assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 3 Julai 2009

Islam dan Nasionalisma

Posted by Paktam
Oleh: Nash Ar-Rawy

Islam adalah satu sistem hidup yang sempurna bukan ciptaan manusia ,hatta bukan juga dari cetusan minda atau falsafah Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi , ianya adalah daripada acuan pencipta alam dan yang empunya global itu sendiri. Pencipta yang Maha Agung, karya uniknya telah disiapkannya serba cukup dan serba lengkap prasarana dan keperluan manusia untuk hidup di alam maya ini.

Segalanyanya sudah terkandung di dalam kitabullah dan assunah nabi untuk di gunapakai bukan sahaja di dalam peribadatan khusus seperti solat, puasa , haji, dan zakat fitrah . Bahkan merangkumi juga aspek politik, pemerintahan. ekonomi , perundangan dan segala formula penyelesaian permasaalahan sosial , agama , bangsa dan negara.
Sebagaimana yang tersimpul indah didalam ayat Qu’ran yang di baca, difahami dan sewajibnya diamalkan di dalam kehidupan manusia yang beriman dan bijaksana seharian iaitulah : “ Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wawamati lil lahi robbil ‘alameem “ ( Sesungguhnya, solat aku, hidup ku dan mati ku kerna Tuhan semesta alam )

Ayat ini sudah cukup untuk keperluan hidup manusia berkeluarga, bersosialisasi , berniaga, berpolitik , berberperlembagaan dan berperundangan bernegara dan memerintah kerna Islam itu seperti kata ayat Qur’an , “ Innaddeen naindallah hil Islam “ ( Sesungguhnya satu-satunya Ad-Deen yang di terima Allah adalah Islam )

Kedua-dua rangkap ayat tersebut mengajar orang-orang yang beriman dan bijaksana supaya tiada bisa syirik kepada yang Maha Pencipa lagi yang Maha Mengetahui supaya serah diri kepada tuhan yakni, Islam secara teori dan praktis beramal dengan ajaran Islam dan menolak thoghut atau apa- apa fahaman atau ideologi ciptaan manusia iatu sistem ekonomi kapitalisma dan fahaman komunisma dan nasionalisma kerna itu semua adalah fahaman dan ajaran sesat lagi menyesatkan kerana haram digunapakai oleh orang-orang yang beriman dan bijaksana.

Mengapakah Islam mengharamkan perjuangan kebangsaan atau nasionalisma , yakni, perjuangan kaum ( kaumiyyah ) dan bangsa ( assobiyyah ).

Islam diasaskan di atas dasartauhid yakni, tidak syirik kepada tuhan dan mengesakan Tuhan didalam segala aspek. Prinsip yang di ajar Islam ialah Islam itu ‘rahmatanlil ‘alameen” yakni sistem Islam memberikan rahmat kepada sekelian alam . Justeru itu mengapakah Islam di kesampingkan dan mendokong ideologi kebangsaan ( nasionalisma).

Islam tersebar ke seantaro dunia bukan dengan semangat dan fahaman kebangsaan Arab kerna Islam bukan untuk bangsa Arab tetapi untuk seluruh manusia. Justeru itu ideologi dan perjuangan kebangsaan Arab dan perjuangan kebangsaan Melayu adalah sama-sama sesat lagi menyesatkan kerana ideologi nasionalisma tiada bisa upaya menyelamatkan manusia.

Buktinya negara-negara liga Arab tiada upaya bersatu untuk menentang Israel yang kecil itu kerana masing-masing negara Arab berbangga dengan negara bangsa mereka. Arab Saudi dengan Arab kesaudiannya, Arab Mesir dengan Arab kemesirannya, Arab Jordan dengan Arab kejordanannya ; Kuwait dengan Arab kekuwitannya .. Semuanya tiada apa-apa kekuatan walaupun kaya dengan minyaknya kerna berpegang dengan ideologi kebangsaan masing-masing dan menolak Islam .

Justeru itu, panji-panji Islam tiada upaya di tegakkan dan jihad islami ternyata mati lantaran umat islam palestine menjadi ratahan yahudi kerna umat arab sesat dengan konsep assobiyyahnya dan meninggalkan Islam yang tiada batasan geografi dan bukan negara bangsa. Orang-orang Arab pernah menjadi terkenal dan disegani dunia di zaman Islam memerintah sebahagian besar dunia bukan kerna perjuangan Kebangsaan Arab tetapi kerna pada waktu itu mereka berakidahkan Islam sehingga ramai bukan Islam memeluk Islam sebab asas Islam bukannya kaum atau bangsa tetapi Islam itu sendiri sebagai Ad-Deen.dan menentang keras perkauman ; kaumiyyah dan assobiyyah.

Perjuangan kebangsaan Melayu tiada upaya selamat Melayu di Patani yang di sembelih kerana Melayu tiada upaya selamatkan Melayu . Sebaliknya Melayu makan Melayu seperti wang royalti kepunyaaan ‘Melayu” Trerengganu dan “Melayu’ Kelantan sebanyak RM I Billon ( 5%) disonglap oleh kerajaan “Melayu” federal.

Ternyata Melayu bunuh Melayu bukannya menyelamatkan Melayu kerana perjuangan Kebangsaan Melayu adalah sesat lagi menyesatkan. Tetapi jika perjuangan yang berteraskan Islam ,insyaAllah akan berjaya dan mendapat pertolongan Allah Hu Ta’ala. Rahmat kepada semua kaum dan terserlah negara yang “baidatun toiyibatun warbbun ghafur” ( Negara yang kaya, aman damai dan mendapat keampunan Tuhan ) seperti jaminan Al’Qur’an
Jika Melayu menang Islam belum tentu menang, bahkan kebangsaan memporakperanda Melayu itu sendiri sebab Melayu tak mahu ikut Islam .

Akan tetapi , jika Islam mencapai kemenangan Melayu automatis berjaya dan gilang gemilang kerana Islam yang mengangkat derajat umatnya menaikkan orang Melayu sebagaimana menaikan derajat orang Arab dan Turki( Kerajaan Osmaniyyah) sewaktu Islam memerintah dunia yang memberikan keadilan kepada semua kaum, bangsa dan penganut agama. Islam mengharamkan monopoli dan kronisma elit-suku-sakat di dalam sistem pengagihan kekayaan negara seperti firmanullahu,”Sesungguhnya di larangkeras kekayaan sesebuah negara itu berputar di kalangan orang orang yang tertentu sahaja “ sebab itu DEB ternyata gagal justeru kerna berselindung di sebalik nama Melayu dan mengkronikan segelintir Melayu dan umat Islam pada keseluruhan tertinggal jauh kebelakang kerna negara di kuasai oleh fahaman yang sesat iaitulah ideologi kebangsaan Melayu.

Di mana , apa yang berlaku pada realitinya ialah Melayu tipu Melayu kerana yang upaya selamatkan ummah ( Melayu) hanyalah Islam yang memberikan kesejahteraan dan rahmat kepada semua kaum dan semua penganut agama yakni: “ Islam For All “.

Justeru itu bangsa tidak bisa dijadikan teras perjuangan . Bangsa bisa di kasihi kerna itu sifat semulajadi fitrah manusia, sebagaimana ayah sayangkan anak dan anak sayangkan ibu..Namun .kesayangan pada ayah atau anak jika bersabit dengan kesalahan tidak bisa di bela .. Begitu juga jika kaum bangsa sendiri yang rasuah atau menyeleweng wajib di hukum bersabit dengan kesalahan kerna bangsa , keluarga dan kaum kerabat haram di jadikan teras perjuangan dan polisi kenegaraan kerana Islam mengharamkan nasionalisma dan kembalilah kepada panji-panji Islam yang menentang keras thoghut dan sekularis nasionalis sesat dan berpegang kepada Islam sebagai ad-deen satu-satunya sistem yang Maha Sempurna lagi Maha Adil .untuk semua kaum di dunia ini.

Justeru itu, perpaduan bangsa diharamkan kerna bangsa tiada sistem dan disisi dengan agenda perkauman sedang Islam ada sistemnya yang tersendiri ; bukan ciplak , original, kemas dan praktikal hingga hari khiamat dan bersifat global, universal dan sejagat.

Sistem kenegaraan dan pemerintahan Islam menberikan keadilan kepada semua kaum, sesuai dijadikan landasan dan teras perpaduan kaum seperti yang terbukti dengan kerajaan berkebajikan di Kelantan yang berkonsepkan piagam madinah ; Islam untuk semua. yang bermentribesarkan seorang ulamak hiraki yang tersohor yang mentarbiah dan beramal dengan ilmu Islam teori dan praktisnya sekali.

Beliau telah membuktikan bahawa Islam mampu memerintah bukannya diperintah dan menolak keras ideologi dan amalan sekularis thoghut nasionalisma.

Memang rakyat bisa cintakan watan atau negara . Tetapi jika watan itu watan sekular atau negara bangsa , maka wajib berjihad melalui peti undi untuk merobah sistem pemerintahan negara daripada Negara Bangsa ( nasionalis) kepada negara berkebajikan yang bernaunsakan Islam. Justera kerana ideologi kebangsaan itu tiada bisa selamatkan bangsa bahkan porakperandakannya kerna bangsa tiada iman dan sistem ; membujur lalu melintang patah kecuali Islam yang bertunjangkan iman dan perserahan diri pada tuhan ( Islam ) secara total dan mutlak.Naik Islam automatis naiklah sekali ummah . Tetapi bangsa tiada bisa naikkan Islam sebab itu hudud di tolak oleh Melayu pusat untuk dilaksankan di Kelantan.

Rasulullah bersabda.” Barangsiapa yang menegakkan kebangsaan dan mati kernanya( nasionalisma) matinya mati jahiliyyah “
Justeru itu rasulullah s.a.w. tidak bisa menegakkan kerajaan kearaban dan kerajaan Islamiyah Osmaniyyah tiada bisa tegakkan kerajaan kebangsaan Turki sebaliknya menyatukan dunia pada keseluruhannya dengan panji-panji Islam dan jatuhnya khilafah Islamiyyah yang berpusat di Turki pada tahun 1924 adalah kerna semangat nasionalisma Arab yang di tiupkan yahudi dan British yang membawa mereka keluar daripada sistem pemerintahan khilafah Islamiyyah dan di atas semangat bangsa Arab tumbangkan kerajaan Islam tersebut (‘Turki “ )sehinggalah sekarang fahaman nasionalis Arab ini tiada bisa bebaskan Palestine daripada cengkaman yahudi dan Amerika kerna masih tiada mahu kepada Islam sebagai penyatuan hakiki untuk menyelamatkan ummah dan kemanusian itu sendiri.

Sistem khilafah Islamiyyah juga berubah ketua tanpa perkiraan bangsa.Contohnya, panji-panji Islam pernah dipegang oleh bangsa Arab kemudian bangsa Kurdish ( Salehuddin Al ayubi ) dan diikuti dengan bangsa Turki dan di zaman moden ini panji-panji Islam mengusir keluar CIA dan cengkaman yahudi-Amerika melalui bangsa Parsi yang menumbangkan kerajaan thoghut Shah Iran dan diikuti oleh bangsa Afghanistan yang mengusir keluar penjajah Rusia.

Jika bangsa Melayu masih lagi dengan fahaman kebangsaan Melayunya dan meninggalkan sistem kenegaraan Islam Maka, tiada mustahil satu hari nanti bangsa Tionghua akan diamanahkan oleh Allah untuk memegang panji-panji Islam dan menegakkan perlaksanaan sistem kenegaraan Islam di negara ini.

Sekitar 20,000 ahli Kelab Penyokong PAS ( bukan Melayu ) dan keminatan yang ada pada ketua Menteri Pulau Pinang dan Wakil

Rakyat DAP Perak merujuk kepada nas-nas AL-Qur’an dalam berhujuah insyaAllah dengan pembacaan dan kajian yang mendalam siapa sangka jika orang-orang bukan Melayu yang seperti ini nanti masuk Islam dan memperjuangkan Islam lebih daripada orang Melayu dan beristiqomah.

Seperti impian Mursyidul Am , suatu hari nanti Kelantan akan bermenteribesarkan seorang Cina Islam yang berilmu, warak , karismatik ,jujur, beriman lagi bijaksana dan beristiqomah , pendiriaan tetap dan tegas menaggung amanah Islam dan menolak ideologi kebangsaan atau nasionalisma. Jangan dikorekgali bangkai yang sudah 1.400 tahun dikuburkan oleh rasulullah s.a.w. iaitu: nasionalisma atau ideologi kebangsaan kaumiyyah dan assobiyyah sesat lagi menyesatkan itu yang dibenci nabi dan Allah.

Satu-Satunya Deen Yang Diterima Allah Hanyalah Islam “ Addeen waddaulah” ( Agama/deen dan pemerintahan )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan