampai hari ini kerajaan tidak memberikan pinjaman mudah bagi golongan ini,” katanya.
Selagi kerajaan tidak bersikap telus dalam memberikan bantuan dan mementingkan hak rakyat, selagi itulah kegiatan ah long ini akan terus berleluasa, katanya.
Tangkap
ADUN Kulim, Lim Soo Nee mendakwa kebanyakan mereka yang membuat pinjaman ah long terdiri daripada golongan yang bermasalah.
“Kerajaan ada memberi pinjaman tetapi ianya tidak dibayar semula dengan baik,” katanya.
Sebagai contoh, katanya, terdapat sumber lain untuk membuat pinjaman termasuk pinjaman melalui Tekun Nasional, Mara dan juga institusi kewangan.
“Saya tidak berpihak kepada ah long tetapi mereka yang meminjam daripada ah long harus faham perjanjian yang mereka buat sebelum menerima pinjaman itu.
“Saya tidak menafikan terdapat ramai ah long di Kulim, mereka berniaga dengan pelaburan yang dipinjamkan kepada si peminjam. Sekarang ini peminjam semakin pandai,” katanya.
Sebagai contoh, mereka akan meminjam RM30,000 dan kemudiannya tidak membayar semula, apabila ah long memburu mereka, mereka akan membuat laporan polis agar ah long itu ditangkap.
Kerajaan harus memainkan peranan penting dalam membantu rakyat dengan mengadakan dana bagi membantu rakyat agar kegiatan ah long ini dapat diatasi.
“Persoalannya apakah mereka akan membayar semula setelah kerajaan meluluskan pinjaman mereka. Kerajaan juga harus memikirkan masalah kewangan negara,” katanya.
Mustahil
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas, Datuk Mohd Hadzir Ismail berkata, hasrat untuk membasmi kegiatan ah long adalah baik tetapi ia adalah mustahil untuk dilaksanakan.
“Matlamat ah long meminjamkan wang kepada orang ramai secara mudah adalah satu yang baik dalam membantu orang yang memerlukan bantuan wang dengan segera.
“Apa yang menjadi masalah sekarang ini kebanyakan ah long menggunakan kekerasan selain bayaran balik yang tidak munasabah tetapi mereka yang meminjam seharusnya tahu perjanjian ketika mereka mengambil pinjaman tersebut,” katanya.
Menurutnya, peminjam perlu fikir risiko bakal mereka hadapi selain kesediaan memenuhi syarat yang ditetapkan.
“Golongan yang membuat pinjaman ah long terdiri daripada mereka yang terdesak. Apabila mereka tidak bayar, kuncu-kuncu ah long akan mendesak sehingga berlakunya perbuatan jenayah.
“Pada pendapat peribadi saya usaha Menteri Dalam Negeri untuk memerangi ah long adalah satu perkara yang mustahil dan terlalu sukar untuk dilaksanakan,” katanya.
Mimpi
Ahli Majlis Perbandaran Kulim Hitec, Elias Saad mendakwa pengisytiharan perang terhadap ah long baru-baru ini merupakan satu ‘mimpi’, ini kerana sehingga kini pinjaman mudah yang diberikan oleh kerajaan telah disalah gunakan.
Menurutnya, ada sesetengah parti politik sengaja mempolitikkan pinjaman diberikan oleh kerajaan demi kepentingan parti. Ini tidak seharusnya berlaku kerana dengan sikap seperti ini, masalah ah long tidak dapat diselesaikan.
“Tidak perlu kita laungkan isytihar perang terhadap ah long kerana sehingga hari ini, apakah kerajaan sudah mewujudkan skim pinjaman mudah kepada rakyat untuk membantu mereka seperti mana yang di lakukan oleh ah long?
“Saya tidak menyokong mana-mana pihak. Apa yang saya tegaskan adalah, sekiranya kerajaan mampu mengadakan pinjaman semudah mereka termasuk golongan yang disenaraihitamkan oleh bank, mungkin hasrat kerajaan tercapai,” katanya.
*** Zaman Nabi dan Sahabat, orang miskin wajib di beri hutang orang kaya memberi hutang (kebajikan)tiada cagaran.... Zaman la ni, orang kaya mudah diberi hutang untuk tambah kekayaan... yang miskin terus merempat nak hutang pun tak boleh sebab miskinnya tiada apa yang hendak dicagar.... fikir2kan lah zaman dah terbalik...
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Selasa, 30 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan